February 11, 2011

Seketika Ini!


Kononnya semalam aku dan si Aliaa keluar ke city sekejap dengan harapan boleh jalan-jalan sambil menikmati keadaan yang ada itu. Aku berdiri seketika di tengah-tengah city sambil bayangkan, inikah tempat yang aku datang dulu dan inikah tempat yang aku datang kembali dan akan tinggalkan tempat ini tak lama lagi dan sudah pasti tidak mahu datang kembali! Perasaan apakah yang tergambar dalam diri aku yang aku sememang tidak berminat untuk berada di dalam kapal terbang yang sempit dan perjalanan yang lama amat untuk ke sini justeru membuatkan aku rasa seperti bosan dan rimas akan semua keadaan yang ada di dalam keadaan di kapal terbang yang sempit itu. Seketika berdiri itu, aku bayangkan jua, inilah tempat di mana aku suka sangat satu ketika dulu dan kini tidak sama sekali walaupun dalam hati aku masih memberontak yang aku amat rindu bila berada di Malaysia akan tempat ini dan mengenangkan semua tempat yang aku pernah berdiri seketika itu.




Aku banyak belajar dari seketika ini!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***