September 28, 2010

Dublin

Dublin, Ireland.

Subuh supii sudah sampai di Dublin, Ireland (sejam flight je pun). Ada urusan. Singgah rumah cousin di Lucan kejap. Lepas tu terus ke Limerick. 


Along.

***

September 27, 2010

Tak suka

Leicester, United Kingdom.

Aku ni cukup tak suka bila ke tempat baru. Kena tengok peta.  Aku ada meeting dengan Professor Gunter at 2.30pm. Kena cari parking space dulu. Of couse susah nak jumpa. Jalan ke University of Leicester tu macam mudah. Jalan straight je dan department semua kat sebelah kiri dan kanan. Boleh cari tu. Tapi nak parking kat mana pulak. 

Tak suka betul tempat baru. Sebab tu aku balik ke Notts dan tinggal di Notts. Memang aku tak ada life sedangkan aku boleh je nak sewa rumah di Leicester tu. Tapi malas nak hafal tempat baru. 

Anyways, dah jumpa dengan Professor tu. Dapat office yang lebih cantik dari office di Limerick. Bukan je cantik tapi sangatlah cantik. Barulah aku ni dianggap sebagai staff for the department. Atas meja office dah tersedia semua kelengkapan office termasuk printer. Office phone and mind you, the LCD monitor punyalah besar dan lebar. Boleh juling biji mata kalau nak buat kerja. Besar dari office aku di UPM ye, encik! Puas hati aku dilayan seperti orang kenamaan. Oh lupa, di pintu dah pun tertulis nama aku ok.

Meeting selama 47 minit dan dia pesan supaya bagi satu topik untuk aku bentang dalam seminar. Aku kata boleh je. Bentang kat sepuluh seminar pun aku boleh!


***

September 24, 2010

Tulis

Radford Grove Lane, Nottingham.

Aiman, Miza, Maisarah dan Muhammad dan juga Lana, mesti suka baca blog nikan. Blog ni khas untuk anak-anak, menantu dan cucu aku. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa perkembangan kami di sini. Yang formal sangat ni kenapa? Well, si Muhammad dan Maisarah dah pesan banyak kali, kalau nak tulis blog, kena tulis ringkas saja sebab dia orang ni malas nak baca kalau panjang sangat. Lekuk je dia orang ni!

Dia orang pesan lagi, kalau boleh letak gambar je, tak payah tulis apa pun. 

Lepas ni agaknya dia orang suruh call je dari sini. Tak payah tulis apa pun.

***

Man on Fire

Radford Grove Lane, Nottingham.

Kali keempat aku tengok cerita ni. Memang terus jatuh cinta dengan Denzel Washington. 

***

Cookies

Radford Grove Lane, Nottingham.

Along cuba buat soft cookies semalam. Memang sedap. Tapi banyak betul. Siap Widad  boleh bawa bekal untuk kengkawan dia di college.  First try buat, tapi macam untuk seratus orang punya ration. 

***

September 23, 2010

Kolam

Radford Grove Lane, Nottingham.

Masa Neil datang, Along minta kebenaran untuk kosongkan kolam yang dibina sendiri oleh tenant sebelum ni. Kolam tu penuh dengan air dan terletak di belakang. Neil setuju tapi dia tanya Along juga, 'You don't really like frogs, do you?'.

Dalam kolam ada katak England!

(Not you, Muhammad!)

***

Along

Radford Grove Lane, Nottingham.


Along sedang masak kek oren hari ni. Wohoo. Am craving for something sweet today!

***

Djanogly

Forest Field, Nottingham.

Alim tak dapat masuk Bluecoat. Dia dioffer ke sekolah Djanogly Nottingham City Academy. Sekolah tu dulu ada nama lain. Forest Field Secondary School. Tapi sekarang dah naik taraf sikit. Lagi pun dulu, Aiman dan Maisarah pernah masuk sekolah tu kejap sebelum pindah ke Bluecoat. So anyways, masih kena tunggu surat dari Djanogly sebab dalam surat tu kena siapkan barang dan uniform yang appropriate. Beli uniform lagi! By the way, Djanogly berhadapan dengan Forest Field. Padang team bola sepak Nottingham Forest selalu berlatih dan selalu kalah.

Also, kat padang Forest Field tu juga ada Goose Fair. Wohoo. Tahun ni Goose Fair dari 6 hingga 10 Oktober ni. Fun Fair you all. Fun Fair yang gempak!




gambar dari google

***

Neil

Radford Grove Lane, Nottingham.

