January 28, 2011

Bila Winter di Nottingham



Bila winter, tak teringin pun nak keluar ke mana-mana. Mungkin cuma aku sahaja berfikiran begitu. Aku tak minat hendak pakai baju tebal yang aku sendiri rasa berat bila berjalan. Aku tak minat nak belit scarf di leher yang aku rasa macam nak terkehal tengkuk aku bila berbuat demikian. Telinga ni pula kenalah tutup walaupun pakai tudung, tapi tudung tu nipis so kenalah pakai snow cap bagi tujuan tutup telinga aku yang  sangat sejuk hingga ke dalam telinga dan bila pakai snow cap, hampir pekak pulak sebab tebal (ayat serabut!).  Kena tutup jugak! Nak bercakap masa winter pun dah cukup malas sebab bila cakap selema pun keluar sekali. Cis. Buat malu je bila setiap kali winter, macam budak kecik yang selema meleleh dan tak reti nak lap tu!  Bukan tak reti tapi tak sedar selema keluar. Jangan salahkan aku hokey! Tangan pulak kena pakai glove or masuk je dalam poket dan tak dikeluarkan. Bukan boleh jalan laju bila tangan dalam poketkan! Walaupun rumah aku di Nottingham ni macam kawasan yang jauh dari segala tapi dekat di hutan (Sherwood Forest) namun bila tempat lain snow, tempat aku tak snow, bila tempat lain winter teruk, tempat aku teruk memanjang. Tempat lain panas sikit, tempat aku still serupa yakni malap dan terus malap dan sejuk yang amat. Aku hairan dan juga kagum sebab Nottingham ni lain dari tempat lain. Still, tempat jatuh lagi dikenangkan, aku still suka Nottingham. 


Tempat aku selalu jatuh terjelepuk bila tiba winter!





Radford Grove Lane, Nottingham yang selalu tak ada matahari, kau ada? (memanglah ada, silap soalan tu!)


***

Filem Melayu



Satu director filem Malaysia buat shooting di Paris dan London. Aku ada ajak dia and his crew singgah rumah bila dia sampai London Rabu lepas. Ingat nak masak sikit untuk mereka. Also nak ajak buat shooting di Sherwood Forest (tak tahulah apa kaitan Sherwood Forest dengan filem tu!). Since jadual amat ketat, dia tak sempat nak singgah. Aku harap semua ok dan aku akan tengok movie tu nanti di Malaysia. 


Aku tetap sokong filem Melayu kita!  Angkat tangan tanda setuju!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

As For Breakfast!



Dah tak tahu nak makan apa for breakfast. Jangan kau sebut garlic bread, tea cake, scramble egg on toast, toast togel, or anything to do with bread! Aku sudah tidak lalu ni, John! Not even oats yang aku terpaksa campur dengan horlick sebab nak hilangkan maung oats tu. Still I have to push it down the throat! (or a root beer float?). Arghhh, am beginning to feel that my craving for food sudah hilang! Payah ni!




Faktor umur?






Radford Grove Lane, Nottingham.

****

Main Rugby bila Cuaca 1 Darjah!



Alim selsema. Hidung tersumbat dah dua hari dua malam (Gara-gara main rugby for PE masa winter ni!). Tapi malam tadi baru cerita dengan aku. Aku tahu niat dia ialah supaya hari ni, aku bagi dia cuti as in ponteng sekolah. Aku faham trick anak lelaki ni. So pagi tadi, aku bangunkan dia dan of course dia buat muka syahdu. Aku bagi dia ubat dan suruh dia pergi sekolah jugak. Tak serious pun. Kalau dia masih boleh melompat-lompat, dia oklah tu (whats with the lompat again?). Widad pulak, terbangun lambat. Kawan dia asyik call dan dia baru nak bangun and of course blame Alim tak bangunkan dia. Heh, tahun ni awak dah nak masuk 17 tahun, hokey, silalah bangun sendiri. Mesti dia termiss subuh pagi tadi. Budak ni nak kena penyekeh dengan aku ni! (siap kau Widad!).








Radford Grove Lane, Nottingham.

****

January 25, 2011

Sebak Seketika!




Aku nak tulis ni pun aku sudah sebak. Tengok gambar lagi sebak!


Sila baca blog ini!







Radford Grove Lane, Nottingham, Al-Fatihah!

***

Rerun Hingga Pengsan!




