Aku berada di ofis pagi ini. Rasanya adalah 20 orang staf aje yang datang. Selebihnya sedang bercanda di kampung. Kampung aku di Kajang. Tiada beza dengan tahun-tahun sebelum ini. OK fine, tahun lepas aku berpuasa di tiga negara dan raya di satu negara lain aka England. Sekejap lagi aku akan keluar. Takut pula bila tak ada orang ni. Dahlah fakulti aku ni terletak di jalan besar dan jalan utama masuk ke UPM! Akan menjadi tumpuan pada orang ramai.
Pintu ofis aku ni, kalau setakat guna jari pun boleh tolak pintu cermin ni bagi jatuh. Oleh itu, kena berhati-hati, John!
***