Tuan rumah dan tuan tanah aku singgah ke rumah hari ni. Dia nak betulkan hob kat kitchen ni. Macam tak jalan. Seperti biasa, dia akan bawa anak kecil dia, Ameer. Comel betul. Terus teringat kat Lana. Hmm. Si Ameer ni suka sengih dan macam dia faham je apa kami cakap. Muka Ameer campuran pakistan dan Mat Salleh. Of course comel. Itu belum lagi anak perempuan sulung dia yang sangat cantik. Si Neil ni pulak, kemana saja dia pergi, dia akan bawa Ameer sekali. Tak perlu hantar baby sitter. Senang punya kerja. 

***

Rumah

Radford Grove Lane, Nottingham.


Ada juga orang yang berani tanya aku. 

'Mana pergi perabut kat dalam rumah kau di Radford ni?'.

'Meja makan tak ada ke?'.

'Tengok TV kena duduk atas lantai ke?'.

'Kenapa TV kecil sangat?'

"Peti ais kecil jugaklah!'.

'Hidup kau di Radford ni macam lain sangat dari di Malaysiakan!'

Aku senyum. Aku diam.

Aku terfikir seketika, aku datang sini sebab dapat cuti sebatikal selama setahun. Dalam setahun aku kena tinggal di tiga buah negara. Ireland, United Kingdom dan Korea (insyaAllah). Kena beli semua yang baharu setiap kali aku pindah ke? 

Setelah diconvert dari pound sterling ke Malaysian ringgit, ini dia perbelanjaan aku setiap bulan. Sewa rumah aku di sini RM3000 sebulan, hokey! Letrik RM300 sebulan, Gas RM300 sebulan, Air RM50 sebulan, Council tax RM500 sebulan. Insuran kereta RM400 sebulan sebab international license.  Bil SKY, RM 120 sebulan. Belum  duit makan lagi. Minyak kereta lagi. (Makan dan minyak kereta anggaran, RM3000 sebulan).

So, kalau hanya pandai tanya soalan bodoh tu, sila SHUT IT from now on!


***

DVD

Arnold, Nottingham.

Dapat beli sebeban DVD lagi. Semua DVD yang dibeli tu ada kat Vista di Malaysia. Tapi oleh kerana life is like a big mountain here, aku kena beli lain. Tengah tengok The Longest Yard. Adam Sandler ni memang berani keluar movie. Semua pelakon yang diambil semuanya famous. I salute you, man!

***

Lock

Arnold, Nottingham.

Pergi ke Arnold petang tadi. Aku perlu keluar. I definitely have to tire myself so that malam ni aku boleh tidur, since dah dua malam aku tak boleh nak tidur. So called Insomnia. Ceh. Anyways, dapat beli steering lock kereta. Balik rumah, Along terus cuba pasang steering lock. Aku keluar dari kereta. Tapi dia tak dapat nak keluar sebab dia sendiri terlock dengan steering lock tu. Hehehe.

***

September 22, 2010

Sabrina

Nottingham, United Kingdom.

Kami sedang tengok Sabrina the Teenage Witch dalam bilik aku. Tiba-tiba Alim terdengar Sabrina sebut perkataan di bawah.

Alim: Mum, what does oblivious mean?

Me: Hmm, I was not watching, honey. What, what means?

Alim: Oblivious.

Me: (Alamak, aku jarang guna perkataan ni. Malu aku kalau tak tahu. Mana nak cari dictionary bergerak ni??.  Aku pura-pura senyap sedangkan dalam otak aku terfikir perkataan obvious ke? Dia salah cakap ke?)

Alim: Mum? Hello!

Me: Go and ask Uncle Akab! (Kenapa itu yang terkeluar dari mulut aku? Ni satu strategi supaya dia tak tanya lagi dan aku sempat nak google perkataan tu. hehehhe).

Sorry Akab, kena guna your name since he knows you are a good writer.


Oblivious: lacking remembrance,memory of mindful attention (dari google).


***

Masak

Nottingham, United Kingdom.

Since dah dapat sambal olek dari Oriental Shop semalam, Along akan masak ayam goreng sambal olek and kentang goreng sambal olek. Kalau nak pedas lagi, makan sambal tu mentah-mentah. 

***

Phone

Nottingham, United Kingdom.

Baru dapat surat hari ni. Dari SKY. Dah dapat nombor phone land line. Tapi phone belum pasang. Phone kena beli sendiri. Nanti bila senang, aku ke Argos dengan Along. Cari phone cordless. Boleh guna phone walau kat luar bila buat gardening. What? I don't do gardening!

***

Ayam

Nottingham, United Kingdom.

Oleh kerana baru dapat kicap Habhal manis dan masin, maka aku pun bakar ayam guna kicap je. Of course, aku letak juga serai, halia, cili racik, garam and seasoning. Kalau Widad, Alim dan Along complain, aku buang kicap Habhal tu.Baru kau tahu betapa berharganya kicap Habhal kat UK ni.

