Memang Cis! Internet banking aku kena hacked. Padanlah minggu lepas bank call aku untuk memaklumkan yang kad aku terpaksa di block dan akan hantar kad baru. Kenapa? Kerana mereka dapat detect ada orang cuba guna kad aku. Sedangkan kad aku ada bersama aku niha.
Keesokan harinya aku cuba buka internet banking, memang dah kena block so aku lega. Tapi aku cuba tengok bahagian personal detail. Arghh, ada nombor telefon entah siapa di situ. Bukan aku punya dan bukan sesiapa yang aku kenal punya. So aku cuba call nombor tu. Tiada berjawab tapi ringing. Aku ke bank hari ni. Uruskan segala.
Rupanya memang orang bank kata ada orang yang cuba hack aku punya internet banking. Maknanya kalau aku register semula tanpa tengok nombor telefon itu, bank akan hantar password baru pada nombor tu dan orang tu boleh assess the account dan lepas tu of courselah aku kena main gitar di pasar malam untuk bayar hutang duit yang sudah dipakai itu.
So selesai sudah urusan tadi yang mengambil masa 4 jam di bank. Rasanya tak puas hati sebab aku tak boleh nak cek samada duit aku sudah digunakan oleh orang itu atau pun tidak.
Ni bukan buat amal namanya!
****