Ini tulisan semalam! 

Boleh ke minggu lepas tak keluar beli groceries. Memang cukup tak mahu nak keluar since  semua lebih rela duduk di rumah sambil mengadap laptop masing-masing. Itu pun, bukan pakai ear piece pun bila dengar muzik atau tengok drama. So bayangkanlah kalau ada empat jenis lagu dan empat bunyi bahasa dalam drama. Tapi macam tak heranlah pulak sebab boleh pulak nak concentrate tu. Maka, habislah semua episode RERUN aka tengok semula buat kali ke tiga seperti My Lovely Sam Soon, My Brother, Worlds Within, Full House, A Moment to Remember dan banyak lagi. Kalau drama baru, aku akan tengok last episode dulu, kalau bagus baru tengok dari mula since ada jugak drama yang plot tak boleh aku nak terima. hehhehe. Memang banyak songeh! Nak menghabiskan masa selain dari buat kerja, ini ajelah yang dapat membuatkan aku lebih proaktif dalam tulis paper. Minggu ni kalau mood sudah sampai boleh buat satu lagi paper on all these dramas and movies. Let me see, on culture? Anyways, mutton tak boleh nak dibawa keluar dari freezer. Freezer ni memang tak boleh nak defroze so kena offkan baru boleh keluarkan. Or else, kita makan roti je hari ni ye anak-anak!





Radford Grove Lane, Nottingham.

****

Virus Dalam Rumah!



Semalam kononnya nak buat sedikit editing untuk paper aku. Tapi tiba-tiba ada satu jenis virus dah masuk dalam laptop ni. Habis semua pop up beli anti virus keluar tanpa henti. Arghhh, apa lagi, tak boleh langsung nak buka internet or any word document. Asyik pop up paksa beli anti virus window. Aku panik (panik sangatlah kan!). So Aliaa sepatutnya bawa ke kedai kawan dia di city tapi nasib baik semalam, si Widad to the rescue (tak sia-sia dia ambil IT di sini), so dia cleankan semua virus tu secara offline. Wah, pandai budak ni. Boleh bagi dua pound nanti! Ahhhhh, tak nak bagi dia duit dua pound tu, in fact dia kena bagi aku banyak pound sebab dialah kami di sini sedang kering kontang idea walaupun cuaca sangatlah sejuk di sini. Sebab tunggu dia habis examlah baru nak balik Malaysia. Sebab dia nak ambil GCSElah, kami ke sini! hehehhehe sila mengungkit! Kalau dia tak dapat 8A* memang dalam mimpilah aku nak hantar dia ke Korea! So Widad, makan kuaci sudah!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Aku Benci NCIS?



Aku sendiri tak boleh nak bayangkan yang NCIS yang aku suka sangat sejak datang ke Ireland dan UK ni, aku sudah tak suka dah nak tengok cerita tu. Arghhh, macamana ni? Dah tiga minggu aku tak tengok TV. Not even my other favourite National Geographic especially DEADLIEST CATCH! Why oh why? Adakah aku ni cepat bosan dengan semua perkara? Aku sudah tidak suka kuih bakar which yang aku suka sangat satu ketika dulu and even OASIS yang my favourite pun sudah aku tak minum!







Radford Grove Lane, Nottingham.

****

Widad Turun 3kg!



Aku hampir tidak percaya. Budak ni aka si Widad, telah mogok tak mahu makan nasi setelah perasan yang seluar jeans dia ketat dan makan pasta or spagetti sebagai pengganti. Tapi aku cakap, makan mesti makan, jangan jadi macam kawan dia lak kang. Memang aku bagi pelempang kang! So, setelah dua minggu tidak menyentuh nasi, dia turun 3kg. woot woot! Aku yang tengok dia hari-hari pun, nampak dia agak susut sikit. Dahlah kat sini, cadbury tu macam syurga dunia so aku telah tidak membeli cadbury tersebut dan digantikan dengan wafer biscuits which yang aku rasa serupa je calorinya! Tak apalah sekurang-kurangnya dia rasa ringin sikit bila nak main roller blade dengan si Alim nanti. Or even naik gondola kat Venice nanti, taklah senget sebelah pulak nanti! Bagi aku, ok je aku tengok sebab dah genetic keluarga aku semua comel belaka!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Tak Senang Aku!