Ada sebotol kicap Habhal tertinggal kat rumah di Ireland.  Sila ambil.

***

Oleh

Nottingham, United Kingdom.


Since tak boleh nak tidur, aku pun onkan facebook. Maka terjumpalah aku dengan kawan sekolah aku dari Convent Kajang. Mula tu tak hengat dia siapa, tapi lepas tiga jam online, baru aku ingat. Nampak sangat aku ni lemah dalam ingatan. Bukan hilang ingatan. 

So, tengok gambar dia. Yeong Mee Leng. Dia suka kawan dengan pelajar Melayu je dulu. Aku ingatkan dia akan kawin dengan orang Melayu tapi tadi aku tengok dia kawin dengan Cina. So mungkin anak dia akan kawin dengan orang Melayu kot. Ok, enough said. So, I was really thrilled though I just felt so malu kalau ada reunion. Aku ni pemalu (konon). Kalau reunion, mesti liat nak pergi. Kena ubah ni, perlu jumpa orang juga satu hari nanti. Jumpa satu lagi junior di Convent, Mala. Hmm, thanks to Rozi yang membuka peluang untuk aku jumpa ramai orang. 

By the way, Rozi dan Yusni kawan sekolah aku, dah pencen. Kenapa cepat sangat? Kenapa aku masih bekerja lagi?

Jawab sekarang!

Esok aku akan cari ubat tidur dan jumpa orang. 

***

Insomnia

Bilik Guling, Radford, Nottingham.

Malam kedua aku tak boleh tidur (5.30 pagi ni). Nak dikatakan jet lag, rasa macam dah sebulan lebih aku tinggalkan Malaysia. Takkan jet lag kot. Dah try banyak kali untuk lelapkan mata. Wish I have my Xanax with me. Arghhhh! Tapi bila difikirkan, aku tak kena jetlag pun masa sampai kat Ireland. Adakah baru sekarang kena? Kalau aku doktor medical, aku pun gelak dengan persoalan yang sangat ridiculous ni!

***

Gambar

Nottingham, United Kingdom.



Along sudah upload gambar. Yay! Gumbira.

Forrest Field. Tempat team Nottingham berlatih bola. Nottingham yang selalu kalah. Klik sini.

Jalan cari pelbagai pasal oleh kanaks. Klik di sinun.

Widad sengal. Klik di minun.

Rumah aku di Notts. Klik di minin.

Kubur omputih yang selalu berpenghuni. Orang ramai bawak hanjeng dalam kawasan kubur depan rumah aku tu. Klik di kubur.

Ruang guling-guling di rumah aku. Klik dan guling.


Kalau rasa tak nak tengok gambar. Jangan klik. 

Hmm, penat jugalah upload gambar ni. Huahuahua. Along. Credit for you. In return, am giving you my love! 

***

September 21, 2010

Oriental

City Centre, Heath Street, Nottingham.


Baru balik dari Oriental shop. Tujuan utama nak cari kicap. Kicap Habhal. 2.70 (pound) setiap satu botol. Manis and masin. Dah nama melayu, kicap mesti ada. So beli dua botol besar untuk setiap satu. Beli jugak indomee. Hambek kau, aku makan maggi. Eh, maggi tulin tak ada jual kat situ. Tapi, mahal bukan main semua barang kat situ. Beli juga sambal olek.

Biasanya ada jual petai kat situ, tapi macam dah tak ada je. Orang cina makan petai ke?

***

Word

Nottingham, United Kingdom.

Sedang aku asyik membaca tesis pelajar PhD aku, aku dapati, Microsoft Office 2007 dalam laptop ni dah expired. Ni mesti kes, software tipu. So semua tak boleh nak buat kecuali baca. Tak boleh nak amend. Ceh, penat aku dah baca separuh and nak copy and save kat dalam tempat lain pun tak boleh. 

***

Aiman

Nottingham, United Kingdom.

Aiman, anak aku yang nombor dua, baru je teks aku. Dia rindu kat aku ler tu. Aku pun rindu. Dia cakap dia akan keluar TV nanti. 

Astro ria.

13 Oktober 2010.

Pukul berapa? Ler, lupa nak tanya.

Macamanalah aku nak tengok ni. Dah berapa kali dia keluar TV, aku tak pernah yang sempat nak tengok. 

Am really proud of you, my son!

***

Hyperama

Nottingham, United Kingdom.

