May 23, 2012

Student Korea

.
.
.
Realitinya.
Bila winter.
Demi bergaya.
Student lebih rela pakai baju cantik dan nipis.

Bila summer.
Student perempuan rela pakai seluar pendek ke kelas.
Student lelaki akan pakai seluar pantai.
Tapi rata-rata, student lelaki rela pakai seluar panjang dari pendek.
Tapi student perempuan masih suka pakai seluar pendek.
Maka terserlahlah kudis buta dan bekas gatal-gatal di celah pelipat lutut tu.
Mereka ni tak perasan ke dah berpeta kaki tu?

Kalau student pakai topi ke kelas.
Tanda samada tak mandi.
Atau malu rambut berserabai.

Student lelaki akan pergi kelas tanpa beg.
Tanpa buku langsung.
Sehelai sepinggang je masuk kelas.
Memang nak kena tampar dengan aku ni.

Student pakai setokin.
Tapi lepas tu pakai selipar jamban ke kelas.
Apa kena kau?

Student suka complain kalau dengan lecturer asing.
Dengan aku, kalau complain, aku bagi kosong je.
Terus takut nak complain dah.

Kalau summer ni.
Musim couple bertwing.
Rata-rata dalam kawasan uni ni berdua.
Bukan takat pegang tangan.
Siap buat adegan lagi depan orang lalu lalang.

Hari Isnin kelmarin aku naik bas.
Ada couple ni berdiri sebelah aku sebab tak ada tempat duduk.
Sempat buat onar di sebelah aku lagi.
Aku siku kang!

Rambut?
Rambut depan mestilah tutup dahi.
Ala-ala K-pop.
Tapi rata-rata student uni tak suka K-POP pun.


Nanti sambung.




Seoul, Korea

***