February 26, 2013

Kanaks in Korea

.
.
.
Along, Aiman, Miza, Lana dan Alim dah sampai minggu lepas. Maka, kami pun berjalan sakan hingga tak ingat yang aku ni bukan larat tapi laratkan jugak. Bila lagi nak jalan sebab lepas ni, memang aku tak jalan dah. Say no way to public transport! Not even nak exercise berjalan which yang langsung aku tak pernah buat di Malaya. Manalah nak sihatkan. 

Lepas ni, naik kereta dari pintu rumah hingga ke pintu opis. Kalau boleh nak drive through je kalau nak lunch or dinner. Memang melampau!. Tapi apakan daya, kenalah nak manjakan diri ni or in other words, Malaya panas dan nanti muka naik pigmentation lagi. Apakah!


Well, to cut short, kami pergi ke,

1. Lotte World
2. Nami Island (aku dah sampai 4 kali, entah, aku pun tak tahu apa motif pergi banyak kali ni)
3. Ke Seoul. All the so-called-pasar siang and pasar malam area aka Myungdong, Namdaemon and tak mahu pergi Dongdaemun.
4. Singgah Hoehyeon underground shopping dah 2 kali sebab membeli souvenir dan dapat free sama banyak dengan membeli. 
5. Gwangju beli barang dan lunch sekali di situ.
6. Hello Kitty Cafe di Hongdae

Tak boleh sangat nak berjalan untuk sight seeing sebab budak tomei tu resah bila naik bas. Maka dia pun menangis sampai suara serak sepanjang dari Yongin ke Seoul. Jawab kau!


Sudah beli kiriman dan amanah orang dari Malaya. 

1. Duit lama
2. Faceshop, skinfood, etude house etc
3. Baju I love Korea
4. Setokin Idol
5. Keychain etc

Fuhh, lega dah selesai beli semua barang amanah tu. Lepas ni barulah nak fikir beli barang kitakan. Eh, cukup ke muatan beg tu?





Dah.




***

February 20, 2013

Makanan di Korea - Photos

.
.
.
Aku nak upload gambar makanan yang aku pernah makan. Taklah luxury sangat tapi bolehlah.


side dish, togeh kasar

nasi yang dicampur kacang hitam

sayur entah apa sebab aku tak jumpa pun yang belum masak

kimchi aku suka

cendawan saute

dari kiri atas, dwenjang tak sedap, ikan goreng, togeh kasar, kimchi, salad, dan sos untuk ikan

dari kiri bawah, kimchi, bayam korea, fish cake, ikan bakar, sup telur dwenjang

dari kiri bawah, radish sup, nasi, ikan bakar dan bunga teratai (tak sedap), kimchi, kobis panjang goreng, togeh kasar, dan sup kerak nasi (ya, mereka suka makan sup kerak nasi which yang aku rasa tak sedap sebab rasa cam hangus-actually memang betul2 dari kerak nasi dan diletak air panas dan bagi menggelegak-tawar)

ketam sauce. aku suka. ketam mentah you all tapi best

dwenjang terbaik yang pernah aku makan. fuhh

seaweed kering, ini pun best jugak

dwenjang campur cendawan. best juga.

kiri atas, wheatbucket sejuk (mee sejuk), kimchi, radish kimchi, labu kuning, fish cake sup pedas, nasi kacanga, keledek goreng panjang2 campur sayur.

Kalchi- ikan panjang. goreng dan memang sedap.

lempeng korea. campur sayur segala mak nenek. aku beli yang segera so panaskan je.

lempeng labu kucning. best jugak.

belut bakar, sila baca post aku makan belut sebelum ni

octopus hidup. sila tengok post sebelum ni
sashimi. dalam post sebelum ni
sup ikan pedas campur tahu

tipikal side dish orang korea ni. dari kiri, seaweed, togeh kasar, kimchi dan fish cake
sashimi di busan. alim dan widad je makan banyak.

Nanti ada gambar makanan Korea, aku akan upload. Aku tak jumpa entah mana aku letak.





***

Concert Today

.
.
.
Hari2 terakhir nak balik Malaya ni, macam2 jemputan yang aku dapat. Entah mana datangnya. Masa awal ritu, tak adalah pulak orang nak jemput sana sini. Now, masa pun tak cukup nak pergi. Seminggu akan datang ni aku akan berjimba dengan anak2 aku, maka aku jarang berada di rumah. Lepas tu, aku pulang ke tanah tumpah darahku.Wohey!

