August 29, 2011

Bagaimana Jika Aku Rindu?



Esok raya. Persoalannya. Bagaimana jika aku rindu? Ya. Bagaimana? Bagaimana nak buat jika aku rindu akan bulan ramadan ini? Belum tentu aku akan temui ramadan pada tahun hadapan. Bulan ramadan ni dapat membuatkan fikiran aku tenang. Tak perlu nak serabut. Aku tau. Semua orang akan rasa sebegitu. Tapi aku ingat, masa aku kecil dulu, aku tak rasa pun begini. Mungkin masa kecil cuma ingat nak raya aje. 

Kau tengok. TV1 ni, ada takbir raya dari budak-budak kecil lelaki. Mak ai, sejuk hati mak bapak dia orang ni. Suara budak tu dah lah sedap. Muka semuanya bersih. Semua duduk without fidgeting pun. Bagus betul budak-budak ini. Terus aku haru. Terus sebak. Terus nak masukkan Alim ke sekolah Tahfiz.


Teringat mak dan abah. Rindu pada Mak dan Abah. Mak akan kepenatan bila malam raya sebab siangnya mak dah masak rendang dalam kawah besar. Abah pula akan sibuk membeli barangan yang tak cukup. Masa ni baru nampak abah senyum. Abah yang sentiasa serious akan senyum pada sehari sebelum raya dan pada hari raya. 


Mak akan tidur awal malam tu tapi tengah malam dia akan bangun untuk sediakan apa yang patut. Pagi raya, mak akan masak kuah lodeh dan kuah kacang. Kami adik beradik akan sediakan kuih dalam balang. 


Kenapa aku tak buat begitu ye? Kenapa aku tak masak rendang dalam kawah besar. In fact, aku cuma masak rendang dalam kuali Bradford je (kuali dibeli di Bradford dulu! Macam tak ada kuali di Malaysiakan!). Kenapa aku tak bangun tengah malam untuk mengemas rumah (eh, rumah aku kecil gilos. 10  minit sudah siap untuk kemas satu rumah). Kenapa aku tak masak lodeh dan kuah kacang di pagi raya? (eh, aku memang akan masak esok pagi. Tahun lepas dimaafkan sebab tiada di Malaysia). Kenapa aku tak pengsan kepenatan bila malam raya? (sebab aku dah tidur awal pagi lepas subuh. muahahahha. Sangatlah mengantuk pagi tadi!). 


Aku memang kagum dengan kekuatan Mak. Aku juga kagum dengan ketangkasan Abah. 


Selain rindu pada ramadan kali ini, aku jua rindu pada Mak dan Abah. 


Aku doakan Mak dan Abah ditempatkan bersama orang yang beriman.


Aku doakan aku akan ketemu dengan ramadan lagi. 


Adakah ini ramadan terakhir aku? 


Insyaallah, jika diizinkan, aku akan temui ramadan lagi tahun hadapan.





***

Hari Ini Di Warta Bangi



Aku ingatkan sure tak ramai orang di Warta hari ini. Of course semua orang sudah balik kampung masing-masing. Kecuali orang Kajang or kawasan di sekitarnya. Tapi rupa-rupanya, punyalah ramai orang. Aku sampai agak awal. Sesampai di Warta, aku lihat dua tiga troli ketupat palas dan ketupat nasi baru sampai. Lepas tu, orang ramai sudah berebut-rebut membeli. Panas lagi pulak tu.



Aku terfikir, mesti orang ramai ni sudah rasa ketupat ni sebab tulah beli lagi. So apalagi, aku pun beli juga. Ya. Tak sedar dan tak fikir saper pulak yang nak bawa naik atas nanti. With these tangan yang second hand. Yap, both tangan yang second hand. 



Tapi nak juga jalan lagi tu. Ha'ah, aku jalan sakan di Warta ni. Tapi belah bawah je pun. Tengok kok ada kueh raya yang sedap dan murah. Actually, aku nak cari kueh samprit yang ada bijan dalamnya. Slurppp, sedap gilos tu. Tapi masih tak jumpa lagi. 




Perlu ke pergi batu belah?


***

Rendang Ayam Kampung Sudah Ready



Aku sudah siap masak rendang ayam kampung baru kejap tadi. Entah apa rasanya tapi macam pedas je. First time aku masak rendang ayam kampung ni. Biasanya aku guna ayam inject. 


So tonight boleh berbuka puasa dengan ketupat palas, ketupat nasi bersama rendang ayam kampung. Wohooo.


***

Anak Abang Aku



Abang aku yang tua setahun je dari aku aka Adjunct Professor di UTEM, telah memaklumkan pada aku semalam yang anak dia, empat orang terkena demam denggi. Sorang kena masuk wad hingga semalam dan selebihnya sebagai outpatient. 



Aku doakan kanak itu semua sihat. Aku ni bab nak pergi melawat agak fail sebab jalan ke Shah Alam tu pun aku tak tahu. Cis. Itulah asyik nak mengharapkan anak-anak bawa aku je. Bila anak tak ada, aku jadi patah kaki.


***

Berada di Ofis Pagi Ini


Aku berada di ofis pagi ini. Rasanya adalah 20 orang staf aje yang datang. Selebihnya sedang bercanda di kampung. Kampung aku di Kajang. Tiada beza dengan tahun-tahun sebelum ini. OK fine, tahun lepas aku berpuasa di tiga negara dan raya di satu negara lain aka England. Sekejap lagi aku akan keluar. Takut pula bila tak ada orang ni. Dahlah fakulti aku ni terletak di jalan besar dan jalan utama masuk ke UPM! Akan menjadi tumpuan pada orang ramai. 


Pintu ofis aku ni, kalau setakat guna jari pun boleh tolak pintu cermin ni bagi jatuh. Oleh itu, kena berhati-hati, John!

***

August 28, 2011

Amsterdam 30 January 2008

Lagi nak letak gambar tapi kena cari yang sesuai. Gambar yang tidak terlalu besar diri aku entah nak sorok mana tah!


