December 13, 2010

Ekonomi Part II



Itulah yang hairan di sini. Masa kali kedua (kali pertama nanti aku cerita komdian) aku datang ke UK pada tahun 2000 dulu, ekonomi teruk jugak. Tapi aku masih dapat kerja. Aku kerja full time masa tu. Kerja dengan gomen di sini. Gaji memang banyak. Tapi tax lagi banyak. Bayangkan aku kerja 5 hari, senin sampai jumaat. Tapi tax saja dah dua hari punya gaji. Ceh. Penat kerja lima hari tapi gaji tiga hari dan lagi dua hari kena sedekah kat rakyat Britain yang malas kerja. Yang malas tu boleh pulak dapat duit Job seeker allowance, child benefit, house benefit dan segala benefit. Duit aku tu hoiii! Tapi ada jugak nasib baik banyak sebab bila aku pulang ke Malaysia, aku boleh claim balik semua yang aku dah bayar kat tax tu. Sebab aku bukan citizen sini. Wohey, aku dapat balik banyak tu. Itu yang boleh beli satu rumah kat sini ni! kehkehkeh.



Radford Grove Lane, Nottingham.

***