Hari ni aku dijemput untuk menghadiri concert. Di Seoul. Ada Girls Generation, Big Bang, Shinee, dan banyak lagi idol yang datang. Mereka beritahu aku semua idol tu datang. Mesti ramai orangkan.

Apapun, macamlah aku kenal semua idol tukan. Aku tak minat idol tapi. Maka, aku menolak untuk pergi ke concert hari ini.

Cukuplah aku dah tengok concert Sung Si-kyung ritu, nampak sebesar duit 50 sen je pun. Dahlah mata ni memang tak nampak dari jauh. Apatah lagi dari dekat.






 P/S Aku dah siapkan correction untuk artikel di Tukey. Wehoo!


***



February 19, 2013

Makan Hari Ini

.
.
.
Kami makan dwenjang hari ni. Sedap juga. Tak sangka pulak di Mohyeon ni pun ada dwenjang yang sedap. Kalau tau ritu, hari2 aku pergi situ. 







***

Kasut - Gara-Gara Iklan di TV - Photos

.
.
.
lembut je bila jalan. so kena lari. apakah?

ala cutenya kasut aku ni. prospecs

ni pun best gak. semua ni kimyuna dan cnblue punya pasal. pengaruh iklan. prospecs






Nak cari satu lagi sketcher. Sebab tumit best. Boleh jadi macam beralun je bila berjalan. Eh.




***

Sashimi di Korea - Photos

.
.
.
Ni gambar kami makan sashimi semalam.

salmon. tapi di sushi king lagi sedap salmonnya. kenapa ek?

ikan ni sedap juga tapi ada mereka ni bagi tau nama ikan, aku dah lupa

ni pun aku dah lupa. tapi aku tak suka ikan ni. tak sedap

mestilah makan ala-ala korea. bungkus jangan tak bungkus

sup kicap. sedap juga

yang ni sangatlah keras. macam makan ais batu. sangat tak sedap. tapi mahal betul. satu tu, 10,000 won. so masukkan dalam sup pedas baru lembut sikit

aku suka seaweed ni. first time rasa. biasanya seaweed hitam dan kering tapi yang ni kenyal2

ni dari seekor kepah besar tu. best jugaklah.

aku mestilah nak makan nasikan.

tulang yang dari sashimi tu, dibuat sup

kimchi ni pun ok juga rasanya

ni bekas tadi tu. kepah besar





Dah.

***

Croissant

.
.
.
Semalam bas lambat sampai. Ya, setelah aku nampak ajushi kening lukis tu, aku pun tunggu lagi. Hampir setengah jam baru bas ke Seoul sampai. Cis. Sabar jekan. 


Jumpa mereka. Kami lunch. Aku nak makan belut jugak. Tapi masalahnya restoran belut tutup pulak. Dah dua tiga tempat pergi tapi semuanya tutup. Samada mereka buka malam atau belut dah tak ada. Tapi ada satu restoran tu ada belut stew which yang aku tak nak sebab tak puas makan. 


Maka, kami ambil keputusan untuk makan sashimi je. Hambek kau, aku order 3 jenis ikan. Salmon dan dua jenis ikan yang lain. Pastu dua pinggan oyster. Gambar. Malasnya nak upload pagi ni. Nantilah aku cerita dulu dan gambar komdian ye.


Lepas tu mereka ni temankan aku beli kasut. Aku gunakan mereka ni untuk bercakap bahasa Korea dengan salesman tu. Payah nak beli kasut bila dia orang ni tak reti bahasa Inggeris. 


Oleh kerana Kim Yu-na dan CNBlue punya pasal, aku beli dua kasut PROSPECS. Cis, gara2 iklanlah ni. Pastu aku beli sepasang kasut SKETCHER yang ringan. Ini pun dari iklan TV jugak. Ya, aku ni memang terpengaruh dengan iklan. Cepat sangat. So, aku dah try balik semalam, aku suka SKETCHER sebab ringan dan lembut dan tak sakit kaki bila jalan. Maka, bila kanak2 sampai nanti di Korea, aku akan ambil satu lagi ye. Mungkin satu lagi NIKE dan ADIDAS juga. Kau nak pakai pergi mana, kasut banyak2 tu? 


