Nottingham, United Kingdom.
Alim agak marah semalam bila aku beritahu yang aku dan dia akan pulang ke Malaysia tahun depan. Dia tak mahu balik. Dia nak sekolah kat sini dan terus tinggal sini. Aku cakap, aku kerja di Malaysia dan datang sini untuk cuti setahun je. Cuti rehat. Dia masih tak dapat terima kenyataan. Dia cakap, dia belum sempat nak jumpa Paige lagi. Paige ialah kawan perempuan dia yang bersekolah di Eastwood. Dia kenal Paige dah 2 tahun. Hmm, budak yang umur 11 tahun ni pun tahu erti persahabatan dan kesetiaan. Adakah ini cinta agung! Hmm, I wonder apa dalam fikiran dia sekarang ni!
***