October 8, 2012

Yeongju - Part 5 - Jejaka Handsome

.
.
.
lepas breakfast terus naik gunung lagi. kali ni aku dapat sepesel treatment. oleh kerana dia orang tahu aku tak boleh panjat gunung, maka aku disediakan sorang driver dengan 4 wheel lagi. hahahha. ni pun budak driver tu ambikkan gambar. actually budak ni staf mayor tu

adalah sikit tangga aku naik. dia tolong pimpinkan. pastu aku terus surrender dan dia siap cakap dalam bahasa Korea, kalau nak naik atas tu lagi, dia boleh dukungkan. macam drama Korea yang aku kena naik atas belakang dia tu.

ni keter dia ni. so naik gunung dengan kereta tapi kat bangunan lama atas tu kena naik tangga. so aku berdua dengan dia je

dia tak pendek tapi dia rendahkan diri dia supaya sama tinggi ngan aku bila bergambar. suka kau ye drnotts. ada orang hantarkan kat atas tu


of course aku sampai dulu dalam bas. orang lain sampai termengah2 dan bau ketiak busuk sebab berpeluh turun naik gunung tu

pastu kami pergi apple picking. masa kat UK tak buatlak kerja ni





dapat petik 4 apple dan free ok


bapak labu. ini lauk setahun pun berlebih2 ni

pastu kami pergi ke sekolah confucious yang pertama. tempat ni pun shooting untuk drama THE SLAVE HUNTER


pastu gi lunch. ni bergambar dengan anak duta serbia. dia ni vegetarian so makan dengan kami

sempat aku pergi beli ubi kentang kat kedai sebelah

pastu singgah di museum folk village keluarga Kim

Korea ni mempunyai keluarga PARK yang terbesar dan diikuti dengan keluarga KIM

ni di rumah Profesor Kim, profesor mengajar Czech language. tiada kaitan dengan Prof kim aku tu.

ni budak yang drivekan aku ke atas. dia kerja dengan mayor so dia layan kami the whole day. ikut ke mana2

ni pun kerja bawah mayor gak

kau tengok, duta serbia ni elok duduk relax dengan profesor Kim. rumah family KIM ni dijadikan museum di Korea. wah, sure dia bangga giler kan

pastu singgah ke tempat tanam ginseng. mayor datang lagi tengok kami.

pondok tanam ginseng

ahjuma tengah rehat sebab kami ramai kat ladang ginseng tu

aku sempat beli keledek dari ahjuma pakai baju purple ni. aku nak beli pun 2 biji je

pastu dia bagi 3 bijik untuk 3000won. lepas tu aku pergi. pastu lak aku dengar dari jauh dia panggil aku. dia jalan cepat sebab nak bagi aku lagi sebijik keledek. lerr, aku cakap, 'tak payahlah' gwenchana. dia nak bagi gak, terus aku nak ambik gambar dengan dia. terus aku rasa muka aku berkedut.. ceh

sempat lalu kat sawah lagi. beras kat korea ni pendek dan gemuk

abaikan jari jemari yang montok tu.

orang lain buat aktiviti cabut ginseng. aku tak minat. so aku tumpang pinjam ginseng orang lain dan bergambar.

nilah driver merangkap orang bawahan mayor yang nak kendung aku di belakang dia. itu pun punya payah nak bercakap dengan dia sebab dia tak tahu sangat english. kalau tidak, dah sure jadik menantu aku. by the way, aku tak naik atas belakang dia ye. bagi dia adalah normal untuk dukung orang tua cam aku. sebab itu cara orang Korea untuk hormat orang tua tak larat cam aku ni.








Dah sekian.
Balik TKO.









Yeongju, Korea



****