February 9, 2013

Winter Yang Aku Tak Tahan - 19 more sleeps

.
.
.

Dulu masa Muhammad, Widad dan Alim masih kecil, mereka ni selalu guna perkataan 'more sleeps' untuk menunjukkan berapa hari lagi tinggal untuk sesuatu aktiviti. Contohnya, Muhammad akan cakap, 'Mum, three more sleeps to go to Alton Towers'. Widad akan cakap, 'Mum, five more sleeps to Eastwood'. Alim akan cakap, Mum, two more sleeps to go back to Malaysia'. Masa kecil payah nak memberi penjelasan tentang berapa hari lagi untuk ke tempat yang dinanti2kan. Itulah maksud 'more sleeps' untuk kanak-kanak bertiga ni. Tiap pagi selepas bangun tidur akan kedengaran suara mereka membilang berapa sleeps lagi tinggal.


Maka, aku pun gunalah 'more sleeps' sebab aku pun excited gak ni. Oh ye, aku dah habis kerja dah. Yay. Memang bersyukur. Cukup2lah kerja tu, DrNotts. Aku letih. Aku penat. Aku fed-up. Bolehlah aku banyak mengaji di rumah mentara menunggu kanak2 datang. 


Kalau boleh, mentara kanaks belum datang, aku tak mahu diganggu semasa aku mengaji di rumah ni. Maaf ye. Aku harap kawan Korea aku di Pohang dan Ulsan tidak datang jenguk aku walaupun aku tahu mereka akan datang. Maklumlah cuti panjang dan mereka baru je balik dari Italy berholiday. Cis, tinggalkan aku!


As for winter, sangatlah tak larat bila tiba winter. Tiap kali winter di mana saja aku berada. Tidak kira di UK, US, Switzerland, Belgium, Germany, Holland, Italy atau negara yang aku pergi, aku akan cakap benda yang sama. Iaitu, tak larat nak harung winter. 


Tapi bila dah balik Malaysia, aku lupa dan nak pergi lagi dan tinggal di negara yang ada 4 season ni. Tak menyesal ke? Masalahnya dah lupa macamana rasa sejuknya winter ni hinggalah rasa sendiri semula dan lepas tu baru rasa tak sanggup. Memang padan mukakan. Moral cerita, sedarlah diri tu sudah tua dan tak boleh nak bertahan lama dengan cuaca sejuk ni. 


The clock is ticking and I can't wait to go home!






***