Dalam kedai poskad ni pun ada jual dadah hokey!

Ni lah best friend aku. Dr Aien. Apa yang dia pakai dari atas ke bawah semuanya branded! Aku memang tak mampu!




Aku rindu kat kau, Aien!


Bila lagi nak ronggeng keluar negara ni?


***

Amsterdam 29 January 2008


Actually sebelum ke Switzerland, aku singgah di Amsterdam kejap. Nak beli dadah ke? Idok ler. Memang dadah jual di kedai souvenir je pun. So anytime boleh beli dan anytime boleh hisap dadah. Tapi aku taklah bodoh sangat. Bukan mahal pun. Tapi aku dan Dr Aien dan Dr A agak takut juga jika dianiaya so kami bawa bagpack menghala ke hadapan instead. Mana tau ada orang nak selitkan dadah kat dalam beg kami. 



Just to remind myself, I was humongous at that time. Oh, shut it! Mind you, it was -5 degree hokey!








***

Switzerland 3 February 2008



Aku pergi pun bertiga. Dr Aien, Dr A dan aku. Memang seronok sebab aku tak pernah jejak Switzerland sebelum ni. So memang agak macam perak (bukan negeri Perak ye tapi perak! sila sebut betul-betul)  lagak aku.


Again, I was humongous! It was -15 at that time in Switzerland. Kalau bersin, mesti keluar ais punyalah.









***

Switzerland 4 February 2008


Actually dah letak gambar sebelum ni tapi kena matikan post tu sebab ada pihak yang tak suka. Siapalah gamaknya! 


Masa ni pergi ke Davos, Switzerland untuk present paper je pun.  



Yup, I was humongous! Still is? Oh, shut it!






Belakang tu The Alps

Cantik sangatkan, John!

Aku dah sampai ke puncak Banjaran Alps. Aku je yang tak main ski or snowboarding.

With a British Dude! John?






***





Sejak Join Groupon



Itulah pasal. Sejak join groupon Malaysia ni, memang teruja ajelah memanjang. Masa aku join groupon Nottingham dulu tu, taklah tergoda giler batu pun. Di Malaysia ni memang murah gilos. Baru kelmarin aku beli photobook. 85% off tu. Dari tiga ratus lebih, dapat kurang hingga 88 hinggit je. So terus beli 3. Hehehhe. Entah nak buat apa tah. 


Pastu, boleh pulak trip ke Thailand murah gilos. Hishhh. Sedia duit lah gamaknya. 


Mampu ke?



***

Raya Tahun Lepas di Nottingham - 2010



Aku baru teringat. Raya tahun lepas, aku, Aliaa, Widad dan Alim beraya di Nottingham. Dua hari sebelum raya, aku buat keputusan untuk beraya di UK instead of Ireland. Mungkin aku rasa tinggal di Ireland, perasaan aku jadi kelam. So aku buat keputusan untuk beraya di Notts. Tak sangka dapat rumah sewa sehari selepas tiba di UK. Pakai redah je dari Ireland tu,  sedangkan rumah sewa belum tentu dapat pun. 


So dapat je rumah sewa dan sign segala agreement, aku dan Aliaa pun naik teksi ke ASDA. Cari makanan untuk raya. Kiranya, emergency punya makanan sebab masa tu cuma ada sehari aje tinggal untuk masak. Beli pizza mentah di ASDA, beli ayam untuk dimasak rendang.


Meja pun bukan ada di rumah tu. So bentang surat khabar jelah gamaknya. Beras pun belum beli so kami rebus pasta. Makan dengan kuah rendang tu. Kiranya makanan yang paling simple tapi kanak kecil langsung tak complain. Well done! 


Oh ye, pizza tu makan dengan rendang. Memang best. Carribean Cola buatkan kami memang rasa berasa di UK dan bukan di Ireland. 



Tapi best betul raya. 







***

Suasana Serene



Biasanya hari ahad, suasana di Vista ni agak riuh. Tapi pagi ni, sunyi sepi giler batu. Boleh dengar burung berkicau lagi. Setiap tahun kalau raya, sememangnya begitu. Semua orang balik kampung. Tapi aku mengambil kesempatan ini dengan menikmati suasana serene yang cuma didapati setahun sekali. 




Aku sentiasa ditemani oleh Mak dan Abah of course!



***

Kanak Pulang Ke Kampung



Aliaa kata dia sampai kampung at 3am semalam. Syukurlah selamat sampai. Aku punya kempas kempus kebimbangan. Ni kena sambung balik kempas kempus kebimbangan bila kanaks semua pulang dari kampung menghala ke Vista. Hishhh. Kena naik pengangkutan awamlah kalau raya lain kali. 



***

Sehari Bersama Lana



Semalam pagi, Aiman dan Miza tinggalkan Lana di Vista. Aku jaga Lana. Dia tak menangis pun tapi ada masanya dia akan merengek manja sebab nak didukung. Tapi bukan susah pun jaga dia. Dia baik dan sepanjang aku jaga, dia asyik nak berjalan. So aku asyiklah mengemas permainan dia kerana dia akan terpijak dan of course terjatuh. Tapi budak manja tu, the minute Miza balik, dia terus tak mahu dengan aku lagi dah. Cis. 



***

August 26, 2011

Risau Mereka Pulang ke Kampung



Setiap kali kanak-kanak ni pulang ke kampung, aku akan resah gelisah. Iskk, macamana nak buat ni? Takut si Aliaa ni bawa laju kereta tu. Hopefully banyaklah ops sikap or whatever di merata highway supaya semua orang bawa kereta perlahan. Janji sampai. Ek!



***

Aliaa


Aliaa cuti hari ni. Dia ada banyak errand yang perlu dibuat. Setelah ke kubur, kami tinggalkan dia di KLIUC. Dia pergi ke pasar borong Selangor dengan rakan office. Actually nak cari ayam kampung. Aku nak masak rendang ayam. So dapatlah ayam serta segala bahan untuk rendang. 


