February 21, 2012

Sayang Mak


Hari ni aku terjumpa kawan aku. Agak lama tidak bersua. Kami pun berbual seketika. Agak kagum bila dengar tentang kehidupan dia.


To cut the story short, dia beritahu yang dia rela tak kawin kerana dia rasa dia belum puas menjaga mak dia. Dia juga takut kalau dia kawin nanti, dengan cara tak sengaja akan melukakan hati mak dia. Even now dia cakap, dia amat berhati-hati kerana dia takut tanpa disedari akan membuatkan mak dia kecil hati. Oleh itu, dia rasa adalah lebih baik dia tidak berkahwin dan jaga mak. Itu pun dia rasa dia masih tidak puas lagi menjaga mak dia tu.


Dia tidak langsung gusar jika tidak kawin kerana bagi dia, sekarang dia berada di zon selesa dan yang paling penting adalah untuk melihat mak dia gembira. Dia sanggup tak pakai baju berjenama, sanggup tidak pakai kereta mewah supaya dia dapat menunaikan kehendak mak dia. 



Mak dia pun agak susah hati bila dia ni tak mahu kawin tapi apakan daya, sudah berkali-kali mak dia suruh cari pasangan namun dia masih tidak mahu. Bagi kawan aku tu, bukan tak mahu kawin lagi, mungkin satu hari nanti. Jika ada jodoh, tak kan ke mana.



Aku tak boleh bayangkan cara dia melayan mak dia. Sanggup ambil cuti dua bulan semata untuk jaga mak di hospital dan ambil bilik single supaya dia sekali boleh tidur menemani mak dia tu. 



Dia tidak pernah meninggikan suara atau mengeluh namun setiap hari dia berdoa supaya dia dapat menjadi anak yang baik.



Aku sebak kejap. Mana ada anak yang baik sebegini. Sanggup berkorban untuk mak dia. Masa mak dia terlantar, dialah yang bawa ke hulu dan ke hilir. Itu pun ada seketika mak dia ada tersebut yang teringin nak bercucuk tanam jika ada laman. Terus dia membeli sebuah rumah dua tingkat semata untuk mak dia boleh bercucuk tanam. 


Dia selalu ingatkan diri dia sendiri yang mak cuma ada satu. Jika dia boleh buat mak dia senyum, dia rasa sangat bahagia. Segala kerja akan beres jika dapat restu dari mak pada setiap pagi. 


Dia kata lagi, dia tinggal berdua sahaja dengan mak. Kemana dia pergi, dia akan pastikan mak berada di sisi. Kerana terlalu sayangkan mak, dia sanggup buat apa sahaja.


Setiap kali aku lihat di mata dia ni, aku tampak ketulusan hati dia. Aku tak sangka yang dia seorang yang baik amat. Layan mak dia sebagai permata hati. 



Semua ini buatkan aku terfikir. Anak-anak sekarang langsung tidak takut untuk meninggikan suara pada mak. Anak-anak pun boleh merajuk dengan mak. Merempan, menjeling dan kadangkala langsung tak mahu balik untuk jenguk mak di rumah. Salah siapakah ini?




Anak-anak kita sekarang langsung tidak fikir samada apa yang mereka cakapkan itu kadangkala buatkan kita sebagai ibu, sangat terasa.



Sebak pulak aku kejap. Aku ingin doakan untuk mak aku. Aku kira, aku jua bukan anak yang baik. Hal duniawi, hal remeh temeh membuatkan aku tidak melayani mak aku seperti permata hati.



P/S: Kepada kawan aku, aku bangga mempunyai seorang kawan seperti kau. Aku doakan mak kau sihat supaya kau boleh bawa dia kemana sahaja. Kerana aku tau, kau seorang lelaki yang baik hati.







   




   

***