May 28, 2012

Gambar Aku Accupunture

.
.
.
Hari Jumaat baru2 ni.
Aku pergi lagi ke Mohyeon.
Untuk buat accupunture.

tengoklah rege sekali rawatan cucuk jarum ni. mahal gak ek. tapi since insurance cover sikit, aku bayar sikit. tapi tiap bulan gaji aku tolak insurace kemain banyak. cit
apa pun mesti tanggal kasut sebelum masuk ke kelenek ni

boleh buat kopi, teh dan air mineral pree. actually banyak orang tua jek. aku jek yang tak berapa muda datang situ


sampai je kena baring atas pad panas di bahagian leher dan kepala.
ada infra red. nampak tak jarum tu? ini di lengan aku. hampir ke siku.

jarum di lengan kanan. masa nak ambik gambar ni kena guna tangan kiri. so aku angkat tangan kanan supaya nampak gambar. mak ai, sakit betul bila bergerak kalau dah cucuk jarum ni

yang kanan tu agak ngilu bila dicucuk

pastu guna infra red untuk bagi panas. masa ni tangan kanan dah sakit giler sebab asyik bergerak nak ambik gambar.

nilah nama kliniknya. doktor lelaki tu muda dan suara sangatlah lembut. sambil dia terangkan kat aku kenapa sakit dan kena makan ubat herbal dia tu. aku angguk. dia cakap korea, aku cakap omputih. entah saper yang faham. tapi bila dia sebut pelan2 hal ubat, aku dapat agak iaitu kena makan tiga kali sehari. tapi yang penting, dia keluar untuk jumpa aku dan bagi ubat. orang lain dilayan dek misi je.





Apapun, memang ada perubahan jugaklah.
Bahu aku yang dibuat bekam kali kedua ni.
Ada perbezaan.
Ada 6 bekam kali ni.
Semuanya di bahu dan belakang.
Masa toreh dengan pisau otomatik tu.
Agak terasa.
Tapi aku tahan.
Walaupun ngilu kot dan sakit.


So, hujung bulan 6, aku akan ke klinik ni lagi.
Kena buat every month hingga hilang sakit.

Masalahnya.
Oleh kerana aku bergerak banyak masa jarum masih ada di tangan dan lengan kanan.
Kini.
Aku rasa sakit lagi.
Baru padan muka.




Mohyeon

***