Student aku yang nak viva PhD, aku yang tak senang duduk. OK, ni student lain ye! Student hari tu sudah pun duduk goyang kaki sambil menikmat kehidupan sebagai seorang doktor falsafah. hahahha sila bayangkan! So pagi ni, aku call graduate office, nak tanya tarikh viva student ni. Malangnya tak dapat tarikh lagi since one of the examiners sakit. Aku doakan examiner tu sihat hendaknya. Aku harapkan viva minggu depan atau lepas cuti tahun baru cina. Boleh aku prepare diri aku tak boleh tidur hingga ke hari itu! 





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

January 19, 2011

Berjaya Juga Aku Keluar Hari ini!




Aku sangatlah terkejut hari ini kerana aku berjaya keluar dari rumah. Alahai, bukan jauh sangat pun aku pergi. Pergi beli ikan (kerana Lurpak selalu masak ikan so macam terhengen!), ASDA, Oriental store di city, beli phone kad dan beli ayam di kedai bernama Bismillah. Balik rumah, sambung kerja. Tak sampai dua jam aku keluar rupanya! Walaupun matahari di luar bukan main memancar lagi, tetapi cuaca tetap 2 darjah. Hari ini, kami akan makan nasi putih berlaukan pelbagai for lunch and dinner kami akan makan drama online! Dalam fikiran, sudah tidak sabar untuk berada di negara lain minggu depan. Ingin mencuba makan makanan negara orang pula! Untuk Mohd Khairul Faezy, harap teruskan mencari kawan yang bukan dalam kalangan yang jugdemental! Tak gitu! Saya sudah jumpa ramai yang sedemikian lantas saya abaikan mereka itu kerana mereka di dalam dunia yang palsu (wah, ayat!). As for Sya, my good friend, am always here for you! Nanti nak ikut sya jalan-jalan di Pakistan! Pakistan ke? 






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Ijazah yang Sudah Tidak Laku?




Sedang aku belek facebook, aku terjumpa satu gambar. Gambar student bacelor aku. Baru konvo tahun lepas. Kerja di Secret Recipe sebagai waiter. (Nasib baik dia nak kerja ye!) Tapi, what? Degree kerja di Secret Recipe? Dah tak laku ke sijil degree lagi? Sepatutnya aku tak perlu terkejut sebab sebelum ni pun, student aku yang dapat first class honour, kerja di farmasi sebagai salesgirl saja. Sedih betul. So dengarlah anak-anak aku, ya Aliaa, Aiman, Miza, Maisarah, Muhammad, Widad dan Alim! Kamu semua mesti belajar hingga habiskan PhD. Boleh dapat kerja yang bagus nanti! 


Because Mum said so!!! (Kuasa Vito to the Mum!). Comprende! 




Huahahahhahahhahah!






Radford Grove Lane, Nottingham yang nak cari baju untuk cucu hari ini!

***

Hari Yang Kelam!



Baca tajuk macamlah kelam sangat hari ni which yang memang kelam pun tapi aku suka! OK, semalam tidur awal since dah dua hari tak lelap tidur (kes berangan 13k tu). hehheheh. Tapi hari ini sudah pun ok dalam akal fikiran ini. Tapi bukan salah jika ingin kadangkala berangan. Yelah, aku cuma berangan sikit je, orang lain mungkin berangan lebih lagi. Mungkin berjuta. Bagi aku, 13k tu sudah banyak. Sebulan gaji bonus free tu! Tapi back to reality where living in the UK is like living a bit of papa kedana compared to living in Malaysia yang full of hopes (apa kaitan kedua2 tu?). hehheheh.  Someone did ask me yesterday, as to whether am going to be in the UK for good! I was shocked as it was my first plan but it was only a plan though. I love Malaysia and will be Malaysian in Malaysia and not elsewhere. It is enough for my sister to migrate in the US and I know deep in her heart, she misses Malaysia all the time but she is happy there so be it!  So, the best thing to do is to swallow everything and bless with whatever you have and not forgetting the holidays that I look forward to everytime its weekend! 


Hari yang kelam would be best appreciated over here since kelam is like everyday here!!




Radford Grove Lane, Nottingham.

****

January 18, 2011

Duit Aku Hilang 13k!



