November 22, 2010

Sakit


Entah kenapalah sejak cuti sebatikal ni, aku asyiklah tak sihat. Masa baru sampai UK baru-baru ni aku kena selsema teruk. Dua minggu tu. Now selsema lagi. Selsema yang aku dapat masih belum baik lagi. Dah dua minggu ni. Sampai habis ubat spray tu aku pakai. Still bersin. Baru-baru ni, aku sakit perut yang amat. Tak tahu nak buat apa sebab ubat sakit perut dah pun telan tapi tak hilang-hilang juga sakit tu. 

Pukul 1 pagi pulak masa tu dan aku dah macam tak bermaya. Nak jalan pun tak larat. Aku jerit panggil Along. Dia yang supposedly ex PBSM sampai tak tahu nak buat apa. Yelah, bila dah terkena kat ahli keluarga sendiri, sakit apa pun tak tahu (ini dia yang cakap). 

Masa sakit tu aku teringat kat Abah. Masa aku kecil, aku selalu sakit perut. Aku akan pergi ke bilik Abah sambil menangis dan beritahu dia yang aku sakit perut. Abah pun ambil minyak rimau (tiger balm) dan urut perut aku. Sambil terkumat-kamit Abah membaca ayat al-Quran, aku melihat kesungguhan Abah. Yang best tu, hilang sakit terus. Aku rasa nak dekat tiga kali aku sakit perut masa kecil dan semua tiga-tiga Abah yang ubatkan. 

Bolehkan masa tengah sakit aku sebut nama Abah. Aku nak abah yang letakan ubat dan abah yang urutkan. Tapi itu cuma bila aku kecil. Dah tua gini, kena telan je semua sakit tu. Nasib baik ada Along dan Widad. Widad pakaikan aku jaket dan setokin dan Along bawa aku terus ke Queens Medical Centre. Masa tu rasa nak meletup perut ni. Yang hairannya, apa yang aku makan, anak-anak aku makan. Tapi mereka ok je. 

Sampai QMC, register. Hmm, as a visiting fellow, bermakna aku kena bayar duit consultation. Dalam hati aku (dalam pada sakit tu), takkan nak bayar mahal sangat kat sepital ni. So aku cakap kat Along, jomlah balik. Lagi pun, aku dah telan ubat tadi so ubat tu pun dah kicked-in. Sebenarnya selain dari tak nak bayar banyak, kebetulan pulak hari tu hari sabtu malam so ramailah mangsa omputih yang mabuk dan berdarah meleleh akibat dari bergaduh. Ada yang patah bahu. Ada yang kena gigit kat pipi (i wonder apa yang dia buat gamaknya), ada yang patah kaki, ada yang tangan terpotong dan banyak lagi tapi kami berdua tak nak pandang sangat kat dia orang tu. 

Kami balik rumah. Aku telan lagi ubat. Dalam hati aku, aku sabar jelah. Nanti balik Malaysia boleh cek betul2. Tahun depan ler tu. Aku still tak mahu nak bagi duit kat sini. Duit sepital yang mahal nak mampus. 20 minit jumpa doktor kena bayar 50 pound (250 hengget). Kalau jam seterusnya kena bayar 150 pound. Dari bayar doktor yang tak mahu sentuh tapi cuma tanya apa sakit aku, lebih baik aku telan ubat mana patut dan sabar hingga tahun depan. Uihhh kalau 200 pound cuma jumpa doktor, lebih baik aku pergi holiday ke Belgium. 


Tahan ok. Memang pun. Along terutamanya yang banyak tolong. Kalau tak ada dia, memang sah aku call ambulance jemput aku. Dulu pun aku pernah panggil ambulance gak. Maknanya dah tiga kali aku naik ambulance kat UK ni. Tapi itulah masalahnya kat sini, kau sakit apa ke, dia orang takkan sentuh kulit kita. Dia orang takut kena saman kalau sentuh-sentuh ni (kuat agama tu!). Bukanlah aku gatal nak disentuh tapi kalau aku sakit, tentulah dia kena tekan perut aku dan tengok which part yang sakit. Ada fahamkah tuan duktur!!!


So, hari ni dah hari kedua aku lega sedikit. Entah virus apa yang melanda tapi aku tahu yang aku akan sakit lagi nanti. Tapi entah bila. Hopefully bukan di sini. Kenalah di Malaysia. Hmmm, boleh minta2 pulak nak sakit kat mana ni, John ye! Yang aku tahu, aku ni ada IBS (Irritable Bowel Syndrome). Sila google ye, John! Adik beradik aku yang perempuan semua ada IBS. Mak aku pun ada. Kesian pada kami yang perempuan ni ek!

Walau apa pun, syukur alhamdullilah semuanya selesai buat masa ini!



Radford Grove Lane, Nottingham.

**