May 3, 2012

Ajushi Kening Lukis

.
.
.
Aku baru habis kelas.
Around 6.10pm.
Aku turun bukit dari fakulti.
Nampak bas sedang tunggu.
Aku pun jalan cepat.
Dalam hati, mungkin bas ni akan tunggu aku.
Tapi bas jalan sikit.
Aku pun jalan laju.
Rupanya bas memang tunggu aku.
Bangga.

Sampai ke pintu bas.
Mak ai, ramai gilos student kot.
Aku pun tengok je.
Tapi tak jadi naik.
Penuh kot.
Siap berdiri kat tangga lagi.
So aku jalan.

Selang 20  langkah.
Dengar bunyi hon dari bas.
Aku tak toleh pun.
Aku sangka mesti student dari atas bukit berlari ke bas.
Aku jalan macam biasa.

 
Tapi hon dari bas terdengar lagi.
Kali ni bas dah betul-betul sebelah aku.
Drebar bas siap lambai kat aku suruh masuk.
Dia siap buka pintu depan lagi.
Sedangkan tadi, pintu depan tak dibuka.

Aku pun naik.
Terdengar student panggil aku di celah-celah ramai orang tu.
'Hi, Professor!'.
Sambil toleh dan berkerut hidung aku kerana bau busuk dalam bas.
Aku jawab juga.
'Eh, hi!'.

Ketika itu juga aku toleh ke arah drebar bas.
Aku terpegun.


Rupa2nya.
Drebas bas itu ialah ajushi kening lukis.
Ajushi kening lukis yang hon kat aku.
Terus terharu.
Kau ingat kat aku lagi, ajushi kening lukis!




Cerita pasal ajushi kening lukis ada di sini.




Peringatan: Ajushi ni memang ada kening yang dilukis yarrr




Seoul, Korea

***