January 4, 2011

Nota Rindu



Niat di hati ingin ke Hyperama untuk mencari ALEVIN dan segala ikan yang tak pernah makan dan cari juga sotong dan udang sebesar penumbuk kerana hati sudah berkata-kata dan perasaan sudah bosan terhadap ayam dan mutton yang asyik2 masak benda yang sama setiap hati.  Jangan sebut kebab or donner! Arghhhhh, I cannot take it anymore! Aku sudah tidak lalu ni! Bayangkan Widad masak kuih bakar dua hari lepas, dan dua hari kemudian, kuih bakar masih lagi terletak di atas meja tanpa berusik. Siap dah keras kembali lagi! Apakah sindrom bosan ini menjelma walau cuma 5 bulan kami di sini. Ingin harung lagi berapa bulan lagi ni dan hati sudah tidak boleh terima makanan ini semua. Huaaaaaaaaaaaa! Tolon! Tolon aku! Tolon kami di sini. Aku nak kimbap, Kedai Makcik (KMC), kailan ikan masin, ikan tiga rasa, ikan steam dan segala restoran mapley di Malaysia termasuk nasi kandar di Penang, Meerah Restoran, Hamidiah restoran, Minah restoran yang semuanya di Penang, Yati ayam percik, Ayam Penyet, Ani sup utara, Restoran Yus, Sate Haji Samuri, Bangi Impian, IOI Palm Garden punya restoran dan aku ada senarai lima kertas kajang nama restoran yang aku pernah singgah dan makan dengan penuh bergaya di seluruh Malaysia!


Masalahnya, dalam pada tak lalu tu, tak kurus pun si Widad!









Radford Grove Lane, Nottingham.


*****