Semalam aku singgah ke Hyperama kejap. Tujuan nak cari groceries sikit. Teringat tempat ni di mana aku dan Dr Aien selalu singgah untuk beli dan stock makanan. In fact, dua bulan lepas dia call aku semata untuk tanya apa nama warehouse yang terletak sebelah Macro di Notts. Yup, dia call aku tengah malam buta. Ni mesti kes tak boleh tidur dan tengah teringat masa kita bergumbira di Notts. So, Dr Aien, aku dah pun masuk ke hyperama dan teringat kat kau!

By the way, congrats Associate Professor Dr Noraien for getting the Associate Professorship! Wohoo. Am proud of you, my friend! 


Perjalanan aku jauh lagi untuk ke situ. Lagi pun, aku memang sangat jauh ni!

***

Khan

Forrest Field, Nottingham.

Semalam singgah kat Khan Halal Meat. Dulu aku selalu ke situ untuk beli ayam. Empunya kedai tu asyik tenung aku dan Along. Dia mesti rasa macam dejavu. hehehhehe. Teringat kat kami yang pernah datang situ beli ayam dan rupa kami pun sama. Tak tua pun. So dia tanya, kenapa dah lama tak singgah! Mesti part and parcel of business strategy tu. Whatever! Janji, dia ingat rupa kami yang memang tampak muda. 10 tahun tu!

***

Maisarah

Nottingham, United Kingdom.


Bakal menantu aku dan keluarga masih belum ada kesempatan nak singgah beraya ke rumah aku di Notts ni. So, Maisarah, sila jalankan tugas. Hmm, boyfriend si Maisarah ni belajar di University of Aston di Birmingham. Lagi setahun habis belajar. Dia nak balik Malaysia untuk berkhidmat tapi aku bagi nasihat supaya dia buat terus PhD. Dia tak perlu buat masters kalau dia dah buat degree di UK. So dia masih fikir. Lagi pun, Maisarah akan buat Masters kat UK jugak nanti. Itupun kalau boyfriend dia masih berada di UK.

Itu baru boyfriend. Belum kawin lagi. So, sukahatilah nak buat apa pun! Belajar kat UPM pun bagus!


***

Along

Nottingham, United Kingdom.

Along ada appointment hari ni. Hopefully eveything is fine there! 

***

Widad

Nottingham, United Kingdom.

Sejak dah mula belajar balik kat College (Bluecoat Technology College), Widad nampak agak lebih matang (Matanglah sangat! Bila nampak lelaki handsome, dia terlompat-lompat). Dia tak perlu pakai uniform sekolah sebab dia diconsider sebagai pelajar college walaupun umur baru 16 tahun. Dia dibenarkan mengambil 4 subjek je. So dia pilih, Maths, English, Business Studies and Creative Media. Dia cukup tak suka Sains, unlike Along and Alim. Dia banyak seperti Aiman, Maisarah dan Muhammad. More towards Social Science.

So, dia kena score habis-habisan supaya nama keluarga anak-anak aku lebih harum lagi di sekolah/college tu since Along, Aiman, Maisarah dan Muhammad dari sekolah tu.

Pening: Alim belum masuk sekolah lagi sebab dia dianggap berpindah sekolah. Tengah tunggu keputusan dari Sanfield Centre, Nottingham.

***

Alim

Nottingham, United Kingdom.

Alim agak marah semalam bila aku beritahu yang aku dan dia akan pulang ke Malaysia tahun depan. Dia tak mahu balik. Dia nak sekolah kat sini dan terus tinggal sini. Aku cakap, aku kerja di Malaysia dan datang sini untuk cuti setahun je. Cuti rehat. Dia masih tak dapat terima kenyataan. Dia cakap, dia belum sempat nak jumpa Paige lagi. Paige ialah kawan perempuan dia yang bersekolah di Eastwood. Dia kenal Paige dah 2 tahun. Hmm, budak yang umur 11 tahun ni pun tahu erti persahabatan dan kesetiaan. Adakah ini cinta agung! Hmm, I wonder apa dalam fikiran dia sekarang ni!

***

Suka

Nottingham, United Kingdom.

Aku suka sangat baca blog lepas raya ni. In fact, masa raya ritu, aku je yang rajin buka blog dan orang lain di Malaysia tengah enjoy sakan beraya. Anyways, gambar sangat best kat blog orang lain dan aku akan sengih sendirian. So to all bloggers, Selamat Hari Raya!

***

Bin

Nottingham, United Kingdom.

Ada tiga wheelie bin kat rumah ni. Dua cokelat dan satu hijau. Cokelat untuk recycle. Aku kena banyak belajar untuk recycle kat sini. Ada CCTV camera kat luar rumah kalau didapati tak recycle. Tak nak aku masuk penjara kat England ni. So kertas sebesar kutu pun aku recycle. Setiap kali lori datang ambil sampah, dia orang akan cek dulu dalam bin tu. Haish, sangat disiplin. 