Gambar kasut? Nanti aku upload. Belum sempat nak upload lagi ni. Malas betul.


Nak hampir pukul 4 petang, kami minum kopi di Starbucks. Aku memanglah tak minum. Aku minum air panas je. Mereka minum green tea latte. Orang Korea ni tak lepas dari green tea. Pastu order cheese cake. Aku tak makan cheese sebab allergic. Itu pun sibuk nak makan pizzakan! Aku ambil Macaron which yang sangat manis aku rasa. Terus tak habis. Nasib baik sebiji je macaron pistacio tu. Manis sampai ke kepala hotel ni. 


Aku sampai rumah pukul 6 petang. Best tapi beratlah kena angkat 3 beg besar dari bas stop ke atas apartment ni. Kan best, kalau ada kanak2 untuk bawakan. Cepatlah datang.



Lupa, aku sempat singgah Paris Croissant semalam. Beli croissant and strawberry croissant sekali untuk breakfast aku pagi ni.





Dah. Malam tidur awal sebab orang tua entah saper ni penat sangat berjalan dan berjimba.


***

Gembira Tak Terkira

.
.
.
Semalam aku tunggu bas. Tiba-tiba perasaan macam gembira apabila aku ternampak siapa tau! Teka. Teka. Teka. Ok, tak payah. Aku nampak ajushi kening lukis. Eh, Ajushi kening tato. Wohoo. Aku gembira. Aku sengih dari bas stop tu. Aku rasa nak melompat kegembiraan tapi melampau pulak kan. Takkan rindu kat ajushi kening lukis sampai gitukan.


Jangan salah paham yar. Aku gembira sebab bas sekolah dah mula jalan semula. Dah sebulan lebih bas tak jalan. Aku kena jalan kaki ke Mohyeon tiap kali aku nak keluar ke Gwangju atau aku nak cari barang di Mohyeon. OK, conpius nama tempat di Korea ni kan. Anyway, aku tak perlu jalan kaki dah. Bayangkan tiap kali jalan kaki ke Mohyeon tu, nak dekat satu kilometer kot. Jauh aku jalan. 


Kalau jalan tak licin, aku ok je. Masalahnya bila snow, jalan jadi licin dan penat nak control jalan supaya tak jatuh. 


Maka, jom kita celebrate kepulangan ajushi kening lukis. Dia punya bagus semalam, nampak je student jalan kaki, dia akan berhenti walaupun bukan tempat hentian bas. 




Dah. Aku nak keluar kejap lagi. Pukul 11 nanti. Ada appointment lagi hari ni. Nak lunch di luar lagi. 





***

Widad Yang Kelam Kabut

.
.
.
Widad ni kelam kabut betul semalam. Dia kena pergi hospital sebab ada appointment braces. Maka setelah selesai urusan tu dan setelah bertukar warna braces dari hijau ke biru, dia pun balik ke rumah. Perjalanan balik ke rumah agak lama dan aku cuma pantau melalui online saja. Tapi kemain lagi budak tu bertwit hingga habis quota twit untuk hari tu. Entah apa yang dia leterkan. 


Well, sampai ke Vista yakni Muhammad yang jemput dia di stesen keretapi, dia terus nak balik Melaka. Aku cakap kat dia, dah pukul 6 petang dan agak lewat untuk drive ke Melaka sorang diri. Tapi dia ni yang masih kelam kabut, beritahu yang dia ada kelas malam tu. Ada presentation. Dia pulak yang kena present malam tu. 


Nak tak nak, aku terpaksa beri kebenaran walaupun aku masih kempas kempus kerisauan sebab dia bawa kereta hampir nak gelap tu. Maka, aku pun pesan suruh isi minyak siap2 di vista, kunci kereta masa nak isi minyak dan jangan nak buat gedik2 masa isi minyak. Ya, aku kena ingatkan all the time walaupun dah banyak kali dia drive sorang balik Melaka tu. 


Rupanya dia sampai ke Melaka hampir dua jam kot. Hujan lebat dan pandai pulak dia masuk lane kiri. Ok, cerita yang sangat tidak menarik di pagi buta ni. Sebab aku risau sebenarnya bila dia balik dalam keadaan gopoh gapah.



Yang penting, kalau kena saman speeding, kau bayar sendiri ye. 








Ok, dah hilang risau untuk semalam.


