September 6, 2010

Cliffs of Moher, Clare, Ireland - 100



Clare, Ireland.

Kami ke Cliffs of Moher hari ini. Perjalanan cuma satu setengah jam sahaja. Naik Punto aku tu. 

Cliffs of Moher di Clare telah dicalonkan dan menjadi finalist untuk  The Seven Wonders of Nature in the World. Tapi sememangnya cantik permandangan ini. Aku terkedu beratus kali. Aku cubit diri aku berpuluh kali. Kebesaran Tuhan yang Maha Esa.

Nasib baik beli lense yang boleh nampak jauh ni. Worth it!


Sejuk kat atas tu. Nak ikat tali jacket ni pun dah lupa camner. Punyalah ramai umat naik cliffs tu. Orang tua yang bertongkat pun jalan lebih cepat dari aku.


Aku dan Alim jalan ke Cliff lain. Kami asyik melambai Along dan Widad. Tapi bukan dia orang nampak pun. Asyik ambil gambar sendiri je mereka tu. Tangan aku dan Alim bukan main lenguh melambai supaya gambar kami diambil. Nasib baik jadi satu gambar ni, kalau tak, memang Along dan Widad balik jalan kaki.

Along, Widad dan Alim tengah kesejukan tu. 

Yup, aku ni agak rendang ye. So kena naik pagar ni untuk bergambar.

Aku suka gambar ni. Bayangkan kat cliffs belakang tu, kumpulan Westlife pernah nyanyi. Westlife who?   Harry Potter and the Half Blood Prince, The Princess Bride pun difilemkan di sini.
 

Sampai kat atas salah satu cliff yang dari gambar atas tu. Sejuk tu. Kat belakang tu, tertulis, ramai yang dah mati jatuh cliff. Kanak-kanak, sila beratur untuk ambil gambar. Pegang dinding tu!
Kawasan di belakang aku tu, kawasan private. Tidak dibenarkan masuk sebab di situ tiada pagar. So kalau jalan kat tepi cliff, besar kemungkinan akan jatuh masuk laut sebab angin sangat kuat.


 Sila ambil gambar aku!






With my saviour, Along and at the back the two kanaks.


Widad is having fun with Along. Ten years bonding time, mate! Widad akan tinggal dengan Along di UK nanti.




Castle at one of the cliffs.


Look at us! Up here!


We had so much fun today.  We managed to be at the top of one of the cliffs. We did it!


Sila rasa dengan pipi dinding tu! Sejuk?
 Sila posing dulu! I like!

Lepas tengok exhibition kat bawah Cliffs of Moher. 


Alim beli lagi satu bola rugby Ireland. Sponge je pun. There goes your 4 euros!
Sebenarnya kaki dah lenguh naik cliff tadi. Belakang tu poster tertulis, nominated dan finalist as one of the Seven Wonders of Nature in the World.

P.S.   Penat betul nak upload gambar. Lain kali Along kena buat. Mama link je.