.
.
Hari ni Grandma busy. Hari Isnin, Selasa dan Rabu memang tak tentu hala. Meeting sana bengkel sini ceramah di minun. Tapi kaya tak gak. hahah, entah apa kaitan!
KL Tower yang aku pun tak teruja nak tengok tadi tapi bolehlah pulak last day of Women Director Program kat situ. Aku sikit pun tak excited. Tapi yang terlebih excited ialah sebab hari ni dah last day of the course. Phew. Memang kalau tak jadi Board of Director, aku mogok lapar dua jam.
Kesian kanak 1, 5 dan 6. Kena tunggu aku 3 jam kot. Sampai biol dia orang tunggu kat Menara tu. Gambar? Nehi. Aku dah mogok kamera sebab si Macbookpro ni sangat susah nak masukkan gambar. Sedangkan boleh je ipon ni punya gambar terus masuk dalam Macbook aku ni. Tapi disebabkan aku ni agak pfftttt bab ni, aku pun tak letak gambar.
Minggu ni ada nak pergi pinang anak orang. Ha'ah, aku nak pantun gak. Siap kau. Pulau pandan aku memang haru nanti.
***