OK fine. Aku tak pernah ke pasar borong tu. Dulu masa kecil, mak dan abah ada juga bawak aku ke pasar borong Selayang. Tapi sangatlah awal pagi. Pukul 4 pagi dah sampai. Itulah kali pertama dan terakhir aku ikut pun. 


So Aliaa sudah selesai beli semua tu dan dia pun sedang bertungkus lumus mengelap lantai dapur yang bukan warna yang diingini. Erk. Dia proses mengelap sejibik macam drama Jepun dan Korea yang tak gunakan mop tu. 


Lepas ni silalah operasi ruang tamu ni ye. Kan nak raya, so kenalah kemas bagi cantik walaupun perabot memang sejak 6 tahun dulu lagi tak berganti (uhuk!). 



***

Kerepek Banting



Pulang dari kubur (refer to previous post), aku dan Muhammad ke Pakcik Bidin untuk urut. Lepas tu terus ke office untuk cari fail ISO. Lepas itu, aku, Aliaa dan Muhammad ke Banting cari kerepek. 


Ada tiga kilang kerepek yang kami singgah.

Kerepek House mahal juga harga (tempat yang sangat glamour dan sangat besar)

Kak Ros, memang murah.

Fizz, sangat mahal (lain kali tak mahu pergi situ dah).




***

Ziarah Kubur Mak dan Abah



Lepas subuh aku, Aliaa, Maisarah dan Muhammad telah ke kubur Mak dan Abah di Sg Sekamat. Cuaca pun sangat cantik. Ada juga beberapa orang di kuburan tersebut. Kubur di Sg Sekamat ni terletak di tengah-tengah kawasan kampung. Oleh itu sememangnya menjadi jalan utama untuk penduduk di situ. Jadi, tidaklah rasa macam seram sejuk kalau lalu di situ. Bak kata Aliaa, dulu kita ni percaya sangat pada mitos dan buatkan kita takut akan semua itu. Tapi kini, still takut dan seram tapi kerap jugaklah ziarah kuburan. 


Setiap kali ziarah Mak dan Abah sudah tentu aku akan terfikir untuk menggantikan batu nisan yang sedia ada memandangkan tulisan pun sudah tidak kelihatan. Tapi setiap kali pulang ke rumah, terus terlupa. Yang membuatkan aku dan anak-anak aku tau akan kubur yang mana satu, bukanlah perkara yang sukar kerana kubur Abah diletakkan simen keliling manakala kubur emak, diletakkan kayu. Memang lain dari yang lain.






***

August 25, 2011

Widad GCSE / O-Level Results

GCSE/O-Level Results.Nottingham Bluecoat Technology College, United Kingdom.


Syukur Alhamdullillah. Berkat usaha budak yang always tengok semua berkaitan dengan Korea, dia berjaya juga dapat results yang baik. Kira okaylah sebab dia cuma bersekolah selama 9 bulan (untuk 2 tahun punya pelajaran) di England tu.



So camner nak ke Korea kalau satu subjek bukan huruf A?




I am proud of you still, Widad!




Congrats and love you.




Hadiah for you: A trip to Brunei. Just the two of us.



(do not tell her that the trip to Brunei is for conference! muahahhahahhaha)

***

Mak dan Abah dan Kampung



Orang lain sibuk nak balik kampung. Aku pun ada kampung tapi kampung aku di Kajang. Tak balik pun, sebab mak dan abah aku sudah meninggal lama dulu. Dah tak ada suasana raya di kampung dalam kamus aku. Abah meninggal masa aku di Malaya. Selang beberapa tahun lepas tu, mak pula meninggal iaitu masa aku di England. Sejak mak meninggal, aku tak pernah beraya di kampung mak dan abah di Sg Kantan Kajang.


Saban hari, aku akan rindu pada mak dan abah. Aku sentiasa teringat semasa aku kecil dan bagaimana mak dan abah cuba meraikan hari raya bersama kami dengan suasana yang gembira.




Kini dan ketika ini, aku amat rindu pada mak dan abah. Sangat rindu.








Ampunkan dosa saya, Mak.

Ampunkan dosa saya, Abah.






***

Aku, Zura dan Zack



Dalam kereta tadi, aku, Zura dan Zack cuba memberikan senarai hantu di Malaysia ni. Kami cuma sempat sebut lebih 10 jenis hantu aje. Selebihnya macam tak tahu. 


Tak tahu ke, takut?



***

Muhammad



Muhammad dah beberapa hari demam rupanya. So aku tanya dia semalam, 'Awak demam sebab rindu kat ibu ke?'. Dia jawab, 'Ya'.



Boleh percaya ke jawapan dia tu?



***

Present Day



Tahun ni kami sambung balik present day. Tahun lepas kami tak buat pun sebab masing-masing tidak ketemu. Tahun lepas, aku dan separuh anak-anak aku di England dan lagi separuh di Malaya. So cancel untuk tahun lepas. Tahun ni sambung kembali. Aku sudah pun beli untuk dua kanak dan untuk kanak lain kena cari hujung minggu ni. Malam tadi si Aliaa keluar dengan kawan-kawan dia di Jalan TAR. Dia nak cari tudung. Macamlah tak ada tudung di Warta or Alamanda kan. So aku suruh dia pilih tudung dan aku bayar dia balik dan tudung tu jadi hadiah present day untuk dia. 




Comprede!


***

Yay Aku Gumbira



Baru dapat email dari Fakulti Ekonomi sebentar tadi. Aku terpilih. Wohooo! Boleh rancang macam-macam ni. Terus teruja nak berniaga.



***

Kawan Aku Julie



Tadi pagi kawan aku, Julie call aku di office. Nasib baik aku masih ada di office. So kami pun berbual dan mengutuk sesama sendiri. Adalah dalam sejam. Julie marah aku. Marah sebab dia payah sangat nak contact aku. Dia suruh beli mobile phone. Aku cakap, kalau dia sponsor separuh, aku boleh je nak beli. So aku cakap lagi, i-phone pun ok. Dia terus letak telefon. 



