September 21, 2010

Maisarah

Nottingham, United Kingdom.


Bakal menantu aku dan keluarga masih belum ada kesempatan nak singgah beraya ke rumah aku di Notts ni. So, Maisarah, sila jalankan tugas. Hmm, boyfriend si Maisarah ni belajar di University of Aston di Birmingham. Lagi setahun habis belajar. Dia nak balik Malaysia untuk berkhidmat tapi aku bagi nasihat supaya dia buat terus PhD. Dia tak perlu buat masters kalau dia dah buat degree di UK. So dia masih fikir. Lagi pun, Maisarah akan buat Masters kat UK jugak nanti. Itupun kalau boyfriend dia masih berada di UK.

Itu baru boyfriend. Belum kawin lagi. So, sukahatilah nak buat apa pun! Belajar kat UPM pun bagus!


***