September 30, 2013

Throwback: Trip Ke Belgium

.
.
.

Jom tengok gambar ni semula. Ni masa aku sabbatical di Ireland dan UK- 2011. Masih sempat berjalan ke Belgium semata nak naik kapal dan makan cokelat belgium yang sedap gilos. Also, mengingatkan aku pada peristiwa bila sedang tidur dalam kapal tu, ada orang ketuk kerana dia ingatkan aku ni doktor medical. Mungkin ada orang sakit tenat dalam kapal tu kot. Dua saat fame menjadi doktor sepital dah cukup buatkan aku makan sebakul cokelat lepas tu. 

pokok unik di belgium. unik ke?

belgium. masa ni sejuk gilos kot. masih winter. with along. 



travelodge di UK. sebelum sampai ke Hull kot.  widad and alim and me






Best juga masa sabbatical kerana aku tak perlu nak fikir pasal kerja.






***


September 24, 2013

Last Day Disaster Sangat Haru

.
.
.

Hari ni Grandma busy. Hari Isnin, Selasa dan Rabu memang tak tentu hala. Meeting sana bengkel sini ceramah di minun. Tapi kaya tak gak. hahah, entah apa kaitan!



KL Tower yang aku pun tak teruja nak tengok tadi tapi bolehlah pulak last day of Women Director Program kat situ. Aku sikit pun tak excited. Tapi yang terlebih excited ialah sebab hari ni dah last day of the course. Phew. Memang kalau tak jadi Board of Director, aku mogok lapar dua jam. 



Kesian kanak 1, 5 dan 6. Kena tunggu aku 3 jam kot. Sampai biol dia orang tunggu kat Menara tu. Gambar? Nehi. Aku dah mogok kamera sebab si Macbookpro ni sangat susah nak masukkan gambar. Sedangkan boleh je ipon ni punya gambar terus masuk dalam Macbook aku ni. Tapi disebabkan aku ni agak pfftttt bab ni, aku pun tak letak gambar.




Minggu ni ada nak pergi pinang anak orang. Ha'ah, aku nak pantun gak. Siap kau. Pulau pandan aku memang haru nanti.





***

September 23, 2013

Tips Untuk Pelajar Masters dan PhD - 1

.
.
.


Tips 1 - Semester 1 (6 bulan pertama)

Kategori: BACA dan BACA

1. Baca sebanyak mungkin artikel dari jurnal (minimum masters - 50, phd - 100)
2. Artikel tersebut haruslah berkaitan dengan tesis anda.
3. Artikel mestilah dalam 5 tahun kebelakang.


Kategori: SAMBIL BACA

1. Kenal pasti permasalahan kajian dari artikel-artikel untuk tesis anda.
2. Kenal pasti teori yang bertepatan dengan kajian anda.
3. Kenal pasti sorotan yang berkaitan dengan kajian anda.



Kategori: Tips 1: BACA SAMPAI PENGSAN





* Sila tunggu tips ke 2.


***


September 22, 2013

Luka di Tapak Kaki Tak Boleh Nak Jahit

.
.
.


Kaki Alim luka. Rupanya kaki dia kena kaca like Isnin ritu. So dah empat hari baru nak bagi tau aku. Mulanya nak sekeh dulu kepala dia, tapi bila tengok luka tu ternganga besar dan dah kena infection, aku pun tak jadi nak sekeh. Aku getu je. Hahhahah. 


So, dapat antibiotik. Kena balut supaya kuman tak masuk. Rasa nak pelempang je bertalu-talu sebab rela tak nak bagi tau aku sedangkan lepas kena tu, dia main bola tiap hari di sekolah.


You are grounded lagi sebulan. huahuahua





***

Nasi Bungkus Dalam Compartment

.
.
.

Aku kilija hari ahad. Kesiankan. Ini semua gara2 kena cukupkan 7 hari berkursus. Kalau tidak, memang idoklah aku nak bekerja pada hari minggu ni. Maka, nasi dalam plastik je aku makan. Bekas plastik sekarang ni memang ada compartment untuk lauk. Best gak tu. Kalau tak, sure soggy semua nasi tu nanti.

