February 5, 2011

Lagi Ronggeng Venice, Italy



Maaflah, banyak sangat post untuk ronggeng Venice ni. Actually nak letak gambar je tapi oleh kerana aku ni cukup letih nak click dan pilih gambar, aku telah suruh si Aliaa upload semua gambar dan aku cuma link saja (Jumlah semua gambar yang diambil di Venice ialah 1200 ++ keping dengan tiga kamera). Tapi aku nak buat sinopsis trip ni.


Apa yang bagus di Venice?
1. Venice cantik. Bangunan lama yang dijaga.
2. Makanan Italy yang sangat sedap. Aku suka Risotto.
3. Canal yang dijaga. Air yang bersih di sekeliling Venice.
4. Activity seperti Gondole/Gondala serta Water Taxi agak unik.
5. Tukang kayuh Gondole/Gondala sangat tampan.
6. Ada 117 pulau kecil di Venice. Memang unik habis.



Apa yang TAK bagus di Venice?
1. Orang Venice sombong (macam haram je)
2. Banyak tahi hanjeng dan kencing hanjeng merata jalan
3. Banyak sangat jambatan dan of course tangga so aku letih (jambatan untuk gondola serta boat lalu)
4. Hotel yang jauh (hotel kami pun ada tiga bangunan yang berlainan)
5. Orang Venice aka Italy tak suka senyum
6. Souvenir sangat mahal


Realiti
1. Kedai souvenir jual topeng teater terdiri dari orang India (90% dari kedai souvenir ni)
2. Kedai handbag leather empunya orang Cina (semua kedai leather mempunyai satu tokey)
3. Kena jalan banyak di Venice. Tiada kenderaan lain selain boat.
4. Pengayuh gondola memang pakai baju belang putih merah, putih hitam, putih biru (janji belang).
5. Orang Venice tak mahu langsung berbahasa Inggeris.
6. SALE adalah SALDI dalam bahasa Italy.
7. Satu hari boleh cover satu Venice so tak perlu holiday lama-lama
8. Orang tua perempuan Italy masih suka pakai jaket panjang yang berbulu (sangat ol school)


Kesimpulan
1. Jika aku diberi percuma untuk ke Venice atau dihadiahkan atau aku menang cabutan bertuah dan dapat pergi ke Venice atau aku diberi sejuta ringgit, aku TIDAK MAHU PERGI KE VENICE LAGI! 






Araso!




Lagi banyak gambar di Venice, Italy  blog Aliaa









Venice Italy

****