.
.
Semalam bas lambat sampai. Ya, setelah aku nampak ajushi kening lukis tu, aku pun tunggu lagi. Hampir setengah jam baru bas ke Seoul sampai. Cis. Sabar jekan.
Jumpa mereka. Kami lunch. Aku nak makan belut jugak. Tapi masalahnya restoran belut tutup pulak. Dah dua tiga tempat pergi tapi semuanya tutup. Samada mereka buka malam atau belut dah tak ada. Tapi ada satu restoran tu ada belut stew which yang aku tak nak sebab tak puas makan.
Maka, kami ambil keputusan untuk makan sashimi je. Hambek kau, aku order 3 jenis ikan. Salmon dan dua jenis ikan yang lain. Pastu dua pinggan oyster. Gambar. Malasnya nak upload pagi ni. Nantilah aku cerita dulu dan gambar komdian ye.
Lepas tu mereka ni temankan aku beli kasut. Aku gunakan mereka ni untuk bercakap bahasa Korea dengan salesman tu. Payah nak beli kasut bila dia orang ni tak reti bahasa Inggeris.
Oleh kerana Kim Yu-na dan CNBlue punya pasal, aku beli dua kasut PROSPECS. Cis, gara2 iklanlah ni. Pastu aku beli sepasang kasut SKETCHER yang ringan. Ini pun dari iklan TV jugak. Ya, aku ni memang terpengaruh dengan iklan. Cepat sangat. So, aku dah try balik semalam, aku suka SKETCHER sebab ringan dan lembut dan tak sakit kaki bila jalan. Maka, bila kanak2 sampai nanti di Korea, aku akan ambil satu lagi ye. Mungkin satu lagi NIKE dan ADIDAS juga. Kau nak pakai pergi mana, kasut banyak2 tu?
Gambar kasut? Nanti aku upload. Belum sempat nak upload lagi ni. Malas betul.
Nak hampir pukul 4 petang, kami minum kopi di Starbucks. Aku memanglah tak minum. Aku minum air panas je. Mereka minum green tea latte. Orang Korea ni tak lepas dari green tea. Pastu order cheese cake. Aku tak makan cheese sebab allergic. Itu pun sibuk nak makan pizzakan! Aku ambil Macaron which yang sangat manis aku rasa. Terus tak habis. Nasib baik sebiji je macaron pistacio tu. Manis sampai ke kepala hotel ni.
Aku sampai rumah pukul 6 petang. Best tapi beratlah kena angkat 3 beg besar dari bas stop ke atas apartment ni. Kan best, kalau ada kanak2 untuk bawakan. Cepatlah datang.
Lupa, aku sempat singgah Paris Croissant semalam. Beli croissant and strawberry croissant sekali untuk breakfast aku pagi ni.
Dah. Malam tidur awal sebab orang tua entah saper ni penat sangat berjalan dan berjimba.
***