November 19, 2010

Berangan


Aku memang suka sangat berangan. Dari kecil hingga ke tua. Masa kecil dulu, setiap kali aku tengok kapal terbang di langit, aku akan berangan yang aku berada di dalam tu. Masalahnya bila dah jadi realiti, aku cukup tak suka naik kapal terbang. Aku tak suka dan aku masih tak suka. Bosan dan tempat sempit. Of courselah sempit sebab aku dapat kelas ekonomi. Dah pangkat aku ni sekadar dapat flight yang sebegitu. Pernah sekali je aku naik first class. Itupun masa bapak aku bawa kami sekeluarga ke Indonesia for holidays. Masalahnya baru nak duduk dan berlagak, dah sampai Indonesia. Ceh! 


So now aku berangan nak beli ini. Tiada kaitan dengan kapal terbang!


 TZ10


Tapi aku sudah ada yang di bawah ini! How? Ini TZ 7!


TZ 7


SLR Cannon aku sudah merajuk kerana sudah berada dalam besen di dapur. Aku sentiasa guna TZ7 aku ni. Kesian Cannon tu!


DSLR Cannon





Kadang-kadang aku buat shooting video aku guna TZ7 tu. Biasanya aku guna Sony di bawah ni. Berjasa Sony aku ni!









Tapi aku masih kuat berangan. Aku nak juga beli yang di bawah ini. Senang buat shooting dan angle lagi wide! Yang penting boleh berlagak pandai!
Sony HDV




Oleh itu, jom sambung berangan!




*gambar pinjam dari encik google.




Radford Grove Lane, Nottingham.


***