Pagi sebelum subuh lagi si Aiman (anak aku nombor dua) miscall aku. Lepas miscall dia text. 'Ada cek untuk mama RM13k dan on the way bank in kan!'. Agak terjojol jugak bijik mata aku sekejap walaupun dalam pisat-pisat baru bangun tidur. Dalam hati aku which yang tak boleh nak tidur lagi lepas tu, 'Duit apakah yang aku dapat ni?', 'Adakah aku claim duit tu sebelum ni?', 'Adakah gaji aku naik hingga 13k bulan januari ni?' dan pelbagai persoalan timbul namun dalam hati aku, 'Bolehlah aku beli ticket untuk ke Turkey, Portugal dan Sweden!', 'Bolehlah aku bagi anak-anak duit sikit', 'Bolehlah aku nak belikan cucu aku gaun dari Zara tu nanti'. (Macamlah tak boleh beli kalau tak ada duit tu kan!). So masih lagi persoalan, aku terus bangun tidur dan uruskan Alim nak ke sekolah walaupun dalam hati aku, 'Mungkin berkat doa aku selama ini! Dapat duit terpijak!'. 

Setelah urusan anak aku selesai aku berurus dengan Aiman di fb. Aku suruh dia call bendahari dan tanya. Sebab aku tak mahu guna duit tu, dah lepas tu kena bayar balik. Tak mahu aku. Actually baru dua bulan sudah aku terima amount yang sama jugak tapi terus dalam akaun aku. Aku ingatkan bendahari salah masuk tapi lepas tu baru aku tahu yang gaji aku naik  lagi (tak pasal2 bagi aku or mungkin kerana khidmat cemerlang tahun sebelum tu? atau PTK5 punya gaji?) dan  dibayar tunggakan sebanyak 13k. hehhehehhe. Memang dah sekian pun duit tu. Aku sudah membelanja sakan duit itu di sini (tukar duit jadi dua ribu lebih pound streling je pun). So I was hoping, mungkin naik lagi kot! Entah kategori untuk apa, aku tak boleh nak justify until, bendahari maklumkan tadi juga,

'Maaf, cek sudah dibatalkan. Kesilapan di pihak kami.'


What? Silap? Apa yang silap? Macamana boleh silap? Kenapa kesilapan tu kena pada aku? Arghhhhh! (sila tukar suara meninggi sikit bila baca ni). Aku baru nak berangan which yang berangan dah pun, and now the cek yang Aiman sudah masukkan adalah cek tendang or cek kosong or even bak kata Aiman, 'Aiman masukkan kertas kosong je tadi, Ma!'. Ceh. Memang dua puluh kali ceh! Boleh silap pehal. Baru nak melompat kegembiraan (not melompat again!), kemewahan selama dua jam dan diakui sementara ditarik balik. 


Hahhahahha. Aku nak gelak pun ada. Memang awal gila aku bangun pagi ni. Sangat awal sebab excited punya pasal. Tak apa, aku sambung doa aku lagi nanti! Moga diberi rezeki lagi nanti. Insyaallah. Lagi pun, bulan Januari ni aku memang naik gaji.

 


Radford Grove Lane, Nottingham yang dapat merasa 13k seketika cuma!

***

January 17, 2011

Secret Garden (2010)



Kami habiskan weekend dengan menonton Secret Garden (2010). Memang menarik cerita ni. Lain sikit dari drama Korea lain. Of courselah ada Hyun Bin dan Ha Ji Won! Lepas tu ramai lagi pelakon lain yang famous and now dah number one di Korea. 







Obsession datang kembalikah? Tidak sama sekali. Aku dapat belajar tulis skrip yang cantik seperti drama ini. Entah bila nak start skrip aku ni tah! Cuti ni aku kena siapkan 10 skrip tapi so far aku baru start satu skrip di Ireland dan belum habiskan pun. Sighh!










Radford Grove Lane, Nottingham.




***

Mesej Dari Muhammad









ala keje mcm biasa

ada ke kerje yang tak penat

sorry balas lambat

jangan lah marah nanti cepat tua

nasib baik ibu muda

kedut kat tepi mata pun tak tumbuh lagi

(awak nak apa bang)

mesti la mamat nak canon 50d

badan pun makin lama makin ringan

maklum la da kurus kan

hahaha

ibu macam mana


sihat tak

dah makan

masak kat rumah ke beli kat luar

hmmm ibu mana pernah nak masak

yang masak pun along

tapi ibu tetap pandai masak

ibu dah turunkan ilmu masak kat widad ke?





