Orang lain sibuk nak balik kampung. Aku pun ada kampung tapi kampung aku di Kajang. Tak balik pun, sebab mak dan abah aku sudah meninggal lama dulu. Dah tak ada suasana raya di kampung dalam kamus aku. Abah meninggal masa aku di Malaya. Selang beberapa tahun lepas tu, mak pula meninggal iaitu masa aku di England. Sejak mak meninggal, aku tak pernah beraya di kampung mak dan abah di Sg Kantan Kajang.
Saban hari, aku akan rindu pada mak dan abah. Aku sentiasa teringat semasa aku kecil dan bagaimana mak dan abah cuba meraikan hari raya bersama kami dengan suasana yang gembira.
Kini dan ketika ini, aku amat rindu pada mak dan abah. Sangat rindu.
Ampunkan dosa saya, Mak.
Ampunkan dosa saya, Abah.

***