January 30, 2012

Payah Betul



Payah betul nak belajar bahasa asing dalam usia kau ni. Bahasa baharu. Aku kena belajar bahasa ni supaya aku senang nak berhidup (arghhh, matiklah guna perkataan salah).


Aku belajar sendiri. Tak nak masuk kelas sebab aku takut aku sendiri yang malu sebab sure aku yang paling lembas dalam kelas tu nanti. Dulu teringin nak belajar French sebab dengar dari kawan, bahasa ni senang. Memang kepala hotellah senang sebab rasa nak berbelit lidah nak sebut. Masa aku kerja kat UK dulu, bahasa ni mesti tahu tapi aku setabuk pun tak tahu. Lembas ke haper!

Namun, belajar bahasa asing ni tetapi sukar bagi aku. Selain dari nak ingat arah jalan, ni satu lagi perkara yang aku sangat slow. Hishhh.


So, aku belajar bahasa asing ni dari youtube. Maka berbelitlah jiwa aku sekali. Malu pulak nak tanya lecturer bahasa tersebut di fakulti. Malu sebab payah nak faham bila diajar. Kurang ajar kan!


So, oleh kerana aku berlagak pandai, aku pun belajar terus di peringkat intermediate. Macam tak boleh blahkan! Oit, aku dah try yang beginner punya, tapi macam aku dah tahu je most of the words. Sangat berlagak di situ!


Good luck, DrNotts. 



Aja aja rain!



Eh.


***