August 22, 2011

Suasana Raya di Alamanda



Sabtu lepas, aku dan Maisarah bawa Lana ke Alamanda. Niat di hati nak buka puasa di sana. Sampai di sana, memang rezeki kami untuk dapat parking dekat dengan pintu masuk. Senang pulak dapat parking kali ni. Sebab Lana ye!



So kami masuk Parkson. Nak cari baju Lana lagi. Sebelum ni dah beli di Poney. So ingat nak cari Power Puff Girl atau apa je yang comel. 



Aku ni lupa agaknya. Sabtu cuti. Orang gomen dapat bonus. So of courselah ramai orang. Ya. Sangatlah ramai. Terlalu ramai. Yang bawa anak kecil. Yang dukung baby comel. Aku cuma tolak stroller je. Tak mahu dukung Lana sebab Lana pun tak selesa kalau didukung. Lana boleh diam je pulak tu. Dia suka tengok ramai orang. Langsung tak minta didukung.



Ok jap. Apa tujuan tulisan ni? Oh ye, aku suka shopping bila hampir raya. Seronok sebab ramai Melayu yang bersemangat untuk menyambut raya. Bestnye, suasana. Aku cukup tak faham pada ada sesetengah orang yang kononnya tak mahu sambut raya. What the hell! Kenapa tak sambut. Tak semestinya kena beli baju barukan! Macam aku niha, aku suka digolongkan dalam golongan orang yang sibuk mencari baju raya tapi bukan untuk sendiri. Untuk anak dan cucu aku. Suddenly aku lupa nak beli baju raya aku sendiri. Eh, baju kurung aku (aku ada baju kurung?) yang 12 tahun lepas sudah muat dipakai semula. So akan ku bergaya dengan baju itu. Yay, aku nak raya ni. Tak sabar rasanya nak beraya sakan. Di Malaya. Seperti dulu!




So berbalik kepada suasana di Alamanda, memang best. Aku seronok. Aku teringat masa aku kecil, mak dan abah akan bawak kami ke Globe Silk Store di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Masa bulan puasa. Ramai orang bagai. Balik rumah puas hati sebab dapat baju baru dan kasut baru dalam sehari. Memang letih puasa tapi aku gembira. 



Itu yang aku nak ingatkan pada anak-anak aku supaya bila raya, haruslah sambut dengan gembira. Kalau tak ada duit tu, buat sederhana sahaja tapi sambut tetap sambut dengan gembira. Betul tak gitu?




Balik rumah, aku sudah hampir putus lengan. Sebab pegang Lana masa tunggu Auntie Mai cari makanan Lana. So sambil aku duduk di foodcourt sebab nak booking tempat, aku layan cucu aku dengan jayanya. 



***