***

February 18, 2013

Alim and Choi Min-ho

.
.
.
Alim baru dapat tau yang dia akan datang ke Korea buat kali ke 2. Aku dan Along telah menyimpan rahsia ni dari bulan sudah lagi. Saja nak bagi dia terkejut. Tapi bila dah bagi tau kelmarin, terus dia tulis senarai barang yang dia nak beli. Cis. Ada ke, dia nak beli semua topi dan jaket yang dipakai oleh Choi Min-ho. Mahal tu kot! Mau satu topi tu 100,000 won dan jaket tu 300,000 won. Hishh budak ni. Kenapa tak suruh bawak balik je Choi Min-ho tu. Kan ke senang. 



Pastu, dia nak banyak duit untuk beli barang dia je. Erk. Ada lagi ke? Patutnya jangan bagi tau dia lagikan. Kan dah kena sediakan berjuta2 won untuk dia je. Itu belum nak bagi Lana lagi! Lana, nah 100 won je. Budak kecik tak boleh pegang duit banyak.



***

H-Index

.
.
.
Bangun pagi dapat email yang best. Syukur. 2 article aku telah diterima (Journal di Turkey) tapi kena buat amendment of course. Itu yang bukan best part tapi yang best part ialah, journal tu ada 7 H-Index. Memang tinggi betul. Mesti aku nak celebrate kalau dah betul2 diterbit setelah aku buat amendment ni. Ni dari subuh tadi tak bergerak depan laptop ni. Nak siapkan juga amendment ni sebab tarikh tutup ialah minggu depan. Yup, seminggu je dia bagi. Memang pening kejap sebab aku dah berbulan stop menulis gara2 nak balik Malaya punya pasal.




Tapi kejap lagi ada appointment. Aku kena keluar. Ada lunch date. Sejak nak balik ni, ada je appointment nak jumpa orang sana sini. 





Dah.


***



February 16, 2013

Makan Belut di Korea

.
.
.
Belut banyak di Busan. Tapi masa kami pergi Busan ritu, tak jumpalah pulak belutnya. Inilah pertama kali aku makan belut seumur hidup aku. Bila tengok dokumentari di sini, macam sedap je. So misi seterusnya ialah makan belut kita. Wohey.

typical restoran Korea yang ada serombong nak sedup asap pada setiap meja. jom buat kat Malaysia.
ha jawab kau. empat ekor sekali makan. sorang sekorlah tu. besar gak  belut ni. sekor dalam 30,000 won gitu.

ni ajuma kedai tu yang tolong bakarkan. sebab ada pelanggan obersi. akulah tu. hahah


kami berempat lagi. ya, ritu makan octopus hidup pun kami gak. ni kami lagi. makan je kerja korang ye. diana (Indonesia), Choi, (Korea), Song (Korea), DrNotts (Malaya) aka kenapa berkedut muka kau?


ni diana tolong ambilkan gambar. maka dia tak ada. diana, kau jangan makan belut tu. aku aje yang makan. hahaha.

opkoz ada side dish dan nasi. yang hijau dalam mangkuk tu ialah  kucai mentah. so balik malaya ni kena makan kucai mentah sebab banyak khasiat kata orang Korea.

wah, cantik je bakar nya tu. belut ni cuma letak garam laut je. tapi kalau di Busan, akan ada belut yang dibakar dengan sambal atasnya. lagi sedap kot. slurpppp

orang Korea kena makan camni. ambil salad, letak belut dan letak segala sambal dan side dish tu dan bungkus dan makan. kenalah nganga mulut besar ye cik tipah. aku kalau makan ni, jenuh nak kunyah

ajumaa ni tolong potongkan kecik2. kami tukang makan je. bestkan dilayan gini. jom pergi lagi

kau tengok, tak terliur ke? kalau akulah, memang aku ambek 6 ekor kot. mana cukup 4 ekor. hahah kata tamak. cis, baru insaf semalam.

opkoz makan dengan nasi jugak. aku lapar kot sebab lom makan nasi lagi hari tu. tapi sup dwenjang sayur ni aku tak berapa suka. lain dari favorite dwenjang emart aku tu.
kami dah kenyang. luar restoran ni. kalau nak pergi silalah tipon dulu. kotlah ramai orang. DrNotts, kau sangat tua dalam kalangan mereka. sedarlah diri tu. ceh.