Kat Malaysia, Muhammad tukang buang sampah tanpa recycle. Let us all blame him!


***

Rindu

Nottingham, United Kingdom.


Sila baca post ni dulu. Ada kaitan dengan post ni. Muhammad.




Aku terus balas email Muhammad. Pada hari yang sama, dia balas balik.

hari ini sangat pnt
pagi g kolej
pas2 g tarainig ni br blek
mamat bkn tanak g kat sane tp
mamat selese kat sini
ad kerete ad rumah n rmai org knl

klo bole klo mamat nak g sane pn lps diploma
n amik degree kat sne
lagi pn ssh la ibu nak tanggung
koz mamat hanye makan western je
n ibu tak le keje plak
knp ibu dpt cop tak le keje

knp kat blog tlis RINDU ANK2 N MENANTU
knp tak tlis name
klo cucu tlis je name
ni nak mrajuk ni(sdg merajuk)

ap pndapat ibu klo mamat amik diploma under upm

k la nak g mandi koz mamat tga guling2 ats katil ibu sambil mengeringkan peloh

reply yea 


Terharu pulak aku bila baca mail dari Muhammad ni. Ada banyak bahagian yang aku kena delete sebab dia cerita pasal Aida. So rahsia kami berdua. 


'Abang, Ibu rindu kat awak ni!'




***

Muhammad

Nottingham, United Kingdom.


Setelah diugut untuk membawa Muhammad ke England jika tak hantar mail pada aku, akhirnya Muhammad menghantar mail dalam inbox facebook. Pandai jugak anak aku ni hantar mail.


hai bunda ku yg tercinta
sye ank mu amat merinduimu
ibu ap kabar
ibu da dpt keje ke kat sne
apasal secare ttbe ibu pnda kat sne
widad skola kat bluecoat ke
bes tak rye kat sne


thun ni rye tak bes kerane ibu tak de n duit rye sangat skit
lana pn dapat bnyak


BES NYE MKN RENDANG HALAL KAT SINI

kat sane ad pe je


k la reply back

miss you so much(dalam keadaan sedih kot) 





***Muhammad, pelajar college yang baru berumur 18 tahun dan main rugby untuk Bangi Hunter.





***

Doa

Nottingham, United Kingdom.

Aku dan keluarga sentiasa mendoakan kesihatan yang terbaik untuk ayah AKAB!

***

Flu

Nottingham, United Kingdom.

Hari ni dah masuk hari ke 8 aku demam selsema. Demam taklah sangat tapi selesema yang memang tak tahan. With running nose masa sejuk ni lagi membuatkan hidung aku tersumbat. Malam tadi, seperti biasa telan ubat. Terus tak tidur till 5 pagi. Bila aku amati balik ubat demam tu, rupa2nya ada caffeine dalamnya. Haaa, hambek kau! Of course terbeliak bijik mata till pagi. 

***

September 16, 2010

Masak

Nottingham, United Kingdom.

Along masak curry pasta hari ni.

Rindu

Nottingham, United Kingdom.

Dalam pada tak boleh tidur malam tadi sebab hidung tersumbat, aku terfikir, apakah yang paling dirindui!

1. Lana
2. Anak-anak dan menantu aku
3. Nandos
4. Satay Kajang
5. Delifrance
6. Ani sup Utara
7.Yati ayam percik
8. Papparich
9. Breakfast at McD
10.Kedai Makcik
11.My dear Jonah
12.Semua DVD
13.Tak perlu masak kat rumah

13 je ke? Well, ni baru mukadimah je. Ada lagi 529 perkara yang dirindui oleh aku.



Internet

Nottingham, United Kingdom.

Internet macam slow habis. Aku nak buat kerja pun rasa macam tawar hati. Bukan alasan semata tapi memang alasan. 

Miezi akan pulang ke Malaysia esok lusa ni. Selamat pulang ye, Miezi. Salam pada mak nanti! Ada rezeki, tahun depan kita jumpa di Nandos.

Sya

Nottingham, United Kingdom.

Kawan aku Sya, beraya dengan family dia di Karachi. Mesti best giler. Aku teringin nak ke Mumbai. Dulu masa aku umur 18, aku pernah pergi sekali. Tapi masa tu namanya Bombay! Aku minat sangat kat Rishi Kapoor kot masa tu. By the way, enjoy your stay, Sya!


Cuaca

Nottingham, United Kingdom.

Aku demam hari ketiga, John! Bila dah tua ni, memang cukup payah nak baik.

BOF

Nottingham, United Kingdom.

