January 1, 2011

Janji Mesti di Tepati, John!



Well, janji mesti ditepati. Aku sudah berjanji untuk letak gambar seperti yang dijanjikan. Janji tetap janji. Bak cerita dari DrSam mengenai janji. Harus ditepati walau dengan siapa pun. Maka aku akan cuba tunaikan janji aku untuk gambar tersebut. Aku hampir lupa kepada siapa aku berjanji tetapi janji tetap janji dan aku tetap letakkan gambar ni. hehhehe. Pening sudah?

Semua di bawah ini ialah rumah Michael Owen yang dibeli untuk adik beradik dan sanak saudara.  (ada dalam blog Aliaa juga). Ada lebih 10 buah dalam sebaris. Semua rumah bungalow. Memang cantik. Tempat agak sunyi dan kawasan ini kawasan elit. Semua bungalow (dah tulis tadi!). Nak ambil gambar ni pun agak takut kerana ada banyak CCTV. Tapi oleh kerana aku ni die hard fan si Michael Owen, aku redah jugalah. Rumah ni terletak di Wales. Ewloe di kawasan Chester. Memang berbaloi kami cari rumah dia walaupun agak jauh dari Liverpool dan kena patah balik untuk ke Bradford selepas itu. 

Lagi pun, aku memang janji pada diri aku untuk cari rumah si Owen ni. Salah satu tujuan datang ke UK ni! So to Akab, these photos are all for you too! Seperti dijanjikan! Gambar stadium Liverpool ada kat post sebelum ni. Sila lihat and weep! hehhehehe.
















Kalaulah ada sedara mara dan adik beradik yang kaya tahap lipan ni dalam keluarga aku, alangkah bahagianya kalau dapat rumah bungalow free! (plus Nissan skyline, plus interior decorater by Rizalman and loads of other free pluses!) Hmmmm! 






Radford Grove Lane, Nottingham.

***