*Ejaan telah dibetulkan oleh aku sebab anak aku ni suka tulis yang ringkas. Kalau boleh dia nak guna akronim sahaja.
*Muhammad kerja di seven eleven sebab kolej sedang cuti.
*aku memang tak masak di Malaysia.








Radford Grove Lane, Nottingham.


***

Seminggu Cuaca Cantik



Seminggu lepas cuaca memang amat cantik. 10 hingga 11 darjah. Terasa sedikit suam. Tetapi back to square one minggu ini since hari ni sudah kembali kepada 4 darjah. Baru terasa nak main roller blade di Forest Field (bukan aku tapi kanaks!). Tapi aku masih tertunggu-tunggu habisnya winter since kulit tua aku yang berkedut, makin bertambah kedutan sejak winter ni!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Daffodils Timbul



Daffodils aku yang ditanam oleh Aliaa dan Widad telah timbul dari tanah di belakang rumah. Samada hujan atau hanjeng jiran sebelah dah masuk dan bermain dengan tanah tu, aku kurang pasti. Tapi aku  ternampak  hangjeng tu baru sekali. Aku punyalah hot bila nampak hanjeng dia masuk ke backyard kami dan terus text landlord dan bagi maklum supaya dia call jiran sebelah ni untuk naikkan cepat dinding pemisah kami yang runtuh sebelum aku pindah masuk lagi. Dah empat bulan setengah janji nak dinaikkan oleh jiran tapi hingga kini, tak ada nampak bayang pun.



Memang kena baling batu hanjeng tu kang!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Reflections



Inilah kali pertama aku rasa seperti masa berlalu terlalu lambat. Adakah tahap kebosanan tinggal di negara orang yang sejuk ini membuatkan masa lambat? Atau, jika diberi wang berjuta, aku rasa tak bosan sangat tinggal di sini sebab aku boleh ukur semua kedai yang ada sale di UK dan di Europe. hehhehe. Berangan jenis apa tu? Tak adalah bosan, aku suka tinggal sini sebab aku banyak buat reflection bila tinggal jauh dari Malaysia. Lebih banyak appreciate apa yang aku ada! Syukur alhamdullilah!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

January 15, 2011

Random Photos City of Nottingham


Oleh kerana dah dua minggu tak keluar (keluar sekali di antaranya), aku terasa seperti, fresh air ni bagus. Baru berjalan 5 minit, kaki aku sudah sakit. Apakah aku perlu sedar diri yang aku dah sampai umur 25 tahun ini! hehheheeh. Muda dari si Aliaa pulak aku ni! Ceh. 

Aku pun ambil gambar sebab nak test bateri baru.


snow shower minggu lepas

snow shower kat backyard

ingat nak keluar bergambar tapi aku seorang diri di rumah

lebat jugaklah snow pagi tu tapi sejam je kot



aku buka tingkap pagi tadi supaya fresh air satu rumah

ini bukan minat aku pun

hala ke nottingham castle

kereta punto aku yang ala-ala rupa hummer (dalam mimpi aku)

traveloge tu yang kami tidur masa baru sampai di notts ritu. bila malam je bau curry dari chutney

what cha doing? walkabout!
aku benci kedai ni! sangat benci
jom berenang di longkang ini!
kan nampak best tu dari dekat!

the square, the clock, at the city of notts

deretan kedai yang memang pengsan kalau singgah

aku suka juga membeli di debenham

natwest. aku ada akaun sini gak

upper parliment street

aku setia pada santander though!


saper pulak yang sakit di tengah-tengah city ni?

tandas di mana ek?

hala dari superdrug dan victoria centre


hala ke square from santander baru

to victoria centre

cucuk duit untuk aku sekali

The bank from below

From Zara to belakang Broadmash centre

buang tatto anyone?

sedang piket di tengah-tengah square

jadi muda mudi ni memang seronok ye. yang pakai tutu hijau tu lelaki

naik teksi ni mahal gilos. extra 2 pound dari teksi biasa

nak ke Nero beli kopi




Radford Grove Lane, Nottingham.


***




You Feel Meh?


Excerpts from CSI New York today!


Dude: You feel me?

Mac: No, I don't feel you. If I find out that you're lying, you'll be feeling me!



Feel meh?







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Congrats to My Bestest Friend!