Entah kenapa aku ulang tengok cerita Boys Over Flowers. Buat kali ke 15 kot. Tapi masalahnya DVD player yang dibeli ni tak boleh nak set untuk subtitles. So dengan pandainya aku faham bahasa Korea. By the way, aku cuma bawa DVD ni je dari Malaysia.

Don't even think of starting this obsession again!



Widad

Nottingham Bluecoat, Nottingham, United Kingdom.

Pagi buta lagi Mr Hobbs ketua program 6th form call aku. Dia suruh Widad datang sekolah hari ni juga. Papers yang Widad buat dah pun ditanda dan dia layak untuk masuk 6th form. Maknanya dia kena buat A-level. So tahun ni dia buat AS level dulu. Maknanya lagi, dia kena tinggal UK lagi setahun. Tahun 2012 baru pulang ke tanah air tercinta. Kalau tak belajar jugak, aku sekeh je!

September 15, 2010

Gambar

Nottingham, United Kingdom.

Aku demam hari kedua.

So, sila tengok gambar yang telah diupload oleh Along.

Parenthesis.

September 14, 2010

Angin

Nottingham, United Kingdom.

Banding dengan semalam, hari ni sememangnya sejuk. Angin yang kuat menusuk hingga ke tulang. Dahlah aku eksen pakai baju dua lapis je, terus menggeletar kat city tadi. Now, badan dah rasa sakit-sakit. Jangkitan Widad tu dah sebati pulak kat aku. Beli fan heater kat Argos, onkan justeru tembak kat kaki aku. Lega.

Widad

Nottingham, United Kingdom.

Widad selsema since selasa minggu lepas. Sejak hari tu, dia makan ubat, baik kejap, selsema balik dan berterusan hingga kini. Yang paling leceh, sakit dia sudah jangkit kat aku. Ceh.


September 13, 2010

Widad

Manning Secondary School, Nottingham.

Ms Lesley Lyon email kat aku dan menyatakan yang Widad perlu masuk sekolah cepat untuk ambil GCSE tahun ni. Kejap lagi nak lari ke sana jap. Sekolah tu second choice setelah Bluecoat School. Along, Aiman, Maisarah dan Muhammad memang dari sekolah Bluecoat dulu dan kalau boleh nak semua anak-anak aku bersekolah di Bluecoat. Alim pulak memang besar kemungkinan akan ke Bluecoat. Year 7. Itu first and the only choice yang aku pilih. Tengah tunggu surat masuk sekolah ni.

Being a mum is also to think about the bestest school for the kids, ei!


TV

Nottingham, United Kingdom.

Oleh kerana kebosanan tahap terakhir, aku berjaya membeli satu TV samsung yang sangat comel. With DVD player yang usang!


Alim

Nottingham, United Kingdom.

Belikan buku cerita Harry Potter and the Deathly Hallows untuk Alim. Beli second hand kat charity shop. Nampak memang baru. Macam tak pernah baca. Dah sehari dia baca, dia tunjukkan dua grammar mistakes dalam buku tu. Aku terkejut jugak. Ingatkan tulisan J.K. Rowling perfect! 

As for Alim, dah dapat buku, dia tidak akan nag aku selama dua hari.

September 12, 2010

Beriyani

Birmingham, United Kingdom.

Pergi ke Birmingham. Ziarah bakal besan (insyallah). Nasi beriyani yang sangat sedap!

September 11, 2010

Aku

Nottingham, United Kingdom.

Kena cari TV jua. Lesen dah beli. 145 pound untuk setahun. Lesen beli kat newsagent. Memang kelakar. Tapi mahal. TV kena cari yang lebih murah dari lesen. Sky? Tengah fikir nak ambil sky or cuma ambil channel free BBC je. Emmerdale, Corronation Street, Eastender, Home and Away. Banyak soap yang aku addicted sebelum ni. Kan ku fikirkan.

Pagi

Nottingham, United Kingdom.

Ku buka mataku. Suasana subuh yang hening. Subuh yang sangat sunyi dan indah. Udara yang nyaman. Aku tarik langsir bilik dan kelihatan suasana yang tenang. Syukur. Angan-angan aku terungkai jua. Aku tiba jua di tempat yang aku ingin kembali. Mungkin kali terakhir aku ke sini. Mungkin selamanya. Urusan yang perlu aku selesaikan once and for all. Semuanya di sini.

Kenal

Nottingham, United Kingdom.

