May 10, 2012

Aku Pun Garang

.
.
.
Semalam aku hot dengan student.
Ada ke, bila suruh buat kerja.
Dia orang siap main telefon lagi.

So aku pun marah.
Tapi ayat yang mudah.
Kang ternganga tak faham pulak.

Akhirnya aku cakap.
Pulang sekarang.
Semua orang pulang.
Saya tak mahu tengok muka kamu lagi.
Ceh.
Tak nak tengok muka orang Korea konon.
Kan kau tinggal di Korea!
Hishh.

So lepas tu, apa lagi.
Semua pandang dengan wajah seposen.
Ada yang datang minta maaf.
Aku pun jual mahal.
Dalam hati aku.
Eleh, takat nak gred tinggi, bolehlah nak minta maaf.
Mianhe konon!
Cit.

Tak nak pulak kau balik ye, budak Korea.
Aku dah suruh pulang.
Sanggup tunggu aku yang diam seribu bahasa.
Penat aku prepare kelas.
Ada ke buat muka tak minat.
Nak kena ni.

Akhirnya.
Sebakul mohon maaf.
Siap buat origami love untuk aku.
Miahahhahaha.
Macam budak2 budak Korea ni.

Lantak kaulah budak Korea.
Minggu depan cerita lain.
Kau nak songeh dengan orang Malaysia.
Memanglah nak kena dengan aku kang.


Seoul, Korea

***