***

Otak Pun Boleh Pancit



Ha'ah. Aku tengah pancit ni. Biasanya aku ada idea nak buat research tapi sejak dua minggu ni aku rasa tepu. Langsung tak ada idea ni. Iskk, takut pulak aku sebab aku tak pernah rasa gini. Biasanya aku akan rancak berfikir dan teruja akan tajuk baru yang aku nak buat kajian. 



Perlukah aku makan banyak bayam?





***

Undi-Kerja-Ani Sup-Muhammad



Semalam aku mengundi. Ya. Mengundi untuk lantik dekan baru di fakulti aku tu. Selesai sudah undi, aku terus ke office untuk siapkan rancangan pengajaran. Ya. Kami pun kena buat rancangan pengajaran online. Selama ni mengajar guna racangan pengajaran yang diprint dan difailkan untuk ISO. Kerja baru sudah! So siap semalam juga rancangan pengajaran online tu. Aku boleh lega banyak. Aku dan Maisarah buka di Ani sup. Yup. Again. Buat kali yang ke dua juta kami makan di Ani sup tu. Ajak juga Muhammad and the geng. So anak bujang aku datang berempat. Sorang kawan dia akan jadi engineer helicopter. Belajar di MIAT. Sorang lagi ambil art and design dan sorang lagi in business. Suddenly dia orang lain kursus gamaknya. Baru perasan.


Dah.



***




Masak Sudah Hari Ini



Ingat di hati ingin berbuka di luar hari ini. Tapi suddenly rasa macam nak masak pulak. So masak ayam sambal, tumis air bayam dan telor dadar. Of course bersama dengan acar buah dan tempoyak daun aku. Slurppppp. 



***

Internet Banking Aku Kena Hacked



Memang Cis! Internet banking aku kena hacked. Padanlah minggu lepas bank call aku untuk memaklumkan yang kad aku terpaksa di block dan akan hantar kad baru. Kenapa? Kerana mereka dapat detect ada orang cuba guna kad aku. Sedangkan kad aku ada bersama aku niha. 


Keesokan harinya aku cuba buka internet banking, memang dah kena block so aku lega. Tapi aku cuba tengok bahagian personal detail. Arghh, ada nombor telefon entah siapa di situ. Bukan aku punya dan bukan sesiapa yang aku kenal punya. So aku cuba call nombor tu. Tiada berjawab tapi ringing. Aku ke bank hari ni. Uruskan segala. 


Rupanya memang orang bank kata ada orang yang cuba hack aku punya internet banking. Maknanya kalau aku register semula tanpa tengok nombor telefon itu, bank akan hantar password baru pada nombor tu dan orang tu boleh assess the account dan lepas tu of courselah aku kena main gitar di pasar malam untuk bayar hutang duit yang sudah dipakai itu.

So selesai sudah urusan tadi yang mengambil masa 4 jam di bank. Rasanya tak puas hati sebab aku tak boleh nak cek samada duit aku sudah digunakan oleh orang itu atau pun tidak. 



Ni bukan buat amal namanya!

****

Banyak Dosa



Sejak dua tiga hari ni aku terdengar bunyi berdengung di telinga sebelah kiri. Mak aku cakap, kalau berdengung telinga belah kiri maknanya buku yang ditulis untuk perbuatan jahat aka dosa dah penuh dan dihempaskan dek malaikat. Kalau belah kanan, kira banyak pahala. 

Kesimpulannya,



Ya, ampun!



***

August 24, 2011

Whats Wrong With That Particular Obsession?




Pagi-pagi buta subuh supii, dalam bulan ramadhan, aku teringat sesuatu. Aku punya DVD collection. Aku rasa aku kena pergi jumpa psychiatrist ni. Sebab obessesion aku kian teruk. Memang. Sangatlah membazir. Ni bukan hobi lagi dah tapi sudah OCD (Obsessive Compulsive Disorder). Pantang nampak kedai DVD, aku menggelinting nak masuk dan of course jadi gelenya nak beli lagi. Cis.













Obsession as of today, the 24th of August 2011.



P/S. Filem Mann sedang ditonton di TV sebelah DVD tu. Aku dah ulang berjuta kali lagu ni.


***



August 22, 2011

Cara Baru Untuk Ketawa




Setiap kali aku baca post ni, aku akan gelak. Memang kelakar. Aku je yang rasa kelakar kot.





Di sini.








***

Aku Dan Kueh Lopez



Ya. Bulan ramadhan ni aku mesti makan kueh lopez. Kalau tak makan, rasa macam tak best. So biasanya, Aliaa atau Maisarah yang tolong pergi ke bazar ramadhan dan cari kueh tersebut. Tapi. Ada kalanya kueh lopez tu tak masak. Mentah. So bila makan, ada macam bunyi berderup. Macam makan beras. Tapi aku redha sebab aku still suka makan kueh lopez tu. Walaupun kadangkala kuah gula merah tu berwarna putih. Ya. Aku telan jua. Malam ni kena cari kueh tu. 


Makan pulut, memang hangen.


****

Rumah Ku Yang Kecil Ini


Rumah aku ni kecil. Sangat kecil. Terasa kecil. Mungkin banyak sangat barang. Barang yang ada tak perlu ada. Barang yang dikira boleh dibuang. Tapi sayang nak buang. Kalau ramai yang datang rumah aku, sure kena tunggu giliran sebab tak muat. Macamana nak buat ni? Perlu tak buang sofa yang besar gedabak ni? Tak boleh. Sebab keluarga aku ni semuanya comel belaka. So, perlu sofa besar. Aku pandang keliling rumah. Fikir bagaimana nak nampak rumah kecil ini besar. 



Oii, aku tak cukup kaya nak beli rumah bungalow hokey!



***

Suasana Raya di Alamanda



Sabtu lepas, aku dan Maisarah bawa Lana ke Alamanda. Niat di hati nak buka puasa di sana. Sampai di sana, memang rezeki kami untuk dapat parking dekat dengan pintu masuk. Senang pulak dapat parking kali ni. Sebab Lana ye!



