Limerick, Ireland.
Jumpa Hussain. Dia nampak macam tak sihat. Demam kot. So sila jangan jangkit kat aku pulak nanti. Aku berdiri sangat jauh dari dia. Hussain bagi aku kunci office. Aku kena buat staff ID. Tapi si Emily yang in charge nak buat tu, cuti pulak. Tak apa, esok masih ada. Boleh datang lagi dan menari dengan band pulak kali ni. Aku masuk office. Memang luas. Tapi aku kena share dengan lagi dua orang. Dua jejaka tampan. Satu nama John (why? mengingatkan aku pada John aku, uhuk) dan satu lagi nama Arun (handsome giler weh! macam pelakon hindustan je). Tapi aku rela berkongsi bilik dengan mereka. Huahuahua. Eleh, muda belia pun mereka tu. Baya anak aku je. So John and Arun, just call me Auntie ok.
Dalam office ni, kalau pandang atas, ada banyak lampu. Mak ai, banyak betul tu. Jap nak kira. Hmm, ada 64 lampu kalimantang. Meriah suasana dalam bilik ni. Macam funfare lampu kalimantang. Murah betul tenaga letrik. Sila bayar bil aku sekali nanti. Kat sebelah kiri aku ada banyak mesin sound and signal. Itu yang aku kena buat nanti. Wire berselirat merata tempat tapi janji jangan kacau aku je.
Aku diberi pilihan cubical mana nak. So aku ambil yang agak tersorok sikit. Tujuan, supaya senang aku nak lelap kejap kalau letih. Kat sebelah kanan aku pulak, beratur plug. Ada 8 plug dalam cubical aku je tau. So bolehlah aku bawa periuk nasi, bread toaster, blender and segala macam.
Kat depan aku, bahagian dinding, banyak rak buku. Buku pun tersusun rapi. Kalau sekali pandang memang terasa pandai sangat. Ada buku Matlab. Ada buku Waterpower. Oleh itu, memang kena tengok saja dari jauh, sure berpinar lepas tu.
Aku nak balik dah ni. Isnin aku kena present proposal aku. Aku pun tak hengat apa yang aku hantar ritu.