February 6, 2013

Dia Bukan Kawan Aku

.
.
.
Macam nak ice age semula di Korea ni. Kalau sejuk tu, macam sejuk sangat. Contohnya minggu lepas elok je cuaca 1 darjah dan boleh pakai baju selapis dan jaket. Tup tup, jumaat ni (ramalan cuaca katakan-online), terus berdesup turun ke -19. Jawab kau. Macam tinggal di ice age tapi ice age version musim panas sebab kalau teruk hingga -50. Masa tu, nak bercakap pun keluar air batu. Apakah?


Masa ni rindu Malaysia. Berpeluh pun, boleh redha sebab boleh onkan aircond full blast 24 jam. Apa ada kisah, sebab cukup bulan bayar bil je. Masa guna aircond tu memang aman tapi bila nak bayar bil tu, mulalah nak koyak2 bil tu. Eh, jangan. Kang tak pasal dapat bil warna merah pulak. 


Bil aku sejak winter ni, asyiklah lebih dari 240,000 won sebulan. Memang boleh beli macam2. Sedangkan, aku sorang je kot kat rumah ni. Tapi dua bilik tidur tu memang kena selalu onkan heater sebab dah diberi warning dek HUFS supaya onkan dalam 20 darjah celcius. Tujuan, takut saluran floor heater tu akan beku masa winter dan kerja nak membetulkan tu akan dibiaya oleh siapa yang tinggal di rumah tu. Jawab kau. Sebab kos nak membetulkan tu rasanya lebih dari 1 juta won tu. Dah kena buka semua saluran rumah gamaknya. 


Maka, korbanlah sikit tiap2 bulan supaya tak kena bayar banyak. Tak apa, bukan lama pun aku di sini. Cukup2lah DrNotts. Berilah orang lain peluang untuk tinggal di Korea ni dan berilah mereka peluang untuk merasa membayar bil letrik, gas dan air yang macam mahal berdesup ni. Eh.


Hari ni last day kerja untuk minggu ni. Aku nak yay banyak kali. Dah tak sabar nak habiskan sebab dah tak sabar nak balik Malaysia. Bak kata Along anak aku tu, sudah2lah kerja di luar negara. Kerja di New Zealandlah pulak. Heh.


Aku pun rasa gitu di mana, aku bersyukur dapat rezeki yang diberi oleh Allah. Namun aku bersyukur kerana peluang yang diberi itu aku gunakan dengan sebaik mungkin. 


Cuma aku tak suka bersosial sahaja. Entah apa kaitan, aku pun tak pasti. Tapi maaf jua dipinta kerana aku memang tak suka bersosial. Di mana sahaja. Kesiankan. Apapun bagi aku, hikmah tidak mempunyai kawan yang ramai ialah kita akan kurang bercakap. Bila kurang bercakap, kita akan kurang menyakiti orang lain. Betul gitu, Cik Bedah! Tak?



Aku ni bersyukur juga kerana kadangkala atau selalunya apa yang orang cerita pada aku, aku akan lupa keesokan harinya. Memang lupa. Bukan buat2 ye. Tapi lupa. Apakan daya, daya ingatan dah luput. Sebab itulah agaknya orang malas nak cerita pada aku kerana banyak lupa dari ingat.





Dah.






***