September 23, 2010

Rumah

Radford Grove Lane, Nottingham.


Ada juga orang yang berani tanya aku. 

'Mana pergi perabut kat dalam rumah kau di Radford ni?'.

'Meja makan tak ada ke?'.

'Tengok TV kena duduk atas lantai ke?'.

'Kenapa TV kecil sangat?'

"Peti ais kecil jugaklah!'.

'Hidup kau di Radford ni macam lain sangat dari di Malaysiakan!'

Aku senyum. Aku diam.

Aku terfikir seketika, aku datang sini sebab dapat cuti sebatikal selama setahun. Dalam setahun aku kena tinggal di tiga buah negara. Ireland, United Kingdom dan Korea (insyaAllah). Kena beli semua yang baharu setiap kali aku pindah ke? 

Setelah diconvert dari pound sterling ke Malaysian ringgit, ini dia perbelanjaan aku setiap bulan. Sewa rumah aku di sini RM3000 sebulan, hokey! Letrik RM300 sebulan, Gas RM300 sebulan, Air RM50 sebulan, Council tax RM500 sebulan. Insuran kereta RM400 sebulan sebab international license.  Bil SKY, RM 120 sebulan. Belum  duit makan lagi. Minyak kereta lagi. (Makan dan minyak kereta anggaran, RM3000 sebulan).

So, kalau hanya pandai tanya soalan bodoh tu, sila SHUT IT from now on!


***