Aku kena kiralah berapa hari dah aku kursus. Jadi law abiding citizen ni sangat letihkan.





***

September 19, 2013

Sakit Keronik

.
.
.

Boleh ke malam tadi terbayangkan subway meatballs and seafood. Memang dah kronik aku ni. Baru makan selasa ritu kot. 






***

September 18, 2013

Kau Memang ....

.
.
.


Ada student yang rajin. Ada student yang agak slow. Samada slow tu takut nak buat tesis atau slow sebab memang slow. Aku suka student yang rajin dan cepat. Sebab aku pun suka cepat buat tesis. Bukan nak cepat sebab kalut tapi aku rasa cepat tu sebab tengah bersemangat nak siapkan dan proceed to the next level. Wahh, kemain lagi level kau ye.



Actually, malam tadi tak boleh tidur. Sebab semalam aku seteres. Nampak je tenang diri aku ni tapi dalam ketenangan aku ni, masih ada yang akan melampau. Hek eleh. Nak melampau apa tu DrNotts. Mungkin salah satu faktor, sebab aku lapar. Semalam makan subway pukul 12 tengahari dan lepas tu kebulur sampai pagi niha. Opkos malam tak boleh tidur. Lagi pun, dah tak bertread mill sekian lama. Cis. Darn you Salzar!!!!! gulpppp.



Pagi ni opis. Nama aku disebut oleh tiga gadis dalam blog Aliaa aka Along.  Terharu kejap. Actually si Aliaa ni pun poyo, bukan nak update selalu. Aku kekadang memang kena kerja baca blog dia sebab nak tahu apa dia buat kat opis tu. Samada dia makan je kerja atau siapkan PhD. Nak kono ni. 












Jom haru 2 minit. Lepas tu kita berpartay. wohooo




***


September 17, 2013

18 Ketul Chicken Leg Kau Makan Erk

.
.
.

Apa aku buat coti tiga hari ritu? Well, tak adalah yang mengexcitedkan langsung. Sabtu gigih bersiap untuk wedding. Wedding di banquet hall lak tu. Memang best sebab aircond kot. Makan pun best. Pokoknya boleh berlari dalam dewan tu kalau nak. 


Balik dari wedding terus pulang ke rumah. Lepas asar, terus ke airport. Anak abang aku yang tua setahun dari aku tu, yakni si Fikri akan ke Manchester. Sambung belajar. Buat masters in engineering apa tah. Suka hantar orang sambung belajar. Namun, lagi suka kalau hantar orang gi Mekah. Boleh dapat sikit sisa2 semangat nak buat haji.


Balik dah macam penat sebab macam baru lari 400 meter kan. Orang tua berkeduts ni tak tidur siang kot. So malam tidur awal.


Ahad. Aku rasa tak buat apa kot. Oh ye. Along masak nasi ayam. Chicken leg yang sebesar peha si Lana tu adalah dalam 18 ketul. Hambek kau. Punya banyak. Aku makan 2 kot. Hahhahah kebulur habis ni. Aku tak makan nasi tapi makan ayam je with sambal. Ayam bahakar tu wehhh. Memang terbaik. Marinate dengan mixed herbs dari ASDA. Wohooo. 


Maisarah and the clan datang. Sofea makan juga ayam tu. Tapi makan hangen je. Hahha padan muka Sofea. Dia baik je hari tu. Sebab dibuli baik dek Mak Long, Auntie Widad dan Uncle Alim dia tu. Grandma dia baik sangat. Sebab by petang, grandma dah pengsan tidur. Cis.


Isnin. Kami keluar makan di Chicken Rice Shop for lunch. Kenyang yang amat sebab aku minum segelas besar teh-o-ais. Pastu Along beli barang untuk lezaniya dia tu sebab ada orang order. Petang makan lagi lezaniya. Mana tak domot aku jadiknya.


Hari ni Selasa. Aku penat fikir pasal apa aku buat cuti tiga hari ritu.  





