October 20, 2012

Aku Sayang Dia

.
.
.
Aku keluar juga hari ni.
Yakni semalam.
Mesti keluar.
Sebab bahu aku ni sakit giler kot.
Mesti menyampah dengar pasal bahukan.

Camner sakit bahu?
Well.
Bahu keras kejung.
Both.
Pastu berdenyut-denyut.
Tak leh buat kerja.

Ikutkan kata ada orang ni.
Ikut fahaman dan pandangan dia.
Ada hantu tersangkut kat bahu aku tu.
Sebab aku sakit dah bertahun-tahun.
Dah try macam-macam.
Urut.
Segala mak nenek punya urut.
Termasuk dah buat MRI.
Dan inject di bahu lagi.

Tapi still gitu gak.
Hal hantu sangkut tu.
Ada aku tengok movie Korea niha.
Memang ada banyak hantu sangkut kat bahu dia.
So dia always sakit.
Aku tak kisah hantu nak sangkut ke tak.
Janji rupa hantu tu, ada macam RAIN.
Aku rela dia sangkut kat kepala pun.
Ceh.
Gatal.

So semalam ke Dr Hanseul.
Dia pun cek.
Dia rasa nadi.
Tangan kiri aku.
Dia cuba 3 kali.
Dalam hati aku.
Peganglah banyak kali pun.
Aku relakan.

Pastu dia panik.
Dia try tangan kanan aku lak.
Amboi naik seronok kau pegang tangan aku, heh.
Pastu dia cakap.

la la la la la la la la yo.
la la la la la la la la yo.

Pastu aku jawab.
Deh?

Dia pun cakap lagi.
la la la la la la la la yo.

Pastu dia cakap.
la la la la la yo.
Aku pun terus jelir lidah.
Dia pun kata.
la la la la la yo.

Aku pun cakap.
Deh.

Kau faham tak?
Itu yang aku dengar.
la la la la.
Tapi aku tahu.
Dia cakap.
'Awak tak sihat hari ni ke?'
Pastu aku jawab.
'Ya'.


Kau tengok.
Aku faham Dr Hanseul tu cakap.
Cayalah.
Lepas ni bolehlah kita berhubungan mesra.

So aku pun kenalah banyak jarum.
Kali ni sakit giler kot.
Sampai aku terjerit manja.
Ahhh. (sila bunyi manja di sini)


Dia pun jawab.
la la la la la yo.
Aku pun jawab.
Gwenchana yo euisa songsengnim.
Saranghei yo.
Tak aku tipu.

Mana boleh nak cakap I love you kat diakan.
Kehkehkeh.
Gatal.

Actually dah tua ni.
Gatal sebab dengan harapan.
Dia bagi harga murah untuk setiap consultation.
Tapi.
Dia memang tak romantik.
Sebab harga sama je semalam.
Cis.
Penat berlakon manja.
Penat berlakon sayang kat awak.

Bencik!















Korea

***