By the way, kami naik teksi ke tempat tu. Kebetulan hari tu sejuk gilos. Tapi demi belut, ku harung jua. Kesian Diana sebab Freddie dan Rui tinggal. Mesti dia rasa bersalah keluar dengan kami. Tak apa Diana, aku dah nak balik dah. 


Rasa macam nak pergi lagilah. Tapi tak tahu camner nak pergi. Sabar je kan. Jom cari belut di Malaysia. Ada ke? Ke belut tu orang buat handbag. Kulit belutlah buat handbag. Teringat kawan aku beli handbag yang dibuat dari kulit belut. Apakah?






Dah.


***


February 15, 2013

Siapa Yang Duduk Di Kerusi tu?

.
.
.
Sedang aku termenung memandang ke luar tingkap (tengok gunung lagi ke, DrNotts?), aku ternampak bayang2 orang sedang duduk di atas kerusi. Dalam hati aku, kenapalah siang buta orang duduk situ. Tak sejuk ke? 


Lama juga aku tenung. Sempat aku makan nasi, tengok TV dan duduk depan laptop lagi, tapi orang tu masih tak bergerak. Aku pun jenguk buat kali ke tiga belas. Rupanya, adalah entah saper buat snowman sejibik rupa orang yang sedang duduk atas kerusi tu. Cit.







***

Muhammad dan Alim

.
.
.
Adalah menjadi tanggungjawab anak aku nombor 4 (I am number 4) aka Muhammad Mustaqim (20 tahun), balik dari Sepang untuk ke Nilai demi menjemput Alim (I am number 6) aka Alim Al-Mustaqim Billah (13 tahun) untuk solat Jumaat di Kolej Islam Selangor pada setiap Jumaat.



Thanks Abang (nama timangan budak I am number 4). Nanti dapat pahala banyak tu!



Berdikari sungguh anak2 aku di Malaya!












***

Monologue Si Tua 3

.
.
.
Aku masih lagi belajar untuk menjadi seorang yang pemurah. Pemurah dari semua hal. Baiklah. Akan ku berikan rezeki yang aku dapat kepada orang yang memerlukan.



Kepada anak-anakku, aku akan beri sepasang baju kiko dan kasut bubble gummer! Eh.






***


Cerita Pagi

.
.
.
Aku memang bangun awal tiap hari. Maklumlah tak ada life. OK. Tak kelakar. Terima kasih pada LH kerana membaca blog aku di subuh hari di Korea ini. Aku harus meneruskan perjuangan bermonologue ini. Mentara aku di Korea ni je membuatkan orang minat nak baca blog ni, tapi aku rasa bila dah balik Malaysia, dah kurang orang nak baca sebab sama je life di Malaysia dengan semua orang yang lain. Apakah?







***


February 14, 2013

Monologue Si Tua 2

.
.
.
Kalaulahkan. Kalaulah dapat duit terpijak 100 juta won. Mesti ketawa kejapkan. Bagi orang yang dah kaya sangat tu, sure kata, 'takat tu, baik tak yah'. Kalau orang tak berapa kaya, 'fuhh, jom share'. Kalau orang cam aku, 'Gulp!'.





Hari khamis yang indah. Malam kang malam jumaat, maka baca yasin yar! Tak malam jumaat pun silalah baca yasin dan mengaji quran. Peringatan untuk diri aku yang tua dan banyak kedut.






Dah


***

Monologue Si Tua

.
.
.
1. Minggu ni banyak janji. Janji dengan orang. Selasa kelmarin janji jumpa di satu lokasi. Nasib baik jumpa walaupun lambat. Ingatkan istilah janji Melayu je tapi rupanya orang Korea lagi teruk janjinya. Kami borak dan jenjalan.

2. Janji nak keluar hari rabu semalam tapi aku cakap, tinggalkan aku dulu. Korang pergilah. Aku dah mula bersin dari hari Isnin dan selasa lagi teruk. Entah dapat dari mana selsema ni. Malam tu telan actifed. Terus tko.

3. Maka semalam (rabu), aku pun saja jalan ke bawah. Dalam hati, nak ke gwangju. Pastu tak nak. Pastu nak. Pastu tak nak. Pastu nak. Sambil berkelana sorang diri, ternampak keter biru. Eh, itu macam Song (Profesor Korea). Dia ajak naik keter dia. Dia tanya nak ke mana. Aku cakap nak cari buah di emart.

