February 12, 2013

What To Do - 16 more sleeps

.
.
.
Cuaca minggu ini sudah kembali tenang. Haha. Tenang apanya. Tetap sejuk seperti biasa. Ada satu perkara harus dibuat sebelum aku tinggalkan bumi Korea ini. Ya, untuk makluman, aku sudah habis kerja. Sudah tamat. Aku memang bersyukur kerana semua tugas di Korea sudah berakhir. Kini, aku harus tumpukan perhatian terhadap anak bangsaku. Fuhh, macam pilu jekan. Maka, aku telah pun menyenaraikan tugas yang penting dan wajib ini untuk diselesaikan segera.


1. Kira zakat pendapatan aku selama setahun aku di sini. Agak pening untuk mengira ni sebab calculator aku ni kecil dan tak cukup ruang untuk duit won Korea. Sebab duit won Korea, pakai juta-juta je dan calculator ni untuk angka yang sedikit. Tapi aku berjaya juga membuat anggaran yang hampir tepat. Walla! Tapi aku confirmkan semula dengan membawa slip gaji dan bank statement ke Pusat Zakat di UPM nanti.

Oleh itu, adakah anda sudah membayar zakat pendapatan? Kadang2 kita alpa dan lupa tentang pentingkan dan wajibnya membayar zakat pendapatan. Walaupun kita sudah membayar income tax tetapi zakat pendapatan adalah wajib untuk dibayar. Ya, muslimin dan muslimat, jangan pandang remeh pekara ini. Berdosa jika tidak membayar zakat pendapatan ini. 


Dalil Wajib Zakat Pendapatan
 
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Berzakatlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
(Surah Al-Baqarah : 267) 

Di dalam ayat di atas, Allah menjelaskan segala hasil usaha yang baik-baik wajib dizakatkan, dan bagi mereka yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion maka ianya juga termasuk sebagai hasil usaha. Begitu juga Imam Ar-Razi menegaskan dalam konsep menyeluruhnya yang dihasilkan oleh kegiatan manusia.

Syarat-Syarat Wajib Zakat Pendapatan 

1. Islam
2. Merdeka
3. Sempurna Milik
4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat
(Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan elaun tetap (tidak berubah).
5. Cukup Nisab
Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk matawang yang kadar nisabnya disandarkan kepada kadar nisab emas.
6. Cukup Haul
Mengikut kaedah umum pengiraan harta-harta zakat maka dalam konteks zakat pendapatan, jangkamasa setahun adalah merupakan jarak masa bagi mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya persoalan harta wang simpanan. Ini bersesuaian dengan tuntutan Islam terhadap kewajipan berzakat.
(ambil dari Majlis Agama Islam)





Ini semua peringatan untuk diri aku. Kalau di Malaysia, mudah untuk mengira zakat kerana potong melalui gaji bulanan sahaja. Tetapi di sini, aku harus mengira sendiri ataupun bawa bukti pada pusat zakat apabila tiba di Malaysia. Aku harus buat dengan kadar segera setibanya aku di Malaysia nanti. 







Dah


***