***

September 13, 2013

Oh Sadis

.
.
.

Maka bermulalah mengajar Statistik semula setelah 'bercuti' setahun sabbatical di Ireland dan UK dan setahun kerja di Korea. Terus rasa pandai dan macam profesor Matematik kembali. Jomlah beri aku peluang untuk jadi profesor Matematik untuk semester ni je. Semester depan kita fikir nak jadi profesor subjek lain pula. 





Cari calculator dalam gerobok yang habuk 4 inci dan sarang labah2 macam anyaman keputat. 






Jom cuti ni kita suruh Maisarah masak nasi ayam. 



***

September 12, 2013

Subway Meatballs Plus Seafood

.
.
.

Lapar gilos hari ni. Seperti hari2 lain dan kalau tak puasa, kemain lagi rasa lapar sampai tak menyempat. Terus ke Serdang cari Subway. Dah berapa hari berturut2 ni makan subway. Baru dua hari kot. Tapi silap. Biasanya aku order meat balls dan campur seafood. Campur sekali dua2 tu tapi hari ni kononnya nak lain. Haaa hambek. Memanglah tak sedap. Arghhhhh. 



Dua hari nak mogok subway. 




***

September 11, 2013

Bilik Aku DiKetuk Orang

.
.
.

Pagi ni meeting. Lepas tu aku ada urusan di pejabat pos. Yup, agreement jurnal belum bersain dan belum berpos. Asyik tangguh je. Hari ni rasa nak lunch something pedas, manis, something Melayu. Hmmm. Nope bukan ikan bakar kot sebab kata nak mogok dua hari ritu. Ke, sudah dua hari dah ni. wink*.



Student agak berkeliaran di fakulti. Cari bilik lecturer. Aku pulak jadi kaunter pertanyaan. heh. Sebab bilik aku ni sebelah dengan bilik pensyarah bahasa Melayu so ramailah student international cari. Oleh kerana dah lali tiap semester aku jadi kuanter pertanyaan (haha kuanter ni selalu disebut dek Along aka pensyarah engineering tu. anak saperlah tu), maka aku pun redhalah kalau dia orang ni tanya mana pensyarah sebelah sedangkan manalah aku nak tahu. Nasib baik aku layan. Kalau tak dah sure aku tutup pintu sambil tolak kerusi ke tepi. Motip.





***

September 10, 2013

Lezaniya Pedas

.
.
.

Hari ni aku lunch lezaniya yang Along buat. Best juga. Tapi masalahnya aku ni cheese intolerance. Lepas ni sure gatal badan. Masalahnya, lezaniya ni sedap gilos. Apalah banyak masalah aku ni. Terus teringat nak makan linguine salmon. Ahhhhh drooollllll. Masalah betullah.


Tapi. Apa tapi-tapi. Aku dah janji dengan Along bahawasanya jika dia tak siapkan draf tesis dia, kami semua tak dapat nak makan di Johnnys, Sushi, Dave Deli's, Pizza San Francisco dan semua restoran yang best2 belaka. 


Bak kata Muhammad bila dia call. Kita suruh Along pindah dari rumah ibu. 





Dah.


***

Tolonglah Eja Betul-Betul

.
.
.

Aku ni pantang kalau terima mesej di telefon dengan menggunakan ejaan yang short form atau mengikut zaman orang muda now, ejaan yang cuma difahami oleh rocker. Puiii, rocker mender kalau aku baca seratus kali pun aku tak paham. 


Aku pantang ada yang tak mahu eja perkataan 'tak' atau 'tidak'. Cuma letak pangkah je as in 'x'. Kenapa malas sangat nak eja tu. Pastu suka sangat buang semua vokal dalam ejaan. Pehal. 


Contoh:

Sy nk prg kd 

Cuba teka apa maksud ayat ni. Memang esok lusa pun belum tentu tahu apa ke bendanya.



Hambek kau. Kalau ikutkan aku boleh je aku teka. 

