September 3, 2013

Pelajar Baharu Redha

.
.
.

Semalam pelajar baharu baru mendaftar di UPM. Semua universiti pun daftar semalam. Hari ni pulak, pelajar diperkenalkan dengan fakulti masing2. Maka, aku pun hadirkan diri sebab saja nak tengok muka pelajar yang innocent. Memang innocent habis kot. Tiap tahun gitu. Langsung tak ada yang mengantuk atau buat2 main handfon. Semua macam redha je. Aku pun diberi peluang untuk bercerita tentang mobiliti. Dah, aku dilantik untuk jaga program ni. Terus teruja habis mereka ni. Maklumlah mobiliti ni kalau dapat pergi, semuanya percuma. Flight ticket, tempat tinggal, makan dan diberi pulak duit belanja. Flight ke UK, Spain, German, Korea, China, Jepun dan banyak lagi. Kalau nak annyeong haseyo sangat, pergilah ke Korea tu. Saper nak bagi pree gitukan. 




Tak. Aku tak nak jadi pelajar lagi. Stress kot dengan exam bagai. 



Motif tulis hari ni ialah, esok aku raya. Wohoooooo.


***