So kami masuk Parkson. Nak cari baju Lana lagi. Sebelum ni dah beli di Poney. So ingat nak cari Power Puff Girl atau apa je yang comel. 



Aku ni lupa agaknya. Sabtu cuti. Orang gomen dapat bonus. So of courselah ramai orang. Ya. Sangatlah ramai. Terlalu ramai. Yang bawa anak kecil. Yang dukung baby comel. Aku cuma tolak stroller je. Tak mahu dukung Lana sebab Lana pun tak selesa kalau didukung. Lana boleh diam je pulak tu. Dia suka tengok ramai orang. Langsung tak minta didukung.



Ok jap. Apa tujuan tulisan ni? Oh ye, aku suka shopping bila hampir raya. Seronok sebab ramai Melayu yang bersemangat untuk menyambut raya. Bestnye, suasana. Aku cukup tak faham pada ada sesetengah orang yang kononnya tak mahu sambut raya. What the hell! Kenapa tak sambut. Tak semestinya kena beli baju barukan! Macam aku niha, aku suka digolongkan dalam golongan orang yang sibuk mencari baju raya tapi bukan untuk sendiri. Untuk anak dan cucu aku. Suddenly aku lupa nak beli baju raya aku sendiri. Eh, baju kurung aku (aku ada baju kurung?) yang 12 tahun lepas sudah muat dipakai semula. So akan ku bergaya dengan baju itu. Yay, aku nak raya ni. Tak sabar rasanya nak beraya sakan. Di Malaya. Seperti dulu!




So berbalik kepada suasana di Alamanda, memang best. Aku seronok. Aku teringat masa aku kecil, mak dan abah akan bawak kami ke Globe Silk Store di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Masa bulan puasa. Ramai orang bagai. Balik rumah puas hati sebab dapat baju baru dan kasut baru dalam sehari. Memang letih puasa tapi aku gembira. 



Itu yang aku nak ingatkan pada anak-anak aku supaya bila raya, haruslah sambut dengan gembira. Kalau tak ada duit tu, buat sederhana sahaja tapi sambut tetap sambut dengan gembira. Betul tak gitu?




Balik rumah, aku sudah hampir putus lengan. Sebab pegang Lana masa tunggu Auntie Mai cari makanan Lana. So sambil aku duduk di foodcourt sebab nak booking tempat, aku layan cucu aku dengan jayanya. 



***

Lana With Grandma



Sehari Lana bersama aku. Sabtu 20 ogos 2011.


Mak Long aka Aliaa mandikan dia pagi tu. Sambil menangis dan merelakan diri dimandikan, akhirnya Lana telah ditepung gomakkan muka supaya bau wangi hingga satu hari. Silalah lihat muka dia yang putih gomak itu. 
Pada awalnya, Lana kelihatan syahdu. Sementelah masa berlalu, dia mula bersuara sambil menjerit dengan bahasa dia sendiri. Ada yang aku faham, ada yang perlu aku abaikan.


Satu hari dia tak menangis pun. Main segala periuk belanga.
































***

MANN and Muhammad



Setelah berminggu mencari DVD cerita hindustan MANN di kedai DVD merata kajang dan putrajaya tapi masih tidak berjaya, akhirnya semalam, sedang aku mengemas rak dvd (raklah sangatkan!), aku terjumpa filem tu. Hishhh, aku memang ada filem tu tapi tak ingat kat mana letaknya. Actually filem ni adalah kegemaran Muhammad masa dia kecil. Dia akan menari kalau dengar lagu dalam filem ni. Kalau dia menangis masa tu, aku akan pasangkan lagu ni dan terus dia diam. Anak hindustan rupanya si Muhammad ni. 


So aku layan filem ni semalam. 3 jam, John!



***

Muhammad



Sejak anak aku si Muhammad ni tinggal di rumah sewa sempena ramadhan sebab sukar nak bangun pagi untuk kelas pukul 8, aku rasa rindu pulak dengan kehadiran dia. Iskkk. Rindu kat anak bujang aku tu kenapa? Dahlah hujung minggu dia bekerja di kedai dobi abang dia si Aiman tu. Memanglah aku sukar untuk berjumpa dengan dia. 


So malam tadi sebelum dia pulang ke rumah sewa, dia berbisik pada aku. 'Ibu, kalau ibu rindu pada Mamat, ibu call je, nanti Mamat balik rumah!'. 



Entah dia rindu pada aku entah tidak!



***

Dia Nak Sepak Aku Lagi


Nak juga cerita.



Kisah 1. Aku ingin ke Maybank. So kami ke Nilai. Tujuan ke bank tu cuma untuk cari nombor pin supaya boleh buat online banking. Online banking aku dah kena block sebelum ni sebab dah lebih 3 bulan tak aktif. So anyways, aku dengan Maisarah beratur. Tiba-tiba sorang perempuan yang berumur 30an atau 40an potong line. Cis. Aku dah mula nak marah. Eh, ramadhan. Sabar. So aku pun cakap. 'Eh' sambil bagi signal yang aku sedang beratur. Suddenly dia melenting. Yup, dia melenting. Dia cakap, 'Dah tau beratur tu, kenapa tak beratur di belakang sini'. Aku pun jawab dengan suara lembut, 'Eh, kalau nak keluar duit mana boleh beratur dekat dengan orang yang nak keluar duit'. Pastu, aku nampak tanduk dia dah keluar, 'Eh, awak ni kurang ajar ye. Cakap tu baik-baik sikit'. (Eh, bukan ke memang aku cakap elok-elok!). Aku pun keluar tanduk berbunga jugak sambil berkata, ' &*^#%@&@^#%' (hahahha, hilang puasa aku pada hari tu!). Dia pun jawab, 'Awak ingat saya takut dengan awak ke? Saya bagi pelempang ni kang!'. Lepas tu aku malas nak layan. Aku layan ATM sambil buat sambil lewa sebab dia ada kat belakang kami. Muahahahhahha. OK fine, orang ramai memang dengar ini semua sebab kebetulan ramai giler orang kat dalam bank tu.