Lupa nak berkongsi cerita. Tadi pagi, kawan baik aku di Malaysia telah email. Dia beritahu (setelah aku desak) yang dia tidak lagi pegang jawatan sebagai Ketua Penerbit di UMT. Dia sudah jadi Dekan. Aku pun apa lagi, melompat kegembiraan. Aku lompat sebab aku suka dia jadi dekan tu. Apalah aku ni? Lompat + gembira? Why? So anyways, am proud of you, my friend! 




Congrats to Associate Professor Dr Noraien Mansor for your dekanship! (deanship!). I will drop by at your office one day (lepas aku balik Malaysia) and kita boleh cari pasal sambil makan kepok lekor!





Radford Grove Lane, Nottingham. 

***

Bakal Besan?


Tamu baru sahaja pulang. Pelbagai perkara dibincangkan. Ketawa berbentuk malu dan kelakar juga kedengaran. Apalah yang dibualkan tu? Perbincangan kedua belah pihak?




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

January 14, 2011

Muhammad dan Angan-angan!

Ini D7 yang di Muhammad BERANGAN inginkan.




So aku rasa, aku tulis dalam blog ni je sebagai hadiah! Penat ambil dari gambar kabur ni dari google, OK! 


Dear Abang, 


Camera D7 di atas untuk awak! 





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Tamu Datang Dari Birmingham!


Bakal besan (supposedly!) baru saja text aku, dia akan datang pukul 1 nanti. Alamak, maknanya  perlu masak spesel. So aku pun keluarkan chicken leg beku (marinate satay kajang), acar timun (kebetulan kuah bijan ada lagi), white bait goreng (macam Alevin tu) dan brussel sprouts (goreng dengan udang)! Makan dengan nasi putih. Memang betul tak matching. Emergency weh! Ada pulak plantain kat atas meja tu. So apa lagi, jom kita gorong gotong sekarang. Air? Manggo juice!





Semalam baru makan chicken leg!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Niat Aku Baik Sebenarnya!


Sejak tinggal di Notts ni, aku punya banyak masa untuk buat reflection. Aku punya banyak masa untuk muhasabah diri (macam tak boleh blah!). Aku juga banyak masa untuk anak-anak aku (memang banyak sangat!). Aku siap paksa anak-anak di Malaysia untuk tinggalkan mesej dalam inbox facebook setiap hari, kalau tidak kena cepuk. Aku nak tahu apa mereka buat. Even dengan anak-anak yang depan mata ni pun aku buat yang sama. Oleh itu, aku punya banyak masa untuk berangan. Aku suka berangan dari kecil lagi. Entah apa faedahnya tah, tapi aku tahu 70% dari angan-angan aku tu menjadi kenyataan. Termasuk aku berangan nak pakai seluar jeans pergi kerja. Nah, hambek kau, memang aku buat gitu pun. Tapi jeans aku rupa slack so memang dibolehkan! You feel meh?


Aku nak ini! (sila mula berangan!)


Aku teringin yang ini tapi ada heel lah pulak!


Ni yang tak ada heel, tapi apa ke benda yang mengerlip kat tengah tu! Haishhhhh!
Yang ni tak ada heel dan tak ada mengerlip. So aku terus beli! kehkehkeh



So sekianlah angan ku yang menjadi kenyataan. Aku beli masa boxing day ritu kat Junction 28.Senang aku nak jalan dengan boot ni dan kalau kena kejar dek peragut, aku boleh tendang guna boot ni! Amacam, ada macam samseng jalanan?






Radford Grove Lane, Nottingham yang amik gambar dari google!

Tukar Gambar




Nampak tak gambar kat belah kanan atas tu aku dah tukarkan! Bukanlah nak eksen! tapi memang pun. Itu je gambar yang aku dapat dalam masa dua saat sebab dah sedia ada di desktop. Tengok betul-betul gambar tu, sebab kaki aku macam tergantung sebelah. Aku pun tak tahu kenapa!  Macamlah gambar lain tak ada di laptopkan! Aku ni, sebenarnya bab nak tukar gambar dalam blog ni cukup malas. So hari ni, adalah sorang blogger ni tulis dalam blog dia since aku ada tinggalkan komen. Dia pun balas.Baik budak ni. Dia memang ikhlas tu, aku tahu!






Dia cakap aku ni bapa Aliaa!






Terus aku tukar gambar tu!