4. Maka, aku ikut Song. Dia uruskan tugas di opis dulu. Pastu baru gerak ke emart. Setelah makan which yang aku rasa semua makanan tawar sebab aku selsema kot, kami pun naik atas beli barang. Aku gunakan keter Song untuk angkut barang banyak. Aku kena makan banyak buah untuk vitamin C. Orang tualah katakan.

5. Selesai di emart. Song ajak ke Orange factory. Orang Korea sebut Orange factory ini dengan cara O-ren-ji factory. Ada outlet macam2 brand di situ. Aku yang sedia ada setuju sebab tamu akan datang semula petang nanti, so aku ada banyak masa siang hari ni. Maka terbeli satu handbag Tommy Hilfiger. Mahal nak juling tapi macam cantik je. 315,000 won. Cuba kalikan dengan 3 untuk dapatkan duit Malaysia. Ada diskaun sikit. Lepas beli menyesal sebab baru teringat, aku bukan pakai handbag pun. Aku pakai bagpack untuk pergi kerja dan handbag memang tak perlu. 

6. Wuduk, solat, mengaji dan berdoa betul2 dapat memberi ketenangan. 

7. Lain hari kita jumpa di Malaysia pulak ye, itu aku cakap pada mereka.

8. Lupa pulak. Aku sempat beli sambal isi ikan. Sebab aku suka, aku beli 20,000 won. Banyak tu. Entah bila nak makan. Sambal isi ikan ini ialah bukan isi ikan yang flesh tu tapi isi ikan yang dalam perut ikan. Salah satu dari isi ikan tu agak kenyal dan dibersihkan dan dicampur dengan cili, minyak bijan dan bijan. Aku suka ni. Sebab tulah macam tamak tak ingat dunia sampai beli 20,000 won tu.

9. Selsema makin pulih hari ni. Walaupun bila sarapan tadi, rasa tawar je horlick. Aku lupa letak susu pekat ke? Lerr.

10. Hari ni operasi basuh kain lagi. Lepas tu sapu rumah. Lepas tu ambil tisu basah dan lap lantai di living room. Yup. Aku gigih lap lantai dengan tangan.


11. Oh ye. Baru nampak gambar kakak aku yang KSU tu dengan family dia berholiday di New Zealand. Aku sangatlah jealous sebab dia pergi ke tempat Lord of the Ring (LOTR). Tempat movie favorite aku dan jutaan orang lain. The Hobbits yang aku belum tengok pun. Cis. Aku jealous hingga aku cakap pada anak2 aku, kita akan pergi family vacation jugak tahun ni. Di Langkawi. Jadiklah ke Langkawi pun. Kepada anak2ku, korang dah merasa tinggal di merata dunia. Jangan banyak songeh kalau nak holiday di Langkawi saja. Nak ikut, ikut. Tak nak ikut, ikut gak.






Dah.



***

February 12, 2013

What To Do - 16 more sleeps

.
.
.
Cuaca minggu ini sudah kembali tenang. Haha. Tenang apanya. Tetap sejuk seperti biasa. Ada satu perkara harus dibuat sebelum aku tinggalkan bumi Korea ini. Ya, untuk makluman, aku sudah habis kerja. Sudah tamat. Aku memang bersyukur kerana semua tugas di Korea sudah berakhir. Kini, aku harus tumpukan perhatian terhadap anak bangsaku. Fuhh, macam pilu jekan. Maka, aku telah pun menyenaraikan tugas yang penting dan wajib ini untuk diselesaikan segera.


1. Kira zakat pendapatan aku selama setahun aku di sini. Agak pening untuk mengira ni sebab calculator aku ni kecil dan tak cukup ruang untuk duit won Korea. Sebab duit won Korea, pakai juta-juta je dan calculator ni untuk angka yang sedikit. Tapi aku berjaya juga membuat anggaran yang hampir tepat. Walla! Tapi aku confirmkan semula dengan membawa slip gaji dan bank statement ke Pusat Zakat di UPM nanti.

Oleh itu, adakah anda sudah membayar zakat pendapatan? Kadang2 kita alpa dan lupa tentang pentingkan dan wajibnya membayar zakat pendapatan. Walaupun kita sudah membayar income tax tetapi zakat pendapatan adalah wajib untuk dibayar. Ya, muslimin dan muslimat, jangan pandang remeh pekara ini. Berdosa jika tidak membayar zakat pendapatan ini. 