Hari pertama kami tiba di Notts, terasa macam dalam mimpi. Adakah ini Notts sepuluh tahun dahulu? Tak sabar-sabar mata ini mencari-cari kelibat yang dapat mengingatkan suasana seperti sebelum ini. Yang penting, di Notts ni seperti berada di Pakistan gamaknya. Tuan rumah aku ni, perempuan pakistan (Naseema) yang berkahwin dengan lelaki Notts (Neil).

Pertama

Nottingham, United Kingdom.

Malam tadi merupakan malam pertama kami tidur di rumah sewa di Nottingham. Kalau nak dibandingkan dengan tidur di rumah sewa di Limerick, rumah di Nottingham lebih terasa seperti di rumah sendiri. Justeru, aku nak pergi beli throw untuk sofa kat rumah ni.

Eid

Nottingham, United Kingdom.

Rendang ayam, pizza (bakar sendiri) dan teh panas, di atas meja yang beralaskan surat khabar. Syukur, kami dapat menikmati keindahan suasana di pagi raya di Nottingham ini.

Kereta

Nottingham, United Kingdom.

Banyaklah ke Sherwood Forest pagi raya ni. Sigh! Kereta baru dapat petang tadi. Memang banyak cekadak garage tu. Nasib baik boss dia ni sporting and kelakar so aku taklah marah sangat. Aku ni memang di takdirkan berboyfriend dengan Fiat Punto je. Kat Ireland aku dapat Fiat Punto, ni kat Notts pun dapat Fiat Punto gak. Memang dah jodoh. Erk. So aku yang kurang biasa bawa kereta kecil, kena redha. Since bawa truck je di Malaysia, agak kurang sikit feel bila melihat semua kereta sama level dengan kereta aku. Ceh. Kurang asam. Cakap degar-degar. What the Mac!

September 9, 2010

Ireland

Nottingham, United Kingdom.

Rumah aku di Limerick, Ireland masih ada lagi. Aku memang kena commute ke Limerick sekali sekala untuk research aku. Sebulan dua kali aku ke Ireland. Hingga aku tak larat.

Rumah

Nottingham, United Kingdom.

Hari ni pindah rumah baru. Memang baru. Carpet baru. Bathroom baru. Cat baru. Memang puas hati. Harga sebulan sewa pun boleh tahan mahalnya. Tadi pagi, aku dan Along naik teksi beli barang. Semua kena beli balik sama macam masa di Limerick, Ireland. Macam dejavu lah pulak. Teksi kat Notts ni je pun dah hampir lebih 100 pound. Semua dah settle insyaallah. Last day of puasa, kami dah pijak di rumah sewa. Phew! Kejap lagi nak masak for buka puasa. Esok raya, which yang YAY, kami akan masak dan kalau tiada aral, kami ke Sherwood Forrest jumpa Robin Hood!



September 8, 2010

Bukan - 107

Bukan di Limerick, Ireland.

Kalau aku kelip mata dua tiga kali pun aku masih tak percaya yang aku bukan berada di Limerick, Ireland. Aku kat Travelodge Hotel. Bukan di Galway, Ireland. Bukan jua di Malaysia. Eh, Malaysia ada Travelodge ke? Ye, aku berada di Nottingham, United Kingdom. Aku pulang ke kampung untuk beraya sakan. Aku beraya kat sini dengan harapan, Miezi akan datang jengah aku sebelum dia balik Malaysia. Tapi, aku masih belum cari rumah sewa lagi. Rumah aku sendiri orang dah sewa so aku tak mahu kacau. Aku sendiri kena sewa rumah. Weirdo! So, am hunting. hopefully by this raya, I will raya with and in a house and not in a Travelodge. 

Really miss Nottingham. Dah lima tahun tak balik sini and nampak macam lain banyak.

Maisa, Aiman, dan Muhammad dah melompat sakan sebab kami berada di kampung Notts. Miza dan Lana, sila weep sekali.

September 6, 2010

Along - 106

Limerick, Ireland.

Sejak balik dari Cliffs of Moher tempat Westlife buat video clip, Along layan lagu-lagu lama Westlife. Die hard fan dia tu! So I said, 'kalaulah kita terserempak dengan Westlife pada suatu hari, apa agaknya awak akan buat?'. 'Of courselah jerit.' Along cakap dengan bersemangat.

'Nope,' aku cakap. 'Mama yang jerit dulu.'

I am a die hard fan, kumpulan ABBA!


Cousin - 105

Limerick, Ireland.

Cousin aku di Lucan, Dublin dah hantar email berkali-kali kat aku. Dia ajak aku datang rumah. Aku ni susah sikit nak pergi rumah orang. Ada sikit segan. So aku rasa nanti aku terjah je kat rumah dia for raya. Supaya dia tak perlu masak langsung. Dia boleh hidangkan muffin dari ALDI or LIDL. Or pergi je TESCO beli roti sapu cheese spread. Aku terima seadanya. 

