September 17, 2013

18 Ketul Chicken Leg Kau Makan Erk

.
.
.

Apa aku buat coti tiga hari ritu? Well, tak adalah yang mengexcitedkan langsung. Sabtu gigih bersiap untuk wedding. Wedding di banquet hall lak tu. Memang best sebab aircond kot. Makan pun best. Pokoknya boleh berlari dalam dewan tu kalau nak. 


Balik dari wedding terus pulang ke rumah. Lepas asar, terus ke airport. Anak abang aku yang tua setahun dari aku tu, yakni si Fikri akan ke Manchester. Sambung belajar. Buat masters in engineering apa tah. Suka hantar orang sambung belajar. Namun, lagi suka kalau hantar orang gi Mekah. Boleh dapat sikit sisa2 semangat nak buat haji.


Balik dah macam penat sebab macam baru lari 400 meter kan. Orang tua berkeduts ni tak tidur siang kot. So malam tidur awal.


Ahad. Aku rasa tak buat apa kot. Oh ye. Along masak nasi ayam. Chicken leg yang sebesar peha si Lana tu adalah dalam 18 ketul. Hambek kau. Punya banyak. Aku makan 2 kot. Hahhahah kebulur habis ni. Aku tak makan nasi tapi makan ayam je with sambal. Ayam bahakar tu wehhh. Memang terbaik. Marinate dengan mixed herbs dari ASDA. Wohooo. 


Maisarah and the clan datang. Sofea makan juga ayam tu. Tapi makan hangen je. Hahha padan muka Sofea. Dia baik je hari tu. Sebab dibuli baik dek Mak Long, Auntie Widad dan Uncle Alim dia tu. Grandma dia baik sangat. Sebab by petang, grandma dah pengsan tidur. Cis.


Isnin. Kami keluar makan di Chicken Rice Shop for lunch. Kenyang yang amat sebab aku minum segelas besar teh-o-ais. Pastu Along beli barang untuk lezaniya dia tu sebab ada orang order. Petang makan lagi lezaniya. Mana tak domot aku jadiknya.


Hari ni Selasa. Aku penat fikir pasal apa aku buat cuti tiga hari ritu.  





***