June 9, 2011

Di Sini Sahaja Aku Boleh Buat Begini

Kami beli dua pound buah ceri. Nampak macam masak ranum tapi bila rasa, mak ai, masam gilos. Since dah beli, telan jua. Ok, kami tak basuh pun buah ceri ni, terus makan.





Sambil jalan, kami makan. Sambil makan, sempat juga tengok orang Mexico ni main alat muzik. Best pulak lagu masa tu.



Nak juga ambil gambar tapi kena ambil secara sorok-sorok. Sebab kalau berhenti sure kena hulur sepound.

Selepas kami berjalan terus, kami tengok pemain muzik ni sudah pindah ke tempat lain. Mesti kena halau dek orang kedai berdekatan. Tapi mereka still main jugak.

Sambil jalan dan menikmati buah ceri yang masam tu, sempat jugak seberang ke Victoria Centre. Ya, sambil makan buah ceri yang masam serta tak dibasuh itu. Widad, ambil gambar mentara mama jalan ni. Nak cross ke bus stop tu kena ambil gambar dulu. Still makan buah ceri masam.



Di sini je aku boleh buat begini. Di sini je aku boleh makan baget sambil duduk atas kerusi di tengah-tengah city. Di sini je aku boleh makan jacket potato sambil duduk di tempat yang sibuk dengan orang ramai. Di sini je aku boleh ambil gambar sesuka hati aku. Di sini je aku boleh rasa seperti semua Mat Saleh pandang aku seperti aku pandang Mat Saleh bila berada di Malaya. Adakah kerana aku kumpulan minoriti? 









Radford Grove Lane, Nottingham.

***