Dalil Wajib Zakat Pendapatan
 
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Berzakatlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
(Surah Al-Baqarah : 267) 

Di dalam ayat di atas, Allah menjelaskan segala hasil usaha yang baik-baik wajib dizakatkan, dan bagi mereka yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion maka ianya juga termasuk sebagai hasil usaha. Begitu juga Imam Ar-Razi menegaskan dalam konsep menyeluruhnya yang dihasilkan oleh kegiatan manusia.

Syarat-Syarat Wajib Zakat Pendapatan 

1. Islam
2. Merdeka
3. Sempurna Milik
4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat
(Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan elaun tetap (tidak berubah).
5. Cukup Nisab
Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk matawang yang kadar nisabnya disandarkan kepada kadar nisab emas.
6. Cukup Haul
Mengikut kaedah umum pengiraan harta-harta zakat maka dalam konteks zakat pendapatan, jangkamasa setahun adalah merupakan jarak masa bagi mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya persoalan harta wang simpanan. Ini bersesuaian dengan tuntutan Islam terhadap kewajipan berzakat.
(ambil dari Majlis Agama Islam)





Ini semua peringatan untuk diri aku. Kalau di Malaysia, mudah untuk mengira zakat kerana potong melalui gaji bulanan sahaja. Tetapi di sini, aku harus mengira sendiri ataupun bawa bukti pada pusat zakat apabila tiba di Malaysia. Aku harus buat dengan kadar segera setibanya aku di Malaysia nanti. 







Dah


***

February 9, 2013

Winter Yang Aku Tak Tahan - 19 more sleeps

.
.
.

Dulu masa Muhammad, Widad dan Alim masih kecil, mereka ni selalu guna perkataan 'more sleeps' untuk menunjukkan berapa hari lagi tinggal untuk sesuatu aktiviti. Contohnya, Muhammad akan cakap, 'Mum, three more sleeps to go to Alton Towers'. Widad akan cakap, 'Mum, five more sleeps to Eastwood'. Alim akan cakap, Mum, two more sleeps to go back to Malaysia'. Masa kecil payah nak memberi penjelasan tentang berapa hari lagi untuk ke tempat yang dinanti2kan. Itulah maksud 'more sleeps' untuk kanak-kanak bertiga ni. Tiap pagi selepas bangun tidur akan kedengaran suara mereka membilang berapa sleeps lagi tinggal.


Maka, aku pun gunalah 'more sleeps' sebab aku pun excited gak ni. Oh ye, aku dah habis kerja dah. Yay. Memang bersyukur. Cukup2lah kerja tu, DrNotts. Aku letih. Aku penat. Aku fed-up. Bolehlah aku banyak mengaji di rumah mentara menunggu kanak2 datang. 


Kalau boleh, mentara kanaks belum datang, aku tak mahu diganggu semasa aku mengaji di rumah ni. Maaf ye. Aku harap kawan Korea aku di Pohang dan Ulsan tidak datang jenguk aku walaupun aku tahu mereka akan datang. Maklumlah cuti panjang dan mereka baru je balik dari Italy berholiday. Cis, tinggalkan aku!


As for winter, sangatlah tak larat bila tiba winter. Tiap kali winter di mana saja aku berada. Tidak kira di UK, US, Switzerland, Belgium, Germany, Holland, Italy atau negara yang aku pergi, aku akan cakap benda yang sama. Iaitu, tak larat nak harung winter. 


Tapi bila dah balik Malaysia, aku lupa dan nak pergi lagi dan tinggal di negara yang ada 4 season ni. Tak menyesal ke? Masalahnya dah lupa macamana rasa sejuknya winter ni hinggalah rasa sendiri semula dan lepas tu baru rasa tak sanggup. Memang padan mukakan. Moral cerita, sedarlah diri tu sudah tua dan tak boleh nak bertahan lama dengan cuaca sejuk ni. 


The clock is ticking and I can't wait to go home!






