February 2, 2012

Diet Yang Terbaik Di Dunia


Terbukti diet secara orang Jepun adalah yang terbaik di dunia. 

1. Ikan - mempunyai omega-3 fatty acids- untuk kesihatan jantung dan memberi kebaikan kepada otak- makanlah semua jenis ikan ye tapi janganlah goreng hingga rentung. cuba masak yang berkuah. jangan pakai santan tapi pakai susu atau soya bean - aku suka sushi so selamat di situ


2. Kurangkan daging merah - bukan daging masak merah tapi semua yang berdaging. Daging mengandungi lemak tepu yang boleh membuatkan perjalanan darah tersumbat dan ke arah obesiti dan membawa kepada sakit jantung - aku suka makan satay. kalau ada satay daging mesti sedap ek. terus lapar. ceh. Oleh itu, hentilah makan daging dan ayam.


3. Produk berbentuk soya - seperti tahu yang mengandungi sedikit atau tiada lemak tepu. produk berbentuk soya akan dapat mengurangkan sakit jantung dan tekanan darah rendah dan juga dapat rendahkan kolesterol - nasib baik aku suka produk berbentuk soya. phew. aku suka tahu, aku suka soya bean. yay. aku hidup


4. Nasi yang banyak - pagi petang siang dan malam makan nasi. memang tak boleh blah ni. kena makan nasi banyak tapi janganlah beras yang wangi weh. kena cari basmati berwarna perang yang kalau makan macam rasa makan tiub basikal. arghhh - boleh mengelakkan kegemukan dan saluran tersumbat - so hari ni gak beli beras perang yang tak sedap tu. baik makan basikal. eh


5. Mee yang sihat - bukan mee kuning yang ada banyak kapur tu. mee yang diperbuat dari gandum. rebus spageti je kot tapi kena tengok yang ada serat. boleh membuang kolesterol dan sistem penghadaman yang baik - kena cari mee ni. kalau kat UK dulu, pandai pulak buat mee sendiri, eh bukan aku yang buat tapi kawan aku yang buat. ceh.


6.  Sayuran yang banyak - masak sup sayur waktu pagi atau salad untuk sarapan. kobis, brokoli, brussel sprout (aku suka), kobis cina, cauliflower, kale dan watercress. Tinggi dengan vitamin C dan serat - dalam sayur ada anti cancer- cara masak, steam atau goreng dengan minyak zaitun. - aku sangat suka sayur tapi kalau makan kat kedai, sayur cuma dua tiga helai je hishh. aku suka kailan ikan masin, bayam goreng air dan sawi steam kicap. yang akhir tu aku tak pernah masak pun. makan kat chicken rice shop.


7. Teh. green tea yang ada kat sushi king tu aku suka sangat. green tea ni boleh baikan perjalanan darah, rendahkan gula di badan, tingkatkan sistem imunisasi, kurangkan kolesterol, awet muda (woot woot), boleh elak cancer. jangan mengada lak letak gula dalam green tea tu. memang ampeh. aku dah try green tea dari teh boh or lipton tapi tak jadi je. agak pahit dan kelat dan tak sedap. no offense to teh boh and lipton.


8. Pencuci mulut (desert). makan buih je welaweh. jangan kau nak makan kek secret recipe atau macaroon. memang kim salam jelah nak diet ni. tui. Ada kawan aku cakap makan buah dulu baru makan lunch or dinner. mengikut kajian makan buah masa perut kosong akan jadik asid. so lebih baik makan asid. tapi jangan curah asid.

9. Makanan yang sedikit. jumlah yang diambil haruslah separuh dari hari normal yang lapar kedahar dan rasa macam nak makan lori. So makan setakat mini cooper sudah. jangan tamak.



Silalah ikut cara Jepun ni. Kuat kerja dan badan sihat. Ada gak yang kurang ajar yang makan apa je bila jumpa termasuk orang yang lalu lalang. Kata lapar kan.


Dalam sembilan perkara di atas, aku cuma dapat ikut yang sikit je. Lebihnya agak ampeh di situ. Cis. 


Paling senang, tukar jadik orang Jepun je.






*ambil dari real buzz


***