October 4, 2012

Malaysia, Thailand, Spain

.
.
.
Ada tiga orang dalam ofis pensyarah.
Satu dari Malaysia, satu dari Thailand dan satu dari Spain.
Ketiga mereka ini berbual sakan.

Maka, tiba2 pensyarah Thailand ni cerita.
Student selalu anggap dia berumur 30 tahun.
Pensyarah Spanish kata, macam 28 tahun aje.
Pensyarah Malaysia pun cakap, sah, 28 tahun.
Rupanya, pensyarah Thailand tu berumur 37 tahun.
Kami berdua terkejut.
Mengapakah?

Well, dia ni petit.
Memang comel.
Pastu orang Thailand ni kalau cakap, lembut giler kot.
Ok tak ada kaitan dengan kecomelan dia.

Maka.
Pensyarah Spanish pun tinggalkan mereka berdua.
Kerana dia ada kelas. 
Lalu pensyarah Malaysia pun berkata.
'Cuba teka umur aku!' (teka umur pensyarah Malaysia)

Sebelum dia jawab.
Dalam hati pensyarah Malaysia berkata-kata.
Dah puji dia tadi.
Dah bagi muda 10 tahun.
Surelah dia akan cakap muda 10 tahun gak kan.

Suddenly.
Pensyarah Thailand pun berkata.
'You look around 50'.




Memang ceh.
Lepas ni.
Pensyarah Malaysia tak hingin nak puji orang lain.
Boleh blah.




Dia bagi muda setahun je.






Soalan bonus:

Siapakah pensyarah Malaysia itu?
A. Bukan Aku
B. Bukan DrNotts
C. Bukan kerja di Korea
D. Buang semua perkataan bukan
E.  Menyampahlah soalan ni










Korea

***