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

January 13, 2011

Hari Ini Juga




Sejak pindah masuk rumah ni, belum pernah lagi aku buka tingkap bilik aku tu. Sebelum ni, cuaca sejuk sangat so memang tak perlu. Alamat bercendawanlah rumah si Neil ni nanti! Well, hari ini, berita baik, cuaca cantik sedikit (11 darjah), so aku pun bukalah kedua-dua tingkap seluas-luasnya supaya masuk fresh air. All this while fresh air dari dapur atau pintu depan atau bilik air je. So, not really that fresh. So today, wahhhh, fresh hingga pening sekejap! Bising betul bunyi di luar tu rupanya. Aku ingat tinggal berhadapan dengan kubur mat salleh dan bukan ada orang lalu lalang pun, mestilah sunyi sepi. So, siapalah punya angkara buat bising ni.? Jom kita tengok perkara yang sebenarnya. Bukan waktu malam ok, sebab aku memang takut banyak sebab mana tau yang aku jumpa tu hantu dari Malaysia (mana datang pulak??), tapi kalau rupa Horatio, (berkaca mata hitam sambil berdiri senget) aku nak keluar tengok juga! hahahha. Hantu mat salleh tak takut sangat berbanding dengan hantu Malaysia yang dalam drama pun banyak hantu. Kata orang, di shopping complex di Malaysia pun banyak hantu. Hopefully, am not one of them!






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Cubalah Teka!





Teka teka teka. Teka lagi. Jangan lupa teka. hahahha. Aku dah siap satu paper semalam. Hari ni aku cuma nak tengok balik literature review dan edit mana patut. Lepas tu hantar for publication. Consideration baru! Belum accepted pun. Tapi aku kagum sebab dalam pada dengar bunyi bising dari laptop si Aliaa yang sedang obses dengan Ziana Zain seketika, aku masih mampu berdiam diri walaupun dah mula pekak dek lagu tu, aku siap sudah bahh! Wohoooo! Kan aku kerja kat sini! So bukanlah namanya sabbatical leave tapi jadi kerjaleave. Sigghh, kalau gitu, hujung minggu ni aku nak ke city meronggeng dengan anak-anak aku! 






Radford Grove Lane, Nottingham yang rasanya si Aliaa ni tengah masak wajik! Sila drool!


***

5 Jenis Makanan Elak Boroi




Lelaki atau perempuan memang akan boroi kalau tak jaga. Sekurang-kurangnya perempuan boncit selepas bersalin. Kalau tak jaga lepas bersalin tu, mesti akan lebih boncit lagi. Itu perlu exercise. Aku? Aku ada anak enam so aku punya alasan kalau nampak macam boncit. hehheheh. Terbaik punya alasan. So nak bagi tips untuk 5 jenis makanan untuk elak boroi.





1. Flaxseeds atau Linseeds. Ada dijual di Mines. Kedai ubat di tingkat 1 kot. Tak ada di Guardian.(Aku pernah ambil ni. Memang berkesan. Mahal kejung!)

2. Berries. Blackberries. Acaiberries. Blueberries. Boleh bakar lemak di perut. (Aku ada beli dulu. Order dari US sebab Acaiberries ada disebut dalam Oprah. So aku beli tu! Ada lagi 5 botol acaiberries aku kalau ada sesiapa yang minat nak. Kat Malaysia tiada jual, bahh!)

3. Yoghurt. Low in fat and calories. (Aku tak suka yoghurt. How?)

4. Wholegrains. Alternative, Pasta and Couscous. (Aku tak gemar pasta dan couscous tak suka langsung!)

5. Air Putih. Boleh ganti dengan Green Tea (Kalau kat Sushi King, memang free green tea ni. Aku suka rasa green tea di sana). (Air putih untuk flush toxic. Tadi  dah makan nasi so kena minum air putih dan bukan nescafe (Aliaa lah tu!))




Ambil dari realbuzz.











Radford Grove Lane, Nottingham yang selalu pesan pada Muhammad supaya jaga perut tu. Main rugby tak boleh boroi OK!


***

10 Makanan Tinggi Toxic!


Well, aku sengaja bagi tajuk gitu. In reality, aku sendiri makan toxic! Everyday without fail. Artikel ni aku ambil dari website. Tapi bolehlah aku buat sinopsis sikit untuk diri aku. Kadang2 baca panjang pun aku dah mula pening mabuk. hehhehhe.


10 makanan yang tinggi toxic.

