September 8, 2013

Alim Al-Mustaqim Billah

.
.
.

Jom update pada hari Ahad ni. Actually plan malam tadi nak suruh Aliaa masak ikan duri goreng hitam dan kari. Lagi pun lauk Alim dah habis untuk minggu depan. Kesiankan. Sebab biasanya aku atau Aliaa akan masak untuk Alim untuk lauk seminggu. Letak dalam bekas plastik dan Alim akan panaskan dalam microwave dan dia masak nasi sendiri. Lagi pun Alim ni asyik komplen kalau orang lain masak nasi. Hish, budak umur 14 tahun dan lelaki pulak tu dah pandai komplen bila orang lain masak nasi tak sedap dek tekak dia. Lepas ni masak lauk sendiri! huahuahua.


Tapi yang senangnya, Alim tak pernah nak komplen tentang makan lauk apa. Asalkan ada lauk dalam fridge tu, pandailah dia nak panaskan kalau tak ada orang di rumah. Letak dua botol fresh milk dalam fridge pun dah pada sebab dia akan makan cereal untuk dinner. Dia tak nak makan nasi for dinner.


Kalau weekend, dia tahu, mak dia ni akan bawak makan kat luar. Tak kisahlah kalau takat makan sandwich di subway atau makan di CRS (chicken rice shop) atau apa saja yang best tapi tak termasuk McD dan Pizza sebab mak dia tak suka fast food. Paling kuat pun kalau ada wedding invitation, aku paksa dia ikut sekali walaupun dia tak berapa nak suka hadir wedding. Opkoz aku ugut dia yang nanti bila dia besar, orang tak nak datang wedding dia. Terus dia pakai seluar jeans superdry dan tshirt Zara dan ikut. Ugutan menjadi hokey. 


Semalam dah siap ajak dia nak keluar belah pagi. Tapi dia jawab, dia nak bangun lambat sebab hari Ahad. I was like, oiiii, tiap hari kau bangun pukul 11 pagi kot. Tiap hari hokey sebab dia sekolah petang so aktiviti seharian ialah bangun lambat dan terus mandi dan lunch terus ke sekolah. Tak produktif betul budak ni. 


Kelas Korea dia untuk level 1B dah hampir habis. Lepas ni aku suruh dia register untuk crash course dan buat Topik exam for Korean language. Dia target nak sambung belajar di Korea which yang aku prefer dia belajar di Jepun. Jepun lagi best sebab ada gunung berapi meletup. So far, dia dah pandai bercakap dan membaca dalam bahasa Korea.  


Nanti bila dia besar, dia kena baca post ni supaya dia boleh tahu perangai dia yang kadangkala macam nak kena sekeh. Asyik ber why dengan aku kalau aku tak bagi dia buat sesuatu. Itulah bahana bila dibesarkan di negara omputih dan menggelarkan diri dia sebagai omputih celup. Cit. Kulit pun kadangkala berkilat hokey. Jangan nak berangan jadi omputih celup.





Dah.




***