Kisah 2. Aku ke Alamanda. Hari lain. Beratur nak beli nasi ayam di food court.Suddenly, dua anak dara potong line depan aku. Aku sengih sambil terfikir, 'Habislah pahala puasa aku lagi hari ni!'. Aku pun tegur anak dara tu. 'Dik, beratur kat sini!'. Nak tau apa kata mereka? 'Maaflah Kak (sebutan Kak yang tak boleh blah tu, terus aku rasa nak bagi semua nasi ayam kat dia orang nanti!). 'Kami tak perasan', salah seorang anak dara tu berkata sambil tersenyum dan sipu-sipu malu. Aku pun jawab sambil tersenyum, 'Tak apa, puasa!'. Mereka terus beratur di belakang aku sambil berbual-bual sesama sendiri. 'Aku ingat nak pergi toiletlah. Nak basuh muka sebab dah malu sangat ni', sebut salah sorang anak dara tu. 'Aku pun. Kenapalah kita berdua ni!'. Aku senyum.


Actually aku membandingkan dua peristiwa yang kena pada aku dalam dua tiga hari ni. Pokoknya, orang muda lagi bersopan santun dan tak melenting berbanding dengan orang tua. 




Kesimpulannya, memang pahala puasa aku pada hari kisah 1 tu sudah kurang. Ceh.





***

August 16, 2011

Dedicated To Miss Aliaa


Sedang aku usaha bekerja hari ini, aku terjumpa gambar di bawah ini. Silalah drool, Miss Aliaa!






*gambar pinjam dari Oh Bulan


***

August 15, 2011

Widad Lulus Dan Dapat Lesen Kereta Sudah




Syukur. Widad dah pass bawa kereta dan ada lesen now. Tadi baru lepas JPJ. Esok dia dapat lesen P. So dia tanya aku, 'X-trail ibu tu, Widad punyakan!'. Banyaklah ha'ah! Cit.




She is only 17. Widad is!



Pergi semula ke sekolah now! Kata ada trial SPM tak lama lagi!




***

Muhammad Pulang Ke Rumah Sewa



Muhammad dah balik ke rumah sewa pagi ni. Dia ada kelas pukul 1 tengahari ni nanti. Dia akan balik semula ke rumah rabu ni. Dia pesan, rabu ni kena spent time with him (Why?). Dia cakap, dia nak manja dengan ibu (Why again?). So rabu ni kena keluar dengan dia. Nak cari tshirt quick silver dia for raya. Dia cakap, badan dia cuma boleh terima tshirt cap quick silver je. Tshirt lain memang tak boleh kena dengan badan dia tapi boleh kena dengan kereta dia je aka buat lap kereta dia. Cis.



***

Medic In Ireland




Aku baru terima berita gembira pagi ini. Anak kawan baik aku baru dapat tau yang dia dapat offer buat medic di Ireland. Syukur Alhamdullillah. Dia memang study habis-habisan di Kolej Mara untuk ke Ireland ni. 




Good for her!




P/S  Aku rasa kalau jadi student Medic memang boleh ada life. Tapi kalau dah ada DR macam aku ni dan cuma buat research, aku rasa duduk di Ireland memang tak ada life. Public transport amat susah (macamlah nak naik bas sangatkan!). Tapi Galway memang cantik. 


***

Exactly The Date


Remember this date?



Airport?



Dublin?





***

Menu Hari Ini




Buka puasa dengan mee hoon goreng sudah! 



***

Ronggeng With Aliaa and Maisarah



Hari sabtu ritu, aku, Aliaa and Maisa telah meronggeng di IOI Mall. Dah bertahun tak pergi. Rasanya sejak si Aliaa masih baby lagi. Saja nak jalan. Actually kami keluar pagi. Nak kejarkan urut di Serdang. Urut tutup pukul 12 tengahari so kenalah datang pagi. 




Terus ke IOI. Jalan sampai pengsan. Nak putus kaki ni tapi gagahkan juga. Aku cuma beli tshirt je pun. Aliaa banyak shopping. Ya. Dia memang kaki shopping. Elok gak dia beli baju kerja dia tu. Sebab dah lama dia tak beli baju kerja di Malaya ni. 




Kami buka puasa di Ani sup utara. Itu yang terus nak buka restoran tu. Franchise pun franchiselah. 



***

Widad



Widad ada driving test today. Kena tunggu results kejap lagi.


***

Muhammad



Si Muhammad anak manja aku ni telah bekerja di kedai dobi si Aiman. Dia dan kawan dia, Syukri. Hari sabtu dan ahad je pun. Dia suka nampaknya. Dapatlah RM55 untuk dua hari. Dia cakap bukan susah pun kerja kat kedai dobi. Memang boleh buat punyalah.



So, duit pencen aku, aku kena laburkan untuk buka kedai dobi dan restoran Ani sup.



Tapi, aku tetap jadi tokey!



***

Tak Payah Bagi Nasihat


Yang nak bagi nasihat pada pelajar yang kena musibah tu kenapa? (Entry sebelum ni). Hishh, tak payah. Ikut suka mak bapak dialah untuk decide. Yang kau buat sibuk bagi cadangan, bukan dapat apa pun. 




Shut it!




***

August 12, 2011

Nasihat Pada Keluarga Pelajar Di UK



Aku cuma bagi nasihat. Sikit je pun. Itu pun kalau nak baca. Ini dari pengalaman aku yang tinggal di UK selama 7 tahun (taklah lama sangat pun). 



Adalah lebih baik supaya pelajar yang kena rompak dan patah rahang itu untuk tukar uni atau pulang sahaja ke Malaya atau tukar uni ke Australia atau negara lain.



Agak bahaya jika dia tinggal di situ lagi memandangkan nama serta wajah dia sudah tertera di Youtube, Yahoo dan segala berita di seluruh dunia. 



