August 22, 2011

Dia Nak Sepak Aku Lagi


Nak juga cerita.



Kisah 1. Aku ingin ke Maybank. So kami ke Nilai. Tujuan ke bank tu cuma untuk cari nombor pin supaya boleh buat online banking. Online banking aku dah kena block sebelum ni sebab dah lebih 3 bulan tak aktif. So anyways, aku dengan Maisarah beratur. Tiba-tiba sorang perempuan yang berumur 30an atau 40an potong line. Cis. Aku dah mula nak marah. Eh, ramadhan. Sabar. So aku pun cakap. 'Eh' sambil bagi signal yang aku sedang beratur. Suddenly dia melenting. Yup, dia melenting. Dia cakap, 'Dah tau beratur tu, kenapa tak beratur di belakang sini'. Aku pun jawab dengan suara lembut, 'Eh, kalau nak keluar duit mana boleh beratur dekat dengan orang yang nak keluar duit'. Pastu, aku nampak tanduk dia dah keluar, 'Eh, awak ni kurang ajar ye. Cakap tu baik-baik sikit'. (Eh, bukan ke memang aku cakap elok-elok!). Aku pun keluar tanduk berbunga jugak sambil berkata, ' &*^#%@&@^#%' (hahahha, hilang puasa aku pada hari tu!). Dia pun jawab, 'Awak ingat saya takut dengan awak ke? Saya bagi pelempang ni kang!'. Lepas tu aku malas nak layan. Aku layan ATM sambil buat sambil lewa sebab dia ada kat belakang kami. Muahahahhahha. OK fine, orang ramai memang dengar ini semua sebab kebetulan ramai giler orang kat dalam bank tu.




Kisah 2. Aku ke Alamanda. Hari lain. Beratur nak beli nasi ayam di food court.Suddenly, dua anak dara potong line depan aku. Aku sengih sambil terfikir, 'Habislah pahala puasa aku lagi hari ni!'. Aku pun tegur anak dara tu. 'Dik, beratur kat sini!'. Nak tau apa kata mereka? 'Maaflah Kak (sebutan Kak yang tak boleh blah tu, terus aku rasa nak bagi semua nasi ayam kat dia orang nanti!). 'Kami tak perasan', salah seorang anak dara tu berkata sambil tersenyum dan sipu-sipu malu. Aku pun jawab sambil tersenyum, 'Tak apa, puasa!'. Mereka terus beratur di belakang aku sambil berbual-bual sesama sendiri. 'Aku ingat nak pergi toiletlah. Nak basuh muka sebab dah malu sangat ni', sebut salah sorang anak dara tu. 'Aku pun. Kenapalah kita berdua ni!'. Aku senyum.


Actually aku membandingkan dua peristiwa yang kena pada aku dalam dua tiga hari ni. Pokoknya, orang muda lagi bersopan santun dan tak melenting berbanding dengan orang tua. 




Kesimpulannya, memang pahala puasa aku pada hari kisah 1 tu sudah kurang. Ceh.





***