Lepas subuh aku, Aliaa, Maisarah dan Muhammad telah ke kubur Mak dan Abah di Sg Sekamat. Cuaca pun sangat cantik. Ada juga beberapa orang di kuburan tersebut. Kubur di Sg Sekamat ni terletak di tengah-tengah kawasan kampung. Oleh itu sememangnya menjadi jalan utama untuk penduduk di situ. Jadi, tidaklah rasa macam seram sejuk kalau lalu di situ. Bak kata Aliaa, dulu kita ni percaya sangat pada mitos dan buatkan kita takut akan semua itu. Tapi kini, still takut dan seram tapi kerap jugaklah ziarah kuburan.
Setiap kali ziarah Mak dan Abah sudah tentu aku akan terfikir untuk menggantikan batu nisan yang sedia ada memandangkan tulisan pun sudah tidak kelihatan. Tapi setiap kali pulang ke rumah, terus terlupa. Yang membuatkan aku dan anak-anak aku tau akan kubur yang mana satu, bukanlah perkara yang sukar kerana kubur Abah diletakkan simen keliling manakala kubur emak, diletakkan kayu. Memang lain dari yang lain.
***