.
.
.
Macam-macam day ada di Korea ni.
Bulan tiga ritu ada White day.
Yakni lelaki bagi bunga.
Kepada kekasih perempuan.
Kalau valentines day.
Khas untuk perempuan bagi cokelat kat befren dia.
Mana aci.
Lelaki dapat cokelat mahal.
Perempuan dapat bunga yang lepas tu buang je.
Bukan boleh makan pun.
Hari ni aku nampak orang jual bunga.
Merata pulak student beli bunga.
Dalam hati, nak bagi aku ke?
Sebab masa teachers day ritu.
Aku dapat bunga dari student.
Tapi hari ni?
Memang sah tak lahkan.
So rupanya hari ni ialah adult day.
Bunga diberi kepada lelaki atau perempuan.
Kawan-kawan atau kekasih.
Yang baru berumur 20 dan nak masuk 21.
Kalau lebih umur.
Kim salam kat bunga tu je.
Bunga hidup tu.
So sekian hari ni.
Aku balik naik bas.
Sebab nak elak ulat bulu gantung.
Tapi drebar bas.
Bukan ajushi kening lukis.
Mengah gak lah naik bukit dari bus stop.
Kurus tak jugak.
Cis.
Seoul, Korea
***