***



February 6, 2013

Dia Bukan Kawan Aku

.
.
.
Macam nak ice age semula di Korea ni. Kalau sejuk tu, macam sejuk sangat. Contohnya minggu lepas elok je cuaca 1 darjah dan boleh pakai baju selapis dan jaket. Tup tup, jumaat ni (ramalan cuaca katakan-online), terus berdesup turun ke -19. Jawab kau. Macam tinggal di ice age tapi ice age version musim panas sebab kalau teruk hingga -50. Masa tu, nak bercakap pun keluar air batu. Apakah?


Masa ni rindu Malaysia. Berpeluh pun, boleh redha sebab boleh onkan aircond full blast 24 jam. Apa ada kisah, sebab cukup bulan bayar bil je. Masa guna aircond tu memang aman tapi bila nak bayar bil tu, mulalah nak koyak2 bil tu. Eh, jangan. Kang tak pasal dapat bil warna merah pulak. 


Bil aku sejak winter ni, asyiklah lebih dari 240,000 won sebulan. Memang boleh beli macam2. Sedangkan, aku sorang je kot kat rumah ni. Tapi dua bilik tidur tu memang kena selalu onkan heater sebab dah diberi warning dek HUFS supaya onkan dalam 20 darjah celcius. Tujuan, takut saluran floor heater tu akan beku masa winter dan kerja nak membetulkan tu akan dibiaya oleh siapa yang tinggal di rumah tu. Jawab kau. Sebab kos nak membetulkan tu rasanya lebih dari 1 juta won tu. Dah kena buka semua saluran rumah gamaknya. 


Maka, korbanlah sikit tiap2 bulan supaya tak kena bayar banyak. Tak apa, bukan lama pun aku di sini. Cukup2lah DrNotts. Berilah orang lain peluang untuk tinggal di Korea ni dan berilah mereka peluang untuk merasa membayar bil letrik, gas dan air yang macam mahal berdesup ni. Eh.


Hari ni last day kerja untuk minggu ni. Aku nak yay banyak kali. Dah tak sabar nak habiskan sebab dah tak sabar nak balik Malaysia. Bak kata Along anak aku tu, sudah2lah kerja di luar negara. Kerja di New Zealandlah pulak. Heh.


Aku pun rasa gitu di mana, aku bersyukur dapat rezeki yang diberi oleh Allah. Namun aku bersyukur kerana peluang yang diberi itu aku gunakan dengan sebaik mungkin. 


Cuma aku tak suka bersosial sahaja. Entah apa kaitan, aku pun tak pasti. Tapi maaf jua dipinta kerana aku memang tak suka bersosial. Di mana sahaja. Kesiankan. Apapun bagi aku, hikmah tidak mempunyai kawan yang ramai ialah kita akan kurang bercakap. Bila kurang bercakap, kita akan kurang menyakiti orang lain. Betul gitu, Cik Bedah! Tak?



Aku ni bersyukur juga kerana kadangkala atau selalunya apa yang orang cerita pada aku, aku akan lupa keesokan harinya. Memang lupa. Bukan buat2 ye. Tapi lupa. Apakan daya, daya ingatan dah luput. Sebab itulah agaknya orang malas nak cerita pada aku kerana banyak lupa dari ingat.





Dah.






***

February 5, 2013

Snow Semalam

.
.
.
lorong gelap itu sudah menjadi putih

memang bukan kereta aku. sebab aku di Korea ni macam miskin sebab tak ada kereta dan naik public transport aje. sedihkan!

pepagi buat lagi ajumaa ni sodok salji tu supaya senang nak jalan

masa ni belum lagi si sodok tapi aku tak nak jalan atas tu sebab kang kasut basah

memang tenggelam kasut aku ni bila nak jalan tapi aku terpaksa redah gak. nak gi kerjakan

ni on the way ke tempat kerja. tu nampak tak bangunan kat atas bukit tu. itulah tempat kerja aku tiap hari sejak winter ni. yup aku daki yoo

eh, saper  kat cermin tu

ramai orang tak percaya yang apartment aku ni dikelilingi dek gunung ganang. ni baru separuh tapi yang sebenarnya keliling heh

sodok jangan tak sodok

setelah 20 mnit aku mendaki, ha, ambik kau. gunung sebelah sini pulak. memang keliling gunung heh

tu asrama student dan belakang tu gunung lagi. apartment aku belakang asrama student ni

cantikkan pepagi buta gini. siap ada kabus lagi




Itu yang aku cakap. Bila cuti, aku tengok gunung dan gunung tengok aku balik. Tak ada hal punyalah.






***