1. Cendawan. Mati. (Cendawan busut memang sedap!)

2.Cili. Mati. (Kalau tak pedas, macamana nak makan. Orang Malaysia mesti makan pedas!)

3. Rapseed oil. Sesak nafas dan buta. (Nasib baik tak tahu ini datang dari mana!)

4. Nasi. Cancer. (Lepas ni kena kurang makan nasi. Yerait!)

5. Buah pala. Hallucinate. Lesu. Convulsion. Loya. Dehydration. Mati. (Aku tak suka buah pala!)

6. Epal yang bukan organic. Pesticides. Fungicides. So buang kulit dulu. (Mana nak tau organic ke tak? OK, tertulis di label tapi kalau kena tipu pun bukan kita tahu ek!)

7. Ikan salmon yang dibela sendiri. (Baik tak payah makan. Makan yang liar je. Manalah nak tahu liar or tak?)

8. Popcorn dari microwave. Diacetyl (Habis tu yang kat panggung wayang tu, kira microwave besarkan!)

9. Ubi kentang. Pening. Lemah. Cirit. Muntah. (Nak ganti apa pulak kalau tak boleh makan ubi kentang ni!)

10. Kacang. Sakit buah pinggang. Batu Karang. (Aku memang hangen kalau makan kacang, so aku ok)



Mengikut research, apa sahaja makanan yang tumbuh dalam tanah, tidak elok di mana. Seperti ubi kentang, keledek dan segala dalam tanah.

Aku ambil dari realbuzz. Entah betul entah tidak aku summarize ni?






Pokoknya, makan tu berpada-pada. Sikit-sikit sudah. Boleh percaya ke?






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Muhammad




Abang. Ibu, Muhammad kerja kat Seven Eleven.
Ibu. Kenapa nak kerja? Mahal ke gaji?
Abang. Muhammad boring duduk rumah. Kolej cuti ni. Nak balik kampung kang, siapa pulak nak jaga Kakak.
Ibu. OK, gak tu! Elok juga dapat jaga Kakak tu. Lagi pun jangan percaya Kakak tu.  Ketawa.

Abang. Memang tak percaya kat dia pun, Ibu. Control ketawa.
Ibu. Berapa gaji awak ni? Banyak ke?
Abang. Sejam RM3.50. Muhammad kerja bila dia orang call je. Ganti orang.
Ibu. Huh, banyak tu je ke? Murah sangat.
Abang. Muhammad ingat nak beli kamera Cannon D7. Nanti kumpul duit gaji ni. Tapi Ibu tolonglah topup sikit ye!
Ibu. Huh? Top up? Sikit?
Abang. Kan Ibu sayang Muhammad!



Monolog. Sayang sangatlah! Gaji dia yang cuma secebis tu dan harga kamera 5k dan suruh aku topup? Memang boleh pitam kejap ni! 







Radford Grove Lane, Nottingham.


***

January 12, 2011

Baru Tiba di Dublin, Ireland, 15 Ogos 2010






Saja nak flash back kejap. Masa baru sampai di Dublin! Eksen tak sejuk konon!
Mum, why is Dublin not that cold?


Nak beratkan beg lagi ke tu???


Semua beg si Aliaa ni angkat. Aku? Aku berlenggang ler encik!


Are you doing that, 'sucked it in', thing??


Tidur di travelodge Dulbin airport. 60 euro satu malam encik!


Itu baru separuh barang tu!


Do we have to smile, Mum?


Still bukan banyak barang pun. Kami bawa 4 beg besar dan 4 bagpack je!


Mum, they do speak English. I thought they speak Irish only!


Mati patah pingganglah driver taxi ni!




Ambil gambar sendiri adalah kegemaran Widad but why???? Arghhhh. Eh, dalam banyak-banyak gambar di sini, ada gambar aku rupanya. Nah, yang kat tepi kanan nampak seluar dan baju je tu ialah aku!
Mum, I'm right here, mum!




Do I look cool, Mum? 'Nope,' said Widad


Saranghei sangatlah Widad oi!


Yang belakang tu, lecturer ke?








Kerusi yang sangat cantik! Along, ketepi!




I am puasaring, Mum!




Mesra tu. 5 years bonding time? Nope? Muhammad jealous ke, nanti!











Dah, sekian! Kata nak tulis paper, tapi ini pulak yang dibuat. Ceh. Ok, fine. Lunch first, paper later. Much much later! 






Radford Grove Lane, Nottingham.

***