Frankly speaking, mereka ni agak pendendam. Mereka tidak suka akan kehadiran kita. Tapi ingat, tidak semua yang begitu. Ada rakyat Britain yang baik. Tapi adalah lebih baik jangan tinggal di situ lagi kerana silap haribulan, pelajar ini akan dicari dan nauzubillah perkara buruk pula yang berlaku. 



Tapi kita tetap berdoa akan keselamatan dia ni.



 Kalau anak akulah, memang aku suruh dia balik terus dah. Memang tak selamat langsung. 



***

August 11, 2011

Budak Perempuan DiCulik, Budak Lelaki DiCekik



Baru teringat. Minggu lepas masa kami keluar ke downtown Kajang, kami terjumpa dengan sekumpulan ramai orang. As being me yang ingin tahu segala (agak busy body di situ), aku pun masuk di celah-celah orang ramai tu. Nak tahu gak ni. So aku ternampak, tiga orang sedang berdiri (dua perempuan dan seorang lelaki) dan dua orang sedang duduk (sorang lelaki remaja dan seorang perempuan remaja). Seorang perempuan berdiri sedang memegang tangan seorang lelaki remaja yang sedang duduk. Seorang lagi lelaki berdiri sedang mencekik lelaki remaja dengan menggunakan lengan tangan. Seorang perempuan berdiri sedang memegang tangan seorang perempuan remaja yang sedang duduk.



Ok penat nak describe. Aku ni kena masuk kelas description ni.




So meh aku sambung. 



Banyak sangkaan dalam kepala hotel aku ni. 

1. Lelaki remaja dan perempuan remaja ni sudah seluk poket lelaki dan perempuan tu?
2. Lelaki dan perempuan remaja tu bergaduh pasal rebut kerusi nak duduk? (what the hell?)
3. Perempuan dan lelaki berdiri tu nak menguji kekuatan? (hishhh)




So aku berdiri lebih dekat lagi di tempat adegan itu. Aliaa, Maisa dan Muhammad tak interested langsung tapi aku nak gak tahu. 




So salah seorang perempuan berdiri tu berkata dengan kuat.

Perempuan berdiri A: Awak panggil pengawal sana tu? (mengarah lelaki berdiri untuk memanggil pengawal yang sedang menjaga lalu lintas dan parking)

Fikiran aku: Salah orang dia panggil tu. Abaikan fikiran aku ni seketika.

Lelaki berdiri: Encik, tolong kami kejap. Sambil melambai dengan menggunakan tangan yang sedang memegang mobile phone (tengah call bapak polisi kot). 


Pengawal keselamatan aka pengawal jaga parking pun datang.



Pengawal: Kenapa puan?

Perempuan A: Ni anak saya (sambil tunjuk pada perempuan yang duduk). Dia dah hilang 3 hari dan tak balik-balik. Saya terjumpa pulak dia di sini, dengan budak lelaki ni (sambil perempuan itu memuncungkan bibir ke arah budak lelaki itu)....(budak lelaki ni aku tengok dah hampir biru muka dia kena cekik)



Fikiran aku: Taklah sampai biru tapi dah pucat lesi dek takut kena lengkung dek lelaki berdiri tadi. Dalam hati aku, silap hari bulan, jadi arwah kau nanti. Abaikan juga fikiran aku ni (atau kena kerat 18 masuk plastik dan sangkut kat atas tong tandas!).



Jom sambung cerita.


Sempat juga aku berfikir. Orang ramai yang berkerumun ni mesti sedang berfikir juga macam aku.


So aku assume mereka berkata dalam kepala hotel begini:


......................

Budak ni lari ke?

Budak lelaki ni colek budak perempuan ni ke?

Budak perempuan ni menggatal ikut lelaki ni ke?

Budak lelaki ni macam muka pecah pintu je.

Budak lelaki ni kurus macam baru hisap dadah je.

Eh, sempat pulak budak lelaki ni baca surat khabar. Dalam pada kena cekik tu pun boleh pegang paper tu lagi.

Surat khabar apa pulak dia baca ni ek?

Macam kosmo je. Entah-entah harian metro (no offense to those papers sebab memang tak memberi pengetahuan pun tapi beri jalan bagaimana nak larikan anak orang! mahap to those two papers).

Yang bangang sangat budak lelaki dan perempuan ni nak lari, kenapa nak duduk rehat dan santai kat downtown dan berhampiran dengan rumah? (agaknya rumah dia dekat situ je sebab tu terjumpa mak dan bapak dia).

Sempat kau minum kopi pulak ye!


.............



Itu dalam kepala hotel orang ramai yang menengok kejadian tu.

Tapi dalam kepala hotel aku pulak.


'Kalau salah sorang tu anak akulah, memang dah kena penendang dulu. Lepas tu aku akan sepak tapi taklah sampai ke telinga sebab kang pekak pulak. Memang nak dekuk je kepala dia tapi sakit jari aku. So aku ingat, aku capai apa je yang boleh dicapai dan bagi sedaz dua. Pastu baru bawa pergi balai.' Ini aku cakap dalam kepala hotel.



Hishh, panjangnya nak berfikir. OK, tadi tu kita pause dulu kejadian tu.




Now sambung balik.



Pengawal: Saya tak boleh buat apa, puan. Puan bawa je ke balai.


Aku (kepala hotel aku): Memanglah kau tak boleh buat apa. Kau cuma pengawal je kot. Buat partime pengawal. Tapi bagus gak ada saksi untuk kejadian mencekik sampai biru tu.




Yang paling tak best. 


Aku malas nak dengar lagi dah sebab ni macam drama yang biasa aku tengok di merata. Jangan bagi muka. Bagi penyepak je.



Aku pun beredar (sebab tak ada kejadian yang thrill seperti pengsan atau darah meleleh atau meraung ketangkutan). Sangat bosan punya kejadian.


Terus dalam kepala hotel jadi kosong.


Panas betul kat downtown ni dan tak boleh nak berfikir lagi dah.





