May 14, 2012

Oriental Clinic di Mohyeon

.
.
.
Actually dah nak try ke oriental clinic ni dah lama.
Mana tau serasi dengan aku.
Bahu aku sakit dah bertahun.

Aku dah try banyak tempat.
Pak cik Bidin.
Makcik Abu Bakar Baginda.
Yee Bio equine.
Along urut dan dia yang sendawa.
Maisarah yang tolak kaki aku bila urut.
Muhammad yang suruh urut buku lali tapi dia urut lutut sebab dia tak tahu mana satu buku lali.
Widad yang urut kuat sampai sakit tulang aku.
Alim yang urut dua saat dan lepas tu dia nak tengok TV.
Semua orang suggest, semua aku pergi.
Siap buat MRI lagi kat hospital Serdang.

So akhirnya cuba ini.
Mana tau ok kan!
Tapi nak bercakap dengan doktor di Korea ni agak sakit jiwa.
Dia tak tahu English.
Aku tak tahu Korea.

Sebelum ke oriental clinic.
Kami berposing sakan dulu.

sementara tunggu widad turun dari apartment belakang tu

bukit di belakang tu. tempat ryu selalu panjat

dorm student. opposite apartment aku

bunga belakang  tu cantik tapi dah mula tak cantik sebab hampir habis berkembang kot

beg nike tu sangat berjasa. along belikan masa di UK. beg tu dah jatuh berkali-kali termasuk jatuh dalam jamban korea

biarlah aku nak berposing sakan

widad kata dia putih

empunya ryu

singgah untuk buat accupunture

belakang tu tangga naik ke klinik. doctor oriental clinic, sangat muda dan handsome. tapi apa pun, aku sempat bekam, cucuk jarum accupunture dan letrik. bahu aku sakit dah bertahun kot.

ni namanya tak ada kerja di bus stop

alim, whats wrong with widad!


ha ah lah. widad pun putih gak

dah pun sampai e-mart di gwangju


Rupanya bila buat accupunture ni.
Doktor tu cakap.
Dalam bahasa Korea.
Yang aku faham sikit-sikit.
Bahawa.
Sakit bahu ni ada kena mengena dengan semua anggota badan aku yang sakit.
Termasuk perut.
Kaki.
Tangan.
Perut (berapa banyak perut ada nih?)
Semuanyalah.

Singgah e-mart.
Kejap je ke e-mart.
Sebab badan rasa nak demam bila dah buat accupunture tu.
Balik rumah telan ubat.
Malam tak leh tidur.
Cit




Seoul, Korea

***