Lapar weh!

Hilang - 104

Limerick, Ireland.

Hari ni Along masak untuk buka. Aku duduk goyang kaki sambil kira helaian rambut aku yang tinggal. Sambil tu aku pandang dinding rumah ni. Tengok pendiang. Tengok couch. Tengok dining table. Tengok laptop aku yang hampir lupus. Aku bersyukur aku tak hilang macam Sosilawati!


Printer - 103

Limerick, Ireland.

Along cuba masukkan printer Cannon dalam beg hand luggage. Mesti penyek by the time sampai ke destinationkan! Tak apa, janji beg tu Deuter.

Hussain - 102

Limerick, Ireland (Erk).

Selepas subuh lagi aku dah pergi ke Uni. Pergi jumpa Hussain. Yup, Meet Uncle Hussain. Huahuahua. Aku terangkan kat dia apa yang aku nak buat. Dia macam blur. Agaknya semua orang Irish ni blur. But he is not Irish. He is Iraqi. Lantak kaulah Iraqi. Aku penat cerita semua pasal projek aku tapi dia masih macam tak paham. Haish. Nak aku cekik ke? So aku pun, anggukkan apa yang dia cakap sebab mulut aku letih nak bercakap lagi. So the last statement I said was, 'Not to worry Hussain. I will email you soon.'

Jet lag - 101

Galway, Ireland (I wish!)

Aku bukan kat Galway rini. Aku cuma berangan berada di Galway. Sebab Galway best. 

Aku pun tak tahu kenapa sejak datang ke Ireland ni, aku punyalah susah tidur. Takkanlah jet lag hingga 3 minggu kot. Itu bukan jet lag lagi dah tapi mengada.

Cliffs of Moher, Clare, Ireland - 100



Clare, Ireland.

Kami ke Cliffs of Moher hari ini. Perjalanan cuma satu setengah jam sahaja. Naik Punto aku tu. 

Cliffs of Moher di Clare telah dicalonkan dan menjadi finalist untuk  The Seven Wonders of Nature in the World. Tapi sememangnya cantik permandangan ini. Aku terkedu beratus kali. Aku cubit diri aku berpuluh kali. Kebesaran Tuhan yang Maha Esa.

Nasib baik beli lense yang boleh nampak jauh ni. Worth it!


Sejuk kat atas tu. Nak ikat tali jacket ni pun dah lupa camner. Punyalah ramai umat naik cliffs tu. Orang tua yang bertongkat pun jalan lebih cepat dari aku.


Aku dan Alim jalan ke Cliff lain. Kami asyik melambai Along dan Widad. Tapi bukan dia orang nampak pun. Asyik ambil gambar sendiri je mereka tu. Tangan aku dan Alim bukan main lenguh melambai supaya gambar kami diambil. Nasib baik jadi satu gambar ni, kalau tak, memang Along dan Widad balik jalan kaki.

Along, Widad dan Alim tengah kesejukan tu. 

Yup, aku ni agak rendang ye. So kena naik pagar ni untuk bergambar.

Aku suka gambar ni. Bayangkan kat cliffs belakang tu, kumpulan Westlife pernah nyanyi. Westlife who?   Harry Potter and the Half Blood Prince, The Princess Bride pun difilemkan di sini.
 

Sampai kat atas salah satu cliff yang dari gambar atas tu. Sejuk tu. Kat belakang tu, tertulis, ramai yang dah mati jatuh cliff. Kanak-kanak, sila beratur untuk ambil gambar. Pegang dinding tu!
Kawasan di belakang aku tu, kawasan private. Tidak dibenarkan masuk sebab di situ tiada pagar. So kalau jalan kat tepi cliff, besar kemungkinan akan jatuh masuk laut sebab angin sangat kuat.


 Sila ambil gambar aku!






With my saviour, Along and at the back the two kanaks.


Widad is having fun with Along. Ten years bonding time, mate! Widad akan tinggal dengan Along di UK nanti.




Castle at one of the cliffs.


Look at us! Up here!


We had so much fun today.  We managed to be at the top of one of the cliffs. We did it!


Sila rasa dengan pipi dinding tu! Sejuk?
 Sila posing dulu! I like!

Lepas tengok exhibition kat bawah Cliffs of Moher. 


Alim beli lagi satu bola rugby Ireland. Sponge je pun. There goes your 4 euros!
Sebenarnya kaki dah lenguh naik cliff tadi. Belakang tu poster tertulis, nominated dan finalist as one of the Seven Wonders of Nature in the World.

P.S.   Penat betul nak upload gambar. Lain kali Along kena buat. Mama link je.