***


August 9, 2011

I Miss Shamrock


Guess what?


I miss Shamrock. Why oh why?




Bumi Shamrock yang mengingatikan aku ketika berpuasa di bulan Ramadhan dan buka pada pukul 9.30 malam.






*Shamrock:

The shamrock is a three-leafed old white clover. It is known as a symbol of Ireland. The name shamrock is derived from Irish seamróg, which is the diminutive version of the Irish word for clover (seamair).





*gambar and info dari google hokey!


***

August 8, 2011

Lana Al-Dayyanna Aiman Mustaqim


Birthday cucu aku ni.


1 year old.


Happy Birthday, Lana. Grandma loves you loads!


Lana with her mummy!



*gambar pinjam dari fb aiman.


***

August 7, 2011

Jasper



Tak sangka pada hari Ahad ni, aku sempat jumpa Jasper!






***

Beli Groceries Lewat Malam


Baru aku tahu yang Tesco tutup pukul 1 pagi setiap weekend. Memang cayalah. So malam tadi kami beli groceries dan pulang pukul 12 lebih. Kira pagi dah tu. 



Ya, aku baru tahu ni. 



***

Muhammad Rajin

Muhammad ganti lapik sofa malam tadi. Yup, sudah agak lama tidak ganti. Sepanjang tahun lepas memang tak berganti. See, how digusting!



***

Lana



Kejap lagi Lana sampai. Mesti dia cebik lama sebab dah lupa rupa Grandma niha. Budak bucuk dan tecit tomei tu akan bermain dengan Grandma satu hari ini. Yay!




***

Slurppp



Menu hari ini. Ayam bakar. Mee hoon goreng (sebab si Muhammad tak makan nasi dah). Sayur steam. Air longan.


Lagi pun nak celebrate birthday Lana!








***

August 6, 2011

Label The Post


Actually aku baru belajar buat labels kat blog ni. Yang sebelah kiri ni. Supaya senang aku track balik tulisan aku dan senang aku tengok ikut kategori. Tapi kategori ni pun ikut suka aku juga. 



Tapi payah betul nak labelkan semua post aku semula. Agak lembab nak buat sebab line memang slow. Yup, just blame the line. 




Lagi pun so far aku ada 2000 post dah. Yang dah buat cuma 220 post je. Suddenly, malas nak buat. Ceh.



***

Mereka Marah PadaKu

Semua orang marah sebab aku tak ada mobile phone. Susah nak contact, kata mereka. So far tak perlu lagi dan telefon ofis masih boleh digunapakai. 


OK fine. Aku akan fikirkan lagi untuk beli simcard. 



***

Norton AntiVirus Kena Cari Dulu



Norton AntiVirus aku ni sudah luput tarikh. So aku tak boleh nak buka website lain selain dari web fakulti. Kalau masuk viruslah, memang kirim salam pada semua perkara dalam laptop ni!


***

UpDownTown


Malam tadi aku, Aliaa, Aiman, Miza, Lana, Maisarah dan Muhammad ke downtown Kajang. I wonder macamana dia define uptown and downtown. Abaikan je! So kami ke downtown Jalan Reko. Ramai sungguh orang. Masa tu lepas terawih so memang berpusu-pusu orang ke sana. Aku bukanlah penggemar pasar malam nor updowntown tapi aku gagahkan juga sebab kalau pergi  pun aku anggap macam bersenam sebab sure sweat like a fool. Memang pun sweat sebab panas, John! 



Dalam pada bodoh-bodoh tu, habis gak seratus dua. Cis. Terus feeling X-Men. Aku tengah tengok X-Men sambil menaip ni. So balik pukul 12 malam kot dan memang rasa agak segar sikit sebab dah bertahun tak bersenam. Hishh, tak insaf lagi tu. 




Hari ni entah nak masak apa. 


***

Water Heater Yang Baharu

Semalam baru dapat pasang water heater baru. Hidup kejap!


***

August 5, 2011

Dear Sya


Just read your post dedicated to me! Great ain't it!



Kak ija agak busy sejak pulang ke Malaya. Jetlag je dah makan masa dua minggu (sangatlah mengada di situ). 



Jarang ada di office. Kalau ada pun, sekejap je dan lepas tu keluar. Ada workshoplah, observe student practicallah, keluar buat researchlah, tulis paperlah, and macam-macam lah lagi. Kak ija pun rindu pada sya ni. Entah bila nak jumpa ni ye. Kalau dah start sem bulan 9 ni nanti, lagi sibuk kak ija nanti. As usual, tugas sebagai lecturer ni sudah bertambah-tambah dengan adanya ISO tu. Lagi banyak cekadak sebenarnya. Tapi kenalah redha!



Tak apa, nanti one fine day, kita akan bersua jua!



By the way, sya akan ke India ye? Best betul. Mesti boleh shopping kain sampai pengsan kan! Kak ija memang suka sangat kain cotton India. Lembut. Bilalah nak tengok kain tu gamaknya. Sabar Kak ija, sabar. Akan tiba masanya jua.



You take care, sya!



***

August 4, 2011

Aiman is 25 today!


Birthday anak aku nombor dua. Aiman Mustaqim. 25 tahun. Dah ada anak sorang, Lana budak bucuk-bucuk. Isteri yang comel, Miza.






*gambar ambil dari blog miza

***

The Bestest Workshop Ever!



Biasanya aku bukanlah seorang penggemar kursus atau bengkel atau apa sahaja yang berkaitan dengan ceramah. Tapi tiga hari bengkel yang aku hadiri di fakulti aku ni, sememangnya yang paling aku suka. Journal Writing. Banyak aku belajar. Tapi bukan ini yang aku nak ceritakan. Sebenarnya aku terkejut kerana ramai juga pensyarah dari jabatan lain yang terkejut aku sudah pulang ke Malaya dan aku juga terkejut kerana mereka masih ingin berbual dengan aku. Terkejutlah sangatkan!




Thanks to the Professor yang bagi bengkel yang best ini.



***