August 28, 2011

Raya Tahun Lepas di Nottingham - 2010



Aku baru teringat. Raya tahun lepas, aku, Aliaa, Widad dan Alim beraya di Nottingham. Dua hari sebelum raya, aku buat keputusan untuk beraya di UK instead of Ireland. Mungkin aku rasa tinggal di Ireland, perasaan aku jadi kelam. So aku buat keputusan untuk beraya di Notts. Tak sangka dapat rumah sewa sehari selepas tiba di UK. Pakai redah je dari Ireland tu,  sedangkan rumah sewa belum tentu dapat pun. 


So dapat je rumah sewa dan sign segala agreement, aku dan Aliaa pun naik teksi ke ASDA. Cari makanan untuk raya. Kiranya, emergency punya makanan sebab masa tu cuma ada sehari aje tinggal untuk masak. Beli pizza mentah di ASDA, beli ayam untuk dimasak rendang.


Meja pun bukan ada di rumah tu. So bentang surat khabar jelah gamaknya. Beras pun belum beli so kami rebus pasta. Makan dengan kuah rendang tu. Kiranya makanan yang paling simple tapi kanak kecil langsung tak complain. Well done! 


Oh ye, pizza tu makan dengan rendang. Memang best. Carribean Cola buatkan kami memang rasa berasa di UK dan bukan di Ireland. 



Tapi best betul raya. 







***