.
.
Akhirnya Widad pulang ke Malaya.
Budak ni senang nak jaga.
Tak perlu nak suruh (ha'ah lah tu)
Dia akan sapu rumah setiap pagi.
Dia akan basuh pinggan yang terkumpul dalam sinki.
Tak kiralah pinggan saper.
Dia akan buang sampah ke tingkat bawah.
Dia akan iron baju aku.
Dia akan sidai kain di luar.
Dia akan ke Seoul seorang diri.
Dia akan berjalan sorang merata tempat.
Kadang-kadang dia akan masak untuk aku.
Senang nak jaga dia.
Jumaat kelmarin.
Kami bertolak dari apartment.
Lepas magrib.
Pukul 7.30 malam.
Naik bas ke Seoul.
Pastu naik express train ke airport di Incheon.
Tengok gambarlah ek.
ni dalam bas. kebetulan ada NOEL. sila jerit |
dah dalam train express ke Incheon. dah malam kot. so tak ada orang. ni dah 9.30 malam |
ni budak yang kelam kabut. berlagak pandai kat Korea ni. saper yang duduk lama di Korea ni hoii |
akulah |
dah sampai ke Incheon. jomlah kita tinggalkan widad kat sini. sebelah tu train balik ke Seoul |
ibu, tolong ambil gambar masa widad jalan ni. and whats with the blue handbag? |
di siling airport |
whats with you widad. awak pijak beg along. matilah kena lepuk dek along kang |
patutnya at my age. anak kena jaga mak. tapi ini terbalik, mak kena tidur kat airport. tidur atas kerusi hokey. sebab flight pagi esok |
nasib baik ada KIM YU-NA |
dan LEE SEUNG-GI |
dan SONG SEUNG-HON, dan entah siapa |
ada ice skating kat dalam airport niha |
memanglah tak ada orang. malam kot. dah pukul 11 malam di Incheon ni |
jauh pulak ke tempat tidur aku aka atas kosi |
merata donia pergi. ni lah pertama kali jumpa toilet airport yang best. tekan butang merah dan pastu.. |
plastik atas toilet seat tu berpusing. dan diganti dengan plastik baru. so bersih you all |
dah. widad dah pun masuk dalam. ni dah pagi sabtu. di airpot. aku cari jalan ke train express pulang ke seoul |
nasib baik jumpa pokok ni balik. kalau tidak sure sesat dalam airport |
belah kiri tu train express. larikkk |
yay. dah sampai ke seoul station. pekena croissant dulu |
luar seoul station. bangunan biru tu ialah yonsei uni |
finally sampai HUFS. aku pun buka payung walaupun masih pagi sebab aku kata tak nak kepada ulat bulu gantung |
Sampailah aku di apartment.
Pada pukul 9.10 pagi.
Sapu rumah yang berhabuk.
Buat breakfast.
Terus tengok TV.
Terus buat paper.
.
.
So tinggallah aku kini.
Bersama Korea yang berhabuk.
Bersama payung.
Bersama ulat bulu gantung.
Bersama ajushi kening lukis.
Seoul, Korea
***