'Saya nak perang kendi?'
'Saya nak program kemudian?'


Memang taklah tu. Rupanya, makna ayat tu ialah 'Saya nak pergi kedai'. Memang mati hidup semula pun belum tentu betul tekaan tu. OK, taklah sampai nak mati nak teka makna perkataan tukan. Drama queen betul.


Nak tahu apa aku buat kalau terima mesej yang suka sangat nak short form dan berlagak muda jelita/tampan (pui lagi). Well, aku tak baca habis dan terus aku tak balas. Biarlah lepas tu orang tu nak fon ke, aku memanglah takkan angkat. Lantak.



Hari ni sibuk. Siapkan modul bahasa Inggeris. Ada permintaan dari satu kementerian. 





Dah. Aku nak eja.





***

September 9, 2013

Goreng Pisang Tercemar

.
.
.

Hari ni tetiba nak makan goreng pisang. Jangan nak betulkan perkataan goreng pisang ke pisang goreng. Suka hati akulah nak sebut apa. Dah sejak kecil lagi, memang aku sebut goreng pisang. Kalau excited nak makan goreng pisang tu, adik-beradik aku sebut 'gong pisang'. Tapi tak ada saper pun nak betulkan perkataan aku. Lantaklah kan! Kehkeh.


Well, aku beli sehinggit je pun tadi. Sebab kononnya takut nanti domot. So orang tu cakap 3 ketul singgit. Tapi dia bagi satu pree. Aku pun suka. Pastu makan. Mak ai. Macam makan kepok je. Yelah. Macam pisang tu dipotong guna slicer yang nak buat kerepek pisang atau ubi tu. Lebih kurang sebjik pisang nangka dipotong 6 keping. So nipis ya amat. Tapi salut tepung macam tak ada esok bagi mu. So nampak besar.


Aku kesian tengok goreng pisang tu dicemar. Ada ke kenangan aku masa kecik terhadap manis dan masam goreng pisang tu dicemar dengan goreng pisang kerepek. Baik jadi kerepek je kan. 


Moral cerita hari ini. Kita muhasabah diri dan mogok lapar dua hari dan lepas tu kita beli pisang dan goreng sendiri. Memang taklah tu.




***

Kuota Pelajar Masters dan PhD

.
.
.
Kuota untuk ambil pelajar masters dan PhD di bawah seliaan aku cuma 15 orang sahaja. Kepada yang membaca blog aku ni, silalah secepat mungkin isi borang untuk lantik penyelia. Itu sebagai Chairman. Kalau takat nak suruh jadi ahli dalam penyeliaan, seratus orang pun boleh. Kalau dah cukup kuota chairman, terpaksalah aku tak layan. Yup. I am a law abiding citizen. Ceh. Sangatlah nak abide to the rules. 


Tujuan buat had pelajar untuk satu lecturer, memanglah wajar sebab manalah nak kejar untuk aku baca 100 tesis. Yang ada ni pun, buatkan aku seteres kejap sebab banyak benar salah dari betul. Tambah kalau banyak spelling dan grammar error. 




Law & Order SVU kejap lagi. Jom tengok.



***

September 8, 2013

Alim Al-Mustaqim Billah

.
.
.

Jom update pada hari Ahad ni. Actually plan malam tadi nak suruh Aliaa masak ikan duri goreng hitam dan kari. Lagi pun lauk Alim dah habis untuk minggu depan. Kesiankan. Sebab biasanya aku atau Aliaa akan masak untuk Alim untuk lauk seminggu. Letak dalam bekas plastik dan Alim akan panaskan dalam microwave dan dia masak nasi sendiri. Lagi pun Alim ni asyik komplen kalau orang lain masak nasi. Hish, budak umur 14 tahun dan lelaki pulak tu dah pandai komplen bila orang lain masak nasi tak sedap dek tekak dia. Lepas ni masak lauk sendiri! huahuahua.


