September 5, 2010

Tour Bus - 97



Galway, Ireland.

Awal pagi lagi, kami dah park kereta di two hour parking zone. Terus naik bas dua tingkat keliling bandar Galway. 10 euro untuk adults and 5 euro kanak-kanak. Walaupun hujan renyai-renyai, kami redah jua seluruh Galway. Sangat cantik. University of Galway, memang lagi cantik dari Universiti of Limerick. Dalam hati aku terucap jua, kenapalah aku tak dapat offer di University of Galway. Alangkah bahagianya aku kalau setiap hari di Galway. Teringat William! Round bandar and bas berhenti di tepi pantai Teluk Galway. Memang indah dan cantik. Jatuh cinta sekali lagi. Cuaca yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk membuatkan aku terkedu seribu bahasa.