May 24, 2012

Food Festival HUFS

.
.
.
Oleh kerana.
Selasa, Rabu dan Khamis.
Minggu ini.
Ada festival makanan di HUFS.
Maka bas cuma hantar ke separuh jalan dari apartment ke fakulti aku.
Kerana juga.
Festival tu betul-betul di tengah jalan depan student union.
So of course jalan tutup.

Maka aku kena naik bukit ke fakulti.
Dengan panas dan penat.
Aku memang marah.
Masa nilah kau nak buat festival.
Di tengah jalan ni lah nak buat festival.

Penat naik bukit hokey.
Dah dua hari ni.
Badan aku rasa nak demam sebab penat.
Dah tuo.

Hari ni last day festival.
Rasa nak hempuk budak2 ni.
Memang tak ada kaitan.
Tapi geram kot.
Buat aku kena jalan jauh gilos.

turun je bas dah rancak dia orang sedang berniaga. semua fakulti berniaga sakan

semua bekerjasama. tapi kelas mesti masuk jugak. dengan busuknya dia orang ni dan berpakaian gitulah jugak

kau tengok pakaian dia orang ni. ginilah pergi festival, ginilah masuk kelas.
yang baju oren ni student aku. dia sempat tegur aku dulu dengan peluh meleleh. dia ni president untuk kursus aku ni

so semua department mesti berniaga. macam hari keusahawanan tapi kat sini tersangalah grand. semua student memang sokong pulak. tu. ada jual beer ok dan soju dan mereka minum je depan aku

entah berapa kena bayar kalau baling belon air ke muka budak ni
ni gerai yang ada. banyak jual makanan dan minuman

ada lagi satu tempat untuk balik belon air ni. aku jalan pun jauh sikit.

sepanjang jalan ni. semua canopy ni disupport dek HUFS.
finally habis dah jalan budak2 ni berniaga. now kena daki ke arah fakulti aku. %$@#&%# marahlah aku ni

sambil jalan tak boleh nak fikir. nak pergi ke kiri atau ke kanan yang lalu bukit cantik ke arah fakulti

dengan kepanasan aku rasa nak terjun ke sungai di sepanjang  jalan HUFS ni. tapi tak ada airlah pulak. lumut banyak ler

habis kelas, aku jalan pulang. kalau pulang tak lah teruk sangat. turun bukit kot. jalan ni kosong sebab tak ada kereta dapat masuk pun

ni kat tepi tasik. ada band. dan ada jugak canopy untuk niaga. kau nampak yang putih2 kat tepi tasik tu? well, itu sampah. budak korea ni memang tak diajar untuk buang sampah ke tempat yang betul kot

kau tengok jalan raya ni kotor dek belon air tu. sampah merata tempat. itu pun nak buat jugak festival dan menyusahkan aku naik bukit termengah-mengah
agak membanggakan sebab ini department aku. aku tak singgah pun. dia orang kreatif dan letak meja. ada satay. jangan tanya satay apa yarr. tapi penuh kot. siap jual soju dan beer. mabuk todi lah budak2 ni kang.

sampai berebut dia orang ni nak makan. tempat lain tak ada gini.

ada gak watak bukan student. terus aku kesian sebab usaha dengan sungguh2 nak jual alusmmitai ni. tapi suddenly tak jadi, sebab motor tu motor mahal kot, john

rupanya kat atas student union pun dia orang berniaga gak. ramai betul orang kat atas bukit tu

watak luar lagi. dah dua hari aku tengok dia parking kat situ. tapi taklah kena halau dek student tu. ada yang beli dari dia orang lagi

masa jalan pulang. lepas dari festival tu. banyak keter parking. orang luar pun ramai datang untuk hadir festival ni

bas ni dah berhenti tunggu aku. hehehe. biar perasan. sinilah aku ditinggalkan masa datang ke ofis tadi. tapi aku kan berlagak. aku jalan kaki balik weh.

nilah lorong aku jalan balik tiap hari. tapi still aku guna payung sebab ulat bulu gantung tu. dah besar ulat tu hokey. entah bila nak jadi kupu2. penat nak tunggu ni.


Actually memang boleh pun balik naik bas.
Tapi pulak, kalau naik bas balik.
Aku akan naik bukit gak ke apartment dan jauh sikit rasanya.
Kalau jalan kaki dan jalan short cut hutan belantara tu.
Aku cepat sampai rumah dan taklah teruk bukitnya.


Apapun hari ni last day festival.
Aku gumbira.




Seoul, Korea

***