Tapi yang senangnya, Alim tak pernah nak komplen tentang makan lauk apa. Asalkan ada lauk dalam fridge tu, pandailah dia nak panaskan kalau tak ada orang di rumah. Letak dua botol fresh milk dalam fridge pun dah pada sebab dia akan makan cereal untuk dinner. Dia tak nak makan nasi for dinner.


Kalau weekend, dia tahu, mak dia ni akan bawak makan kat luar. Tak kisahlah kalau takat makan sandwich di subway atau makan di CRS (chicken rice shop) atau apa saja yang best tapi tak termasuk McD dan Pizza sebab mak dia tak suka fast food. Paling kuat pun kalau ada wedding invitation, aku paksa dia ikut sekali walaupun dia tak berapa nak suka hadir wedding. Opkoz aku ugut dia yang nanti bila dia besar, orang tak nak datang wedding dia. Terus dia pakai seluar jeans superdry dan tshirt Zara dan ikut. Ugutan menjadi hokey. 


Semalam dah siap ajak dia nak keluar belah pagi. Tapi dia jawab, dia nak bangun lambat sebab hari Ahad. I was like, oiiii, tiap hari kau bangun pukul 11 pagi kot. Tiap hari hokey sebab dia sekolah petang so aktiviti seharian ialah bangun lambat dan terus mandi dan lunch terus ke sekolah. Tak produktif betul budak ni. 


Kelas Korea dia untuk level 1B dah hampir habis. Lepas ni aku suruh dia register untuk crash course dan buat Topik exam for Korean language. Dia target nak sambung belajar di Korea which yang aku prefer dia belajar di Jepun. Jepun lagi best sebab ada gunung berapi meletup. So far, dia dah pandai bercakap dan membaca dalam bahasa Korea.  


Nanti bila dia besar, dia kena baca post ni supaya dia boleh tahu perangai dia yang kadangkala macam nak kena sekeh. Asyik ber why dengan aku kalau aku tak bagi dia buat sesuatu. Itulah bahana bila dibesarkan di negara omputih dan menggelarkan diri dia sebagai omputih celup. Cit. Kulit pun kadangkala berkilat hokey. Jangan nak berangan jadi omputih celup.





Dah.




***

September 6, 2013

Kasut Clark

.
.
.

Kelmarin ada orang email aku. Minta tolong buatkan satu opening speech untuk menteri. Siap dengan bagi content dan tajuk seminar tu. Masalahnya masa yang diberikan untuk siapkan speech tu macam esok lusa. Mana sempat sebab aku ni kenalah buat research dulu. Bukan boleh nak main tulis je. Maka, aku pun tolak. Ibarat tolak duit ke tepi tu. Haha. Tak ada rezeki. Kalau ada pun, bolehlah nak beli kasut clark 10 pasang. 




Program hari Jumaat yang mulia ini. Aku pengerusi viva student PhD. Harap dia tak panik nak jawab soalan nanti. 






***

September 5, 2013

Jom Buat Lesen Kereta Baharu

.
.
.
Jom kita semua tukar lesen baharu. Aku baru tukar ke lesen tu. Tak ada caj apa2 pun. Cuma aku buat untuk 5 tahun sekali gus. Dah alang2 ke situ. Nasib baik pergi pagi sebab orang tak ramai. 10 minit tunggu dah kena panggil. 


Masa pergi tu jangan lupa bawa gambar pasport sekali. So, JPJ nak IC, lesen lama, gambar pasport, duit nak barulah lesen yakni 30 ringgit untuk setahun. Itu je. Tak dan seminit dah siap lesen tu. Fuhh, memang cepat betul proses. 


Berkali2 aku pandang orang JPJ ni. Kalau sekali pandang memang macam uniform polis. Dua kali pandang pun uniform polis gak. Aku tak puas hati gak. Selama ada dalam JPJ tu aku pandang berkali2 dan tiap kali mesti sangkakan polis. Apakah?



Dengan lesen baharu ni, bolehlah aku nak sewa kereta di England nanti. Dulu masa aku nak sewa kereta, memang tak lepas sebab orang sewa kereta tu cakap, lesen keter macam tak betul je. Ini kerana, lesen tu seperti kertas laminate je.



