October 2, 2012

Putus Cinta Facebook

.
.
.
Aku ni bukan ada facebook.
Tapi aku memang sangat suka.
Memantau apa yang anak aku buat.
Lantas, aku ada password facebook anak aku.
Kejamkan!

Well, dalam fb tu.
Ada satu couple ni.
Aku kenal pulak tu.
Kawan anak aku.

Maka, dipendekkan cerita.
Sejak empat lima bulan.
Bukan main lagi percintaan mereka.
Terus terang dalam facebook.

Aku cuma senyum.
Sebab aku lihat.
Yang si lelaki sangat romantik.
Ucapan yang jujur dan ikhlas.
Tentang perjalanan cinta.

Tapi.
Zasss.
Hari ni, semuanya berakhir.
Perempuan terus senyap.
Yang lelaki telefon bertalu-talu.
Bila baca komen lelaki.
Terus aku faham.

Perempuan tu senyap dan mahu putuskan.
Lelaki tak tahu kenapa.
Tetapi lelaki cuma dapat agak.
Kerana perempuan itu pernah berkata.
Perempuan itu tidak suka adik lelaki itu.
Kerana adik lelaki itu jahat.

Dalam hati aku.
Jahat?
Itu kata perempuan.
Entah apalah jahat sangat tu.
Nakal mungkin.
Baru umur 18 kot yang adik lelaki tu.
Pandai sekolah pulak tu.

Lelaki ni pun berkata.
Itu adik dia.
Adik yang jahat dan bukan dia.
Tetapi perempuan tu mungkin tak boleh terima.
Terus menyepi diri.

Hari ini.
Lelaki tu sedar.
Tak bawa ke mana perhubungan ini.
Keluarga adalah lebih penting dari perhubungan ini, mungkin.

Getus hati aku.
Apa yang mungkin?
Memang betul apa!
Kau jadilah engineer secepat mungkin ye lelaki!

Hati aku berkata lagi.
Itu baru adik lelaki, perempuan tu tak suka.
Esok lusa tak suka kat mak dan bapak.
Tulat dan tubeng, nenek dan datok.
Mungkin kucing di rumah tu pun dia tak suka ok.

Pastu buang semua.
Maka, timbullah pepatah baru aku.
Sayang perempuan cantik, buang keluarga.





Maka kesimpulan cerita.
Aku ada password anak aku untuk twitter.
Miahahahhahhaha.





Korea yang tahu semua password anak2

***