February 10, 2011

Alim and his Indoor PE



Alim sudah habis outdoor PE untuk term ni. Aku lega. Kali ni indoor PE main ping pong. Aku lagi lega. Sebab ada juga anak aku yang pandai main ping pong selain Aiman Mustaqim (anak aku nombor 2). Aku ni kan eksen. Masa sekolah, aku wakil negeri untuk ping pong. Memang aku sangatlah terror. kehkeh. Abah beli meja ping pong masa kami kecil. So aktiviti kami adik beradik cuma main ping pong selain main konda kondi dan main perang-perang yang sampai sorang budak mati tertusuk besi. Aku ada cerita pasal budak mati main perang tu dalam post sebelum ni. Dah lama so abaikan! Oleh kerana hari-hari main ping pong, aku sangatlah mahir. Itu je yang aku pandai sebab hal sekolah memang aku sangat malas. Aku suka menonton TV hingga larut malam. Dari cerita combat hinggalah ke Hawaii Five O. Hmm, sampai kini aku suka menonton nampaknya. Tapi bab sokan dah tak boleh dah sebab tak larat. Sekali sekali main ping pong kat fakulti memanglah menang. Itu pun, lepas main ping pong, mengah tak terkira. OK, cerita bosan ni!



Nak buat oats for breakfast!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***