Jom kita ke England dan beli coco butter banyak2 dan extra virgin olive oil di ASDA.






***

Restoran Jual Makanan Yang Sudah Berbau Busuk

.
.
.

Aku nak komen sikit pasal restoran ni. Semalam aku makan ikan bakar di bangi. Tempat yang aku selalu makan. Aku ambil ikan pari bakar. Seperti biasalah sebab selama ni aku memang akan ambil ikan pari je pun. Sekali ambil secubit aku dah bau lain macam. Tapi aku sangkakan tempoyak patin yang aku ambil yang berbau. Lepas lima kali ambil ikan pari tu, aku surrender sebab agak keras dan kering. Balik rumah, sakit perut. Cis. Takkan tempoyak patin sebab kanak 1 pun makan juga tapi dia tak sakit perut. So telahan aku ialah, ikan pari bakar tu. Samada ikan semalam atau ikan busuk. Sebab memang berbau busuk. Aku tu pun satu. Kenapa makan kalau dah berbau. Ishhhh. 


Berniaga makanan mestilah ikhlas. Itu amanah yang diberikan setelah membuka restoran. Berikan makanan yang baik dan masak dengan hati yang ikhlas. 



So bagaimana sekarang? Mogok 2 atau 3 bulan ke situ?





***

September 4, 2013

Pelajar Masters dan PhD Pula Hari Ini

.
.
.

Betapa naive nya pelajar bacelor semalam, lagi syahdu muka pelajar masters dan phd hari ini. Sekarang ni memanglah syahdu, tunggu esok lusa, dah sure makan pun termasuk dalam hidung. 



Semoga berjaya kepada pelajar masters dan phd yarrr (kanak 1 aka Along marah saya sebab ejaan 'semuga' saya macam zaman dolu. pastu saya cakap, nasib baik ada zaman dulu, kalau tak, dah sure tak ada ejaan. eh).





***



September 3, 2013

Pelajar Baharu Redha

.
.
.

Semalam pelajar baharu baru mendaftar di UPM. Semua universiti pun daftar semalam. Hari ni pulak, pelajar diperkenalkan dengan fakulti masing2. Maka, aku pun hadirkan diri sebab saja nak tengok muka pelajar yang innocent. Memang innocent habis kot. Tiap tahun gitu. Langsung tak ada yang mengantuk atau buat2 main handfon. Semua macam redha je. Aku pun diberi peluang untuk bercerita tentang mobiliti. Dah, aku dilantik untuk jaga program ni. Terus teruja habis mereka ni. Maklumlah mobiliti ni kalau dapat pergi, semuanya percuma. Flight ticket, tempat tinggal, makan dan diberi pulak duit belanja. Flight ke UK, Spain, German, Korea, China, Jepun dan banyak lagi. Kalau nak annyeong haseyo sangat, pergilah ke Korea tu. Saper nak bagi pree gitukan. 




Tak. Aku tak nak jadi pelajar lagi. Stress kot dengan exam bagai. 



Motif tulis hari ni ialah, esok aku raya. Wohoooooo.


***

September 2, 2013

Kelantan Di HatiKu

.
.
.


Pagi sabtu, aku dan kanak 1 fly ke Kota Baru. Sampai 8 pagi. Terus ke rumah Dato' .. dah lupa nama. Sarapan di sana. Pukul 11 pagi terus ke rumah pengantin lelaki yakni di Pasir Mas. Layanan first class. Makan best kot.Walaupun dan breakfast di rumah Dato' tadi. Tapi makan tetap makan. Lepas wedding, terus shopping tudung. Macamlah tak ada tudung di Ariani. No offense Fareeda. Pukul 6 petang dah fly balik KL. Malam TKO.


Sebenarnya kami yang dimaksudkan bukan aku dan kanak 1 je. Tapi 32 orang yang di sponsor oleh abang aku selaku bapak pengantin perempuan. Maka dalam firefly